Kura-kura katup Amerika
Kura-kura Katup Amerika ialah kura-kura dari genus Terrapene. Walaupun umumnya kura-kura katup seakan-akan sama dengan baning dari segi habitat dan ciri-ciri, namun mereka sebenarnya dikelaskan dalam keluarga (Emydidae). Mereka mempunyai ciri-ciri seperti cangkerang tempurung yang tinggi, berengsel (hinge) pada bahagian bawah badannya, dan ini membolehkan ia menyembunyikan sepenuhnya kepala dan kaki-kakinya ke dalam cangkerang daripada ancaman pemangsa.
Kura-kura katup Amerika Julat zaman: Miocene - Recent,
| |
---|---|
Kura-kura Katup Florida, Terrapene carolina bauri | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Reptilia |
Order: | Testudines |
Suborder: | Cryptodira |
Superkeluarga: | Testudinoidea |
Keluarga: | Emydidae |
Subkeluarga: | Emydinae |
Genus: | Terrapene Merrem, 1820[1] |
Spesies jenis | |
Terrapene carolina | |
Spesies[1] | |
Terrapene carolina | |
Sinonim[2] | |
Cistuda Fleming, 1822 |
Taksonomi dan Genetik
suntingNama genus Terrapene diilhamkan oleh Merrem pada tahun 1820 untuk mengasingkan beberapa spesies daripada genus Emys kerana spesies ini mempunyai tulang sternum yang dipisahkan oleh dua atau tiga bahagian berasingan dan boleh bergerak bebas.[3] Awalnya beliau meletakkan bersama genus Terrapene boscii (dan kini diterima sebagai Kinosternon subrubrum subrubrum) dan Terrapene carolina (tapi di bawah nama Terrapene clausa). Beberapa spesies daripada Kura-kura Katup Asia juga pernah ditempatkan dalam genus Terrapene: cth. Terrapene bicolor (kini dikenali Cuora amboinensis couro) dan Terrapene culturalia (kini Cuora flavomarginata).[1] Terkini, empat spesies dikelaskan dalam genus ini dengan dua belas taksa telah dikenalpasti:[1]
- Terrapene carolina (Linnaeus, 1758) — (spesies jenis)[2]
- Terrapene carolina bauri (Taylor, 1895) — Kura-kura Katup Florida,
- Terrapene carolina carolina (Linnaeus, 1758) — Kura-kura Katup Timur,
- Terrapene carolina major (Agassiz, 1857) — Kura-kura Katup Teluk,
- Terrapene carolina mexicana (Gray, 1849) — Kura-kura Katup Mexico,
- Terrapene carolina putnami (O.P. Hay, 1906) (pupus) [4]
- Terrapene carolina triunguis (Agassiz, 1857) — Kura-kura Katup Jari Tiga,
- Terrapene carolina yucatana (Boulenger, 1895) — Kura-kura Katup Yucatán,
- Terrapene coahuila (Schmidt & Owens, 1944) — Kura-kura Katup Coahuilan,
- Terrapene nelsoni (Stejneger, 1925) — Kura-kura Katup Berbintik,
- Terrapene nelsoni klauberi (Bogert, 1943) — Kura-kura Katup Berbintik Utara,
- Terrapene nelsoni nelsoni (Stejneger, 1925) — Kura-kura Katup Berbintik Selatan,
- Terrapene ornata, (Agassiz, 1857) — Kura-kura Katup Ornata (atau: Kura-kura Katup Barat),
- Terrapene ornata ornata (Agassiz, 1857) — Kura-kura Katup Ornata (atau: Kura-kura Katup Barat),
- Terrapene ornata luteola (H.M. Smith & Ramsey, 1952) — Kura-kura Katup Gurun,
Kura-kura katup ini mempunyai sel somatik diploid dengan 50 kromosom.[5]
Ekologi
suntingKitaran Hidup dan Pemangsa
suntingAnggaran usia kura-kura ini melebihi 100 tahun. Usia kura-kura katup ini tidak boleh ditentukan hanya dengan melihat lingkaran pada tempurungnya sahaja. Bahkan pertumbuhan kura-kura ini dipengaruhi oleh dietnya sendiri terutamanya jumlah makanan, air, tahap kebersihannya, kesihatan dan lain-lain. Bentuk telur kura-kura katup ini adalah lonjong, fleksibel dan pelbagai bergantung kepada spesiesnya, sekitar 2–4 cm panjang, dan beratnya pula 5-11 g. Jumlah telur adalah sekitar 1-7 biji. Kura-kura katup dari kawasan utara bertelur lebih banyak berbanding kura-kura dari kawasan selatan.[6] Kura-kura ini mempertahankan diri dengan menutup dan menyembunyikan sepenuhnya kepala, kaki-kakinya ke dalam cangkerang. Kadar kematian anak kura-kura adalah tinggi disebabkan saiznya kecil dan cangkerangnya yang masih lembut. Cangkerang kura-kura katup dewasanya jarang retak kecuali jika dihentak kuat atau diserang secara tiba-tiba. Pemangsanya pula merangkumi mamalia seperti mink, rakun, anjing dan rodensia, serta burung (cth. gagak, raven) dan ular (cth. Colubridae, Agkistrodon piscivorus).[7]
