LRT Jabodebek
Transit Aliran Ringan Jabodebek[a] atau singkatannya LRT Jabodebek adalah sebuah sistem alihan laju di Indonesia. Sistem LRT ini akan memberi perkhidmatan di kawasan metropolitan Jakarta dan wilayah Jawa Barat. Akan dikendalikan oleh syarikat milik pemerintah PT Kereta Api Indonesia, LRT Jabodebek dirancang untuk menghubungkan pusat bandar raya Jakarta dengan kawasan pinggir kota seperti Bogor, Depok dan Bekasi, yang memberikan akronim "Jabodebek".[3]
Transit Aliran Ringan Jabodebek ترنسيت اليرن ريڠن جابوديبيك | |
---|---|
Umum | |
Nama asal | Lintas Raya Terpadu Jabodebek |
Pemilik | Kementerian Perhubungan |
Kawasan perkhidmatan | Jakarta, Bogor, Depok, Bekasi |
Lokasi | Kawasan metropolitan Jakarta dan Jawa Barat |
Jenis transit | Alihan laju |
Jumlah laluan/aliran | 2 |
Jumlah stesen | 18 (Fasa 1) 51 (Dalam perancangan) |
Ibu pejabat | Harjamukti, Cimanggis, Jawa Barat |
Laman sesawang | lrtjabodebek |
Operasi | |
Operasi akan bermula pada | 28 Ogos 2023 |
Pengendali | PT Kereta Api Indonesia (melalui Divisyen LRT Jabodebek) |
Ciri–ciri | Bertingkat |
Jumlah kenderaan | 31 set kereta api enam gerabak PT INKA |
Jarak kepala | 5-10 minit |
Teknikal | |
Panjang sistem | 47.3 km (29.4 bt) (Fasa 1) 130.4 km (81.0 bt) (Dalam perancangan) |
Tolok landasan | 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) |
Pengelektrikan | 750 V DC rel ketiga |
sunting |
Pada asalnya LRT Jabodebek disasarkan untuk mula beroperasi pada awal tahun 2019, namun mengalami kelewatan. Sistem ini kemudiannya disasarkan untuk beroperasi pada penghujung 2022 atau awal 2023,[4] dengan prapelancaran akan diadakan pada 17 Ogos 2022.[5]LRT Jabodebek mulai beroperasi pada Senin 28 Ogos 2023 .
Laluan
suntingPada tahun 2015, Setiausaha Kabinet Indonesia mengumumkan bahawa sistem LRT Jabodebek dirancang untuk terdiri daripada tiga buah jajaran.[2] Jumlah biaya pelaburan untuk projek ini mencecah Rp23.8 trilion (AS$1.8 bilion).[6] Terdapat dua laluan bagi sistem ini iaitu:[1]
- Laluan Cibubur (Jajaran Cawang–Cibubur)
- Laluan Bekasi (Jajaran Cawang–Bekasi)
Secara teknikal, terdapat tiga jajaran dibina (dengan jajaran Dukuh Atas–Cawang dikira sebagai laluan berasingan),[1] walau bagaimanapun hanya dua laluan akan beroperasi.
Catatan
sunting- ^ Dikenali dalam bahasa Indonesia sebagai Lintas Raya Terpadu Jabodebek atau Kereta Api Ringan Jabodebek.[1][2]
Rujukan
sunting- ^ a b c "Keputusan Menteri Perhubungan Republik Indonesia Nomor KM 207 Tahun 2019 Tentang Penetapan Trase Jalur Kereta Api Ringan atau Light Rail Transit Terintegrasi di Wilayah Jakarta, Bogor, Depok, dan Bekasi" (PDF) (dalam bahasa Indonesia). 26 Jun 2022. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 Jun 2022.
- ^ a b "Peraturan Presiden Republik Indonesia Nomor 98 Tahun 2015 Tentang Percepatan Penyelenggaraan Kereta Api Ringan / Light Rail Transit Terintegrasi di Wilayah Jakarta, Bogor, Depok dan Bekasi" (PDF). Setiausaha Kabinet Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 2 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 3 Oktober 2015. Dicapai pada 2 Oktober 2015.
- ^ "Rencana LRT di Jakarta". Kompas (dalam bahasa Indonesia). Jakarta. 11 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Oktober 2015. Dicapai pada 21 September 2015.
- ^ "LRT Jabodebek to launch in December 2022: PT KAI" (dalam bahasa Inggeris). Coconuts Jakarta. 13 Mei 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2022. Dicapai pada 26 Jun 2022.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamadetik1
- ^ Yoga Sukmana (8 September 2015). Bambang Priyo Jatmiko (penyunting). "Besok, Proyek LRT Akan Dimulai". Kompas.com (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2022. Dicapai pada 26 Jun 2022.