Nymphalidae
Nymphalidae merupakan famili yang terdiri daripada sekitar 5,000 spesies kupu-kupu yang tertabur di seluruh dunia, biasanya bersaiz sederhana hingga besar. Kebanyakan spesies mempunyai sepasang tungkai depan yang agak pendek dan kebanyakannya juga meratakan sayap ketika berehat. Kebanyakan spesies Nymphalidae berwarna-warni terang dan merangkumi spesies terkenal seperti maharaja, Nymphalini, Aglais dan Heliconiini. Bagaimanapun, muka bawah sayapnya sering kelihatan kusam berbanding dengan muka atas, sehingga berupa daun layu, maka terhasilnya kesan kripsis yang membolehkan kupu-kupu itu menyorok dalam persekitarannya.
Nymphalidae | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Superkeluarga: | |
Keluarga: | Nymphalidae Rafinesque, 1815
|
Subfamili | |
dan rujuk teks rencana | |
Diversiti | |
Lebih 600 genus Sekitar 5,700 spesies |
Pengelasan
suntingBagi yang dewasa, pasangan kaki depan adalah amat pendek, maka jolokannya kupu-kupu berkaki empat. Beluncasnya pula berbulu-bulu atau tercacak-cacak dengan juluran pada kepala, sementara kepompongnya mempunyai tompok-tompok yang berkilat.
Sistematik dan filogeni
suntingFilogeni Nymphalidae adalah rumit. Sesetengah takson tidak jelas kedudukannya, mencerminkan hakikat bahawa sesetengah subfamili dahulunya dikenal pasti sebagai famili yang berbeza kesan daripada kepincangan dalam kajian.
Terdapat lima klad utama dalam famili ini:[1]
Klad libitein (basal)
- Libytheinae (Dahulunya famili Libytheidae.)
Klad danain (basal)
- Danainae (Dahulunya famili Danaidae.)
- Famili tumbuhan perumah termasuk Apocynaceae, Asclepiadoideae (subfamili Apocynaceae), dan Moraceae.
- Ithomiini (Sekitar 300 spesies Neotropika. Adakalanya dianggap sebagai subfamili Ithomiinae.)
- Kebanyakan spesies berkepak panjang, ada yang berkepak lutsinar. Tumbuhan perumah tergolong dalam famili Apocynaceae, Gesneriaceae dan Solanaceae.
- Tellervini (Sekitar 6–10 spesies di Australasia. Adakalanya dianggap sebagai subfamili Tellervinae.)
- Beluncasnya menyerupai beluncas Danainae dan memakan Apocynaceae.
Klad satirin
- Calinaginae (Sekitar 6 spesies, terhad kepada Himalayas.)
- Kupu-kupu kanopi tropika. Beluncas dengan duri atau juluaran pada kepala. Kebanyakannya spesies boleh makan dengan kemimikan Bates. Tumbuhan perumah dalam famili Annonaceae, Celastraceae, Convolvulaceae, Euphorbiaceae, Fabaceae, Flacourtiaceae, Lauraceae,Myrtaceae, Piperaceae, Poaceae, Rhamnaceae, Rutaceae, Santalaceae and Sapindaceae.[2]
- Morphinae (termasuk Amathusiini, adakalanya dianggap sebagai subfamili Amathusiinae.)
- Termasuk Morpho neotropika. Tumbuhan makanan termasuk Arecaceae, Bignoniaceae, Fabaceae, Menispermaceae, Poaceae dan Sapindaceae.
- Brassolini (Neotropika dengan 70–80 spesies. Kebanyakannya krepuskul. Adakalanya dianggap sebagai subfamili Brassolinae.)
- Tumbuhan perumah dalam famili Arecaceae, Bromeliaceae, Heliconiaceae, Musaceae, andPoaceae.[2]
- Satyrinae (Dahulunya famili Satyridae.)
- Tumbuhan perumah dalam famili Arecaceae, Araceae, Cyperaceae, Heliconiaceae, Poaceae, dan Selaginellaceae.
Klad helikoniin (kumpulan saudara kepada klad nimfalin; tidak termasuk bekas puak Biblidini dan Cyrestini, dan puak Pseudergolini dan Coeini.)
- Heliconiinae (Dahulunya famili Heliconiidae.)
- Kuu-kupu tropika berwarna-warni yang terkenal kerana kemimikan Müller. Semua spesies menggunakan tumbuhan perumah dalam famili Passifloraceae.
- Acraeini (Kebanyakannya asal Afrika, tetapi juga terdapat spesies Asia. Adakalanya dianggap sebagai famili Acraeinae.)
- Tumbuhan perumah dalam famili Asteraceae, Passifloraceae, Sterculiaceae, Tiliaceae dan Urticaceae.
Klad nimfalin (kumpulan saudara kepada klad helikoniin; juga merangkumi puak Coeini dan Pseudergolini)
- Apaturinae (Kebanyakannya tropika)
- Tumbuhan perumah dalam famili Ulmaceae. Beluncas yang licin dengan ekor dwicabang dan kepala bertanduk.[2]
- Biblidinae (dahulunya dalam Limenitidinae)
- Cyrestinae (dahulunya dalam Limenitidinae)
- Nymphalinae (Subfamili besar yang adakalanya merangkumi Limenitidinae dan Biblidinae.)
- Sesetengah spesies berpindah-randah. Sesetengah beluncas bersalut duri. Tumbuhan perumah termasuk Acanthaceae, Caprifoliaceae, Convolvulaceae, Euphorbiaceae, Fagaceae, Flacourtiaceae,Lamiaceae, Loranthaceae, Moraceae, Plantaginaceae, Poaceae, Rubiaceae, Rutaceae,Salicaceae, Sapindaceae, Scrophulariaceae, Urticaceae dan Verbenaceae.[2]
Galeri
sunting-
Danaus plexippus (kupu-kupu Monarch)
-
Polyura athamas
-
Morpho rhetenor helena
-
Dryas julia
-
Heliconius sara
-
Greta oto
-
Limenitis lorquini
-
Cethosia cyane
-
Inachis io
-
Polygonia c-album
-
Junonia coenia
-
Chlosyne janais
Rujukan
sunting- ^ Niklas Wahlberg, Elisabet Weingartner & Sören Nylin (2003). Gisella Caccone & Giacomo Bernardi (penyunting). "Papers presented at the Mammalian Phylogeny symposium during the 2002 Annual Meeting of the Society for Molecular Biology and Evolution, Sorrento, Italy, June 13–16, 2002" (PDF). Molecular Phylogenetics and Evolution. 28 (3): 473–484. doi:10.1016/S1055-7903(03)00052-6. PMID 12927132.
|chapter=
ignored (bantuan) - ^ a b c d e Philip J. DeVries (2001). "Nymphalidae". Dalam Simon A. Levin (penyunting). Encyclopedia of Biodiversity. Academic Press. m/s. 559–573. doi:10.1016/B0-12-226865-2/00039-0. ISBN 978-0-12-226865-6.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Nymphalidae |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Nymphalidae |