Diet
suntingKura-kura katup Amerika ini bersifat maserba iaitu memakan apa sahaja yang boleh ditangkap. Invertebrata (cth. serangga, cacing tanah, ulat gonggok), juga dijadikan makanan serta tumbuh-tumbuhan (sekitar 30-90% dalam dietnya). Buah-buahan (seperti apel dan beberapa spesies beri), gastropods (Heliosoma, Succinea).[8]
Taburan dan Habitat
suntingKura-kura katup Amerika ini berasal dari Amerika Utara. Taburan terbesar Kura-kura katup Amerika adalah dari Amerika Syarikat (subspesies carolina, major, bauri, triunguis; Bahagian tengah dan selatan Amerika Syarikat, timur Amerika Syarikat, dan selatan Amerika Syarikat) dan Mexico (subspesies yukatana dan mexicana; Semenanjung Yucatán dan bahagian timur laut). ornate box turtle pula berasal dari tengah dan barat daya A.S. (dan bersempadan Mexico) manakala spotted box turtle hanya dijumpai di barat laut Mexico sahaja. Coahuilan box turtle hanya dijumpai di Lembangan Cuatro Ciénegas (Coahuila, Mexico).[2]
Habitat
suntingHabitat Kura-kura Katup Amerika ini tidak tetap. Terutamanya kawasan berhutan. T. ornata hanya dijumpai di kawasan padang berumput, namun subspesiesnya, desert box turtle juga dijumpai di kawasan separa gurun dengan taburan hujannya pada musim panas. Lokasi Coahuilan box turtles dijumpai merangkumi 360 km2 kawasan berpaya, dan mempunyai makanan seperti kaktus.
Apabila tiba musim hibernasi, kura-kura katup ini akan menuju ke dalam hutan, mengorek lubang bagi menghadapi musim sejuk. Ornate box turtles menggali sehingga 50 cm dalam, sementara Eastern box turtles pula hanya 10 cm sahaja. Lokasi hibernasinya merangkumi 0.5 km daripada habitat musim panasnya. Kura-kura katup di kawasan selatan, lebih aktif seperti T. coahuila dan T.c.major'. Manakala kura-kura katup lain yang mendiami kawasan panas lebih aktif (T.c.yukatana) atau hanya aktif semasa musim hujan.[9]
Evolusi
suntingMenurut rekod fosil, kura-kura katup muncul secara mendadak dalam bentuknya seperti sekarang. Dari segi morfologi fizikal tidak terdapat perubahan evolusi, lantas menunjukkan ia adalah spesies umum.[4] Maka rumit untuk menerangkan mengenai perubahan fizikalnya melalui proses evolusi. Walau bagaimanapun, fosil kura-kura katup tertua yang dijumpai adalah di Nebraska (Amerika Syarikat), yang berusia 15 juta tahun dahulu (pada era Miocene)[4] dan menyerupai spesies T. coahuila, juga menunjukkan bahawa moyang kura-kura katup ini juga bersifat akuatik. Spesimen fosil T. ornata dan T. carolina yang berusia sekitar 5 juta tahun dahulu menunjukkan keturunannya juga semakin berkembang semasa era Miocene tersebut. Sau-satunya subspesies yang pupus (T.c. putnami) yang wujud pada era Pliocene mempunyai karapas yang lebih panjang, 30 cm (12 in), berbanding spesies-spesies yang lain.[4]
Hubungan dengan manusia
suntingStatus pemuliharaan
suntingTerrapene coahuila dikelaskan sebagai spesies terancam. Taburan haiwan ini berkurangan sebanyak 40% hingga 360 km2 dalam masa 40–50 tahun ini. Populasi spesies ini berkurangan daripada sekitar 10,000" kepada "2,500" dalam tahun 2002 sahaja.[10] Spesies Terrapene carolina dikelaskan sebagai spesies terjejas, manakala Terrapene ornata pula diletakkan sebagai haiwan yang hampir terancam.[11][12] Bagi spesies Terrapene nelsoni data pengelasannya masih belum mencukupi.[13]
Anjing pengesan digunakan untuk mencari dan menjejaki kura-kura katup ini sebagai salah satu usaha dalam pemuliharaan.[14]
Haiwan peliharaan
suntingKebanyakan persatuan dan pembela kura-kura di Amerika mencadangkan supaya kura-kura katup diharamkan dari dibela oleh anak-anak kecil[15] khuatir ia memberikan tekanan kepada haiwan ini akibat disalahbela. Kura-kura katup biasanya mengalami tekanan jika dipindahkan ke tempat yang baharu dan mungkin boleh mengakibatkan kematian.
