Cili besar, cabai merah, lada besar atau lada merah ialah sejenis tumbuhan yang buahnya banyak digunakan dalam masakan rakyat Malaysia.

Capsicum annuum
Buah cili besar
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. annuum
Nama binomial
Capsicum annuum
Varieti

C. a. var. annuum
Capsicum annuum L. var. grossum
Capsicum annuum var. lycopersiciforme
C. a. var. glabriusculum[1]

Ciri-ciri botani

sunting
 
Lukisan botani cili besar.

Ia adalah tumbuhan renek sederhana besar dengan ketinggian boleh mencecah 1 m. Batang separa berkayu, berbuku-buku, percabangan terbuka, batang muda berbulu halus, berwarna hijau. Daun tunggal, sederhana besar, bertangkai panjang, berbentuk bulat telur dengan hujung meruncing, tepi daun rata. Bunga tunggal, sederhana besar, berbentuk bintang, berwarna putih, keluar dari celah ketiak daun. Buahnya tirus memanjang, kulit licin berkilat, berwarna hijau ketika muda dan bertukar merah apabila masak. Buah menghala ke bawah. terdapat banyak biji yang mana biji muda berwarna kuning dan bertukar coklat apabila telah matang, bentuk bulat pipih.

Khasiat

sunting

Buah cili kaya dengan vitamin A, B, B kompleks dan C, protein, karbohidrat, karotin. Ia juga terkandung banyak mineral seperti zat besi, kalsium, fosforus, kalium dan natrium.[perlu rujukan] Semakin tinggi kandungan capsaicin, maka semakin pedas cili tersebut. Capsaicin bertindak sebagai agen pelindung melawan penyakit ulser peptik serta agen penghalang kepada kimia-kimia karsinogen yang boleh mengakibatkan penyakit kanser.[perlu rujukan]

Ia dikatakan boleh melancarkan perjalanan darah, mengatasi masalah sakit kerongkong dan mencegah berlakunya penyakit darah beku thrombosis.[perlu rujukan]

 
Pelbagai jenis kultivar cili besar.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Capsicum annuum L." Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. 1997-01-22. Dicapai pada 2010-07-29.