Léon l'Africain
Léon l'Africain ialah suatu novel sejarah bahasa Perancis tahun 1986 karya penulis Lubnani Amin Maalouf menggambarkan kehidupan Leo Africanus, seorang pengembara Arab terkenal Zaman Pembaharuan, Oleh sebab hanya sedikit maklumat yang diketahui tentang kehipuan orang sebenar, buku ini memuatkan kejadian-kejadian pensejarahan dan meletakkan Leo dalam kalangan orang-orang pensejarahan penting pada zamannya, termasuk tiga orang paus, (Paus Leo X, Paus Adrianus VI dan Paus Clemens VII), dua maharaja Uthmaniyah, (Selim I dan Sulaiman al-Qanuni) serta penampilan watak Amir Muhammad XII dari Granada (raja Moor terakhir Amiriah Granada), Askia Mohammad I dari Empayar Songhai, Ferdinand dari Sepanyol, dan François I dari Perancis, dan juga pelukis Raphael serta bebrapa lagi tokoh politik dan kebudayaan penting zaman itu. Ia ditulis seakan bentuk memoir daripada sudut pandang Leo sendiri.
Umum | |
---|---|
Pengarang | Amin Maalouf |
Negara | Lebanon |
Bahasa | Bahasa Perancis |
Genre | Novel sejarah |
Penerbitan | |
Penterjemah | Peter Sluglett |
Penerbit | New Amsterdam Books |
Tarikh penerbitan | 1986 |
Diterbitkan dalam bahasa Inggeris | 1992 |
Jenis media | Cetak (Kulit lembut) |
Halaman | 360 ms |
Kawalan kewibawaan | |
ISBN | ISBN 1-56131-022-0 |
OCLC | 24502286 |
843 20 | |
LCC | PQ3979.2.M28 L413 1991 |
Ia novel pertama Amin Maalouf yang menerima pujian para pengkritik.
Plot
suntingNovel ini dibahagikan ke dalam empat bahagian, setiap satu diatur mengikut tahun bagi memerikan waktu-waktu penting dalam kehidupan Leo Africanus, setiap bahagian diberi nama setiap kota yang memainkan peranan penting dalam kehidupan tersebut: Granada, Fes, Kaherah, dan Rom. Mahupun dipenuhi dengan hipotesis bigrafi dan taakulan pensejarahan, buku ini menawarkan pemerian terang tentang dunia Zaman Pembaharuan, dengan permulaan kemunduran kerajaan-kerajaan Islam tradisional dan harapan yang diberikan Empayar Uthmaniyah sewaktu empayar tersebut berkembang dan mampu mengamcam Eropah dan memulihkan kesatuan Muslim.
Buku ini berlandaskan pengalaman hidup sebenar Leo Africanus yang membawanya hampir ke semua pelusuk Mediterranean Muslim, selatan Maghribi hingga ke Semenanjung Arab, dan merentasi gurun Sahara.
Tema-tema utama
suntingNovel ini menerokai pergeseran antara Islam dan Kristian dan juga pengaruh kedua-duanya terhadap satu sama lain dan juga penganut-penganut agama-ama tersebut.
Bacaan lanjut
sunting- "On a Camel Moving Forward in Time" (a review of Amin Maalouf, Leo Africanus. Norton, 1989), The New York Times Book Review, March 12, 1989