Kehadiran kucing dan anjing yang dibela bersama boleh mengakibatkan kecederaan pada kura-kura jika tidak dijaga dengan baik. Mereka memerlukan sangkar di luar rumah, pendedahan kepada cahaya matahari secara konsisten dan pemberian makanan yang pelbagai. Tanpa penjagaan yang rapi, tumbesarannya boleh terbantut seterusnya menjejaskan imun sistem haiwan ini.
Kajian di Texas menyatakan terdapat lebih 7,000 kura-kura katup yang ditangkap dari habitat liar mereka untuk dijual. Kajian yang sama di Louisiana mendedahkan hampir 30,000 kura-kura katup juga ditangkap untuk dipasarkan ke Eropah. Kebanyakan haiwan yang ditangkap ini dibela dalam keadaan teruk dan menyedihkan sehingga ada yang mati. Antaranya mengalami masalah malnutrisi, dehidrasi, dan jangkitan kuman.[16][17]
Beberapa negeri di Amerika seperti Indiana, Tennessee, melarang tangkapan haiwan ini dari habitat liar mereka, malah ada yang mewajibkan permit untuk disimpan. Sesetengah negeri juga melarang pembiakan haiwan ini kerana khuatir memberi kesan kepada populasi haiwan liar yang lain.[18] Oleh itu, bagi peminat aiwan ini, mereka disarankan agar mendapatkan haiwan daripada kedai-kedai haiwan yang diberikan permit.
Menangkap haiwan ini dari habitat liar mereka mungkin menjejaskan populasinya kerana kadar pembiakannya yang sangat rendah.[19]
Reptilia negeri
suntingJabatan Setiausaha Negeri Carolina Utara[20]
Kura-kura katup ini menjadi Reptilia Rasmi bagi empat negeri di Amerika Syarikat. Carolina Utara dan Tennessee menjadikan Kura-kura Katup Timur sebagai reptilia rasmi mereka.[21][22][23] Manakala Missouri memilih Kura-kura Katup Jari Tiga.[24] Kansas pula mengiktiraf Kura-kura Katup Ornata sebagai reptilia rasmi mereka.[25][26]
Di Pennsylvania, Kura-kura katup Timur hanya berjaya disenaraikan ke dalam perundangan, namun gagal pada peringkat akhir penamaan pada tahun 2009.[27] Di Virginia pula, Kura-kura Katup Timur gagal dicalonkan pada tahun 1999 dan 2009. Antara kegagalan pencalonan adalah disebabkan oleh sifat kura-kura katup tersebut yang dianggap "penakut" apabila memasukkan kesemua anggota badannya ke dalam cangkerang apabila diganggu, dan mereka khuatir pemilihan tersebut hanya seperti meniru Utara Carolina yang telah pun memilih haiwan tersebut sebagai reptilia rasmi mereka dahulu.[28][29]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b c d Rhodin 2010, halaman 000.106-107
- ^ a b c Fritz 2007, halaman 196
- ^ Blasius Merrem. "Versuch eines Systems der Amphibien" (PDF) (dalam bahasa German). Johann Christian Krieger.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b c d KDodd, halaman 24-30
- ^ C.H. Ernst; R.G.M. Altenburg; R.W. Barbour. "Terrapene carolina". Netherlands Biodiversity Information Facility. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 July 2011. Dicapai pada 12 February 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan); Unknown parameter|lastauthoramp=
ignored (bantuan) - ^ KDodd, halaman 103-105
- ^ KDodd, halaman 140
- ^ KDodd, halaman 114-116
- ^ KDodd, halaman 60
- ^ van Dijk, P.P.; Flores-Villela, O.; Howeth, J. (2007). "Terrapene coahuila". The IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2007: e.T21642A97428806. doi:10.2305/IUCN.UK.2007.RLTS.T21642A9304337.en. Dicapai pada 24 December 2017. Unknown parameter
|last-author-amp=
ignored (bantuan) - ^ Templat:IUCN2010
- ^ Templat:IUCN2010.4
- ^ Tortoise & Freshwater Turtle Specialist Group (1996). "Terrapene nelsoni". The IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 1996: e.T21643A97298467. doi:10.2305/IUCN.UK.1996.RLTS.T21643A9304626.en. Dicapai pada 24 December 2017.
- ^ Ray, Julie (2011-07-31). "Service Dogs Find Endangered Species". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-25. Dicapai pada 4 August 2011.
- ^ William Berg. "Boxturtles.com". Dicapai pada 10 August 2013.
- ^ http://www.btpt.org/pubs/BTPT_faq.pdf
- ^ "TTN 1:19". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-09. Dicapai pada 2018-01-18.
- ^ http://www.in.gov/dnr/fishwild/3326.htm
- ^ McCallum, M.L., J.L. McCallum, S.E. Trauth. 2009. Box turtles generally stay within the same area where they were born. If one is moved more than a half-mile from its territory, it may never find its way back. This may disrupt their breeding cycle. Predicted climate change may spark box turtle declines. Amphibia-Reptilia 30:259-264
- ^ "Eastern Box Turtle – North Carolina State Reptiles". North Carolina Secretary of State. Dicapai pada 2011-02-13.
- ^ Shearer 1994, halaman 321
- ^ "Official State Symbols of North Carolina". North Carolina State Library. State of North Carolina. Dicapai pada 2008-01-26.
- ^ "Tennessee Symbols And Honor" (PDF). Tennessee Blue Book: 526. Dicapai pada 2011-01-22.
- ^ "State Symbols of Missouri: State Reptile". Missouri Secretary of State Robin Carnihan. Dicapai pada 2011-01-21.
- ^ Shearer 1994, halaman 315
- ^ "2009-73-1901 Kansas Code patriotic emblems, state reptile, designation". Justia. Dicapai pada 2011-02-11.
- ^ "Regular Session 2009–2010: House Bill 621". Pennsylvania State Legislature. Dicapai pada 2011-02-25.
- ^ "SB 1504 Eastern Box Turtle; designating as official state reptile". Virginia State Legislature. Dicapai pada 2011-02-25.
- ^ Associated Press (2009-02-20). "Virginia House crushes box turtle's bid to be state reptile". NBC Washington. Dicapai pada 2011-02-25.
- Bibliografi
- Dodd Jr., C. Kenneth (2002). North American Box Turtles: A Natural History. University of Oklahoma Press. ISBN 978-0-8061-3501-4.
- Fritz, Uwe; Havaš, Peter (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 149–368. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-12-17. Dicapai pada 23 January 2011. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - Shearer, Benjamin F; Shearer, Barbara S (1994). "Miscellaneous Official State and Territory Designations". State Names, Seals, Flags, and Symbols: A Historical Guide, Revised and Expanded. Westport, Connecticut: Greenwood Publishing Group, Inc. m/s. 167–326. ISBN 0-313-28862-3.
- {{cite journal |url=http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/Accounts/crm_5_000_checklist_v3_2010.pdf%7Ctitle=Turtles of the World, 2010 Update: Annotated Checklist of Taxonomy, Synonymy, Distribution and Conservation Status |journal=Chelonian Research Monographs |volume=5 |accessdate=2011-01-23 |date=2010-12-14 |author=Turtle Taxonomy Working Group [Rhodin |author2=Anders G.J. |author3=van Dijk, Peter Paul |author4=Inverson, John B. |author5=Shaffer, H. Bradley |pages=000.85–000.164 |archiveurl=https://www.webcitation.org/5uzfktoIh?url= Diarkibkan 2011-07-17 di Wayback Machine
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kura-kura katup Amerika |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Kura-kura katup Amerika |