Unsur kumpulan 7
Kumpulan → | 7 |
---|---|
↓ Kala | |
4 | 25 Mn |
5 | 43 Tc |
6 | 75 Re |
7 | 107 Bh |
Kumpulan unsur 7 juga dikenali sebagai kumpulan Mangan merupakan kumpulan unsur kimia yang terkandung dalam lajur ke-7 (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kumpulan ini terdiri daripada logam peralihan iaitu [mangan]] (Mn), teknetium (Tc), renium (Re), dan bohrium (Bh).
Sebagai mana kumpulan unsur lain, unsur-unsur dalam kumpulan ini menunjukkan corak dalam konfigurasi elektronnya, terutamanya petala paling luar, dan seterusnya sifat kimia mereka.
Z | Unsur | Bilangan elektron/petala | nombor pengoksidaan utama |
---|---|---|---|
25 | mangan | 2, 8, 13, 2 | 0,+2,+3,+4,+5,+6,+7 |
43 | teknetium | 2, 8, 18, 13, 2 | 0,+4,+7 |
75 | renium | 2, 8, 18, 32, 13, 2 | 0,+6,+7 |
107 | bohrium | 2, 8, 18, 32, 32, 13, 2 | 0,+7 |
Nombor pengoksidaan logam-logam dalam kumpulan ini ialah +2, +3, +4, +6, dan +7, di mana renium dan technetium dengan mudahnya menunjukkan nombor pengoksidaan ini. Technetium tidak mempunyai isotop yang stabil. Hanya technetium dan prometium merupakan 2 unsur sebelum plumbum, yang tidak mempunyai isotop yang dikenalpasti stabil (unsur-unsur selepas plumbum semuanya tidak mempunyai isotop yang diketahui stabil walaupun bismut mempunyai separuh hayat yang sangat panjang).
Ciri-ciri
suntingCiri-ciri unsur kumpulan 7 | ||||
Name | Mangan | Teknetium | Renium | Bohrium |
Takat lebur | 1517 K (1244 °C) | 2430 K (2157 °C) | 3459 K (3186 °C) | ? |
Takat didih | 2235 K (1962 °C) | 5150 K (4877 °C) | 5869 K (5596 °C) | ? |
Ketumpatan | 7.47 g•cm−3 | 11.5 g•cm−3 | 19.25 g•cm−3 | ? |
Sifat fizikal | perak berkilat | kelabu keperakan berkilat | putih berkilau berkilat |
? |
Jejari atom | 140 pm | 135 pm | 135 pm | ? |
Kewujudan
suntingGeografi
suntingTeknetium yang juga merupakan unsur pertama yang dihasilkan dalam makmal dan bohrium adalah radioaktif dengan separuh hayat yang pendek menyebabkan mereka tidak wujud dalam keadaan semula jadi. Selain itu, renium unsur yang jarang dijumpai dan selalunya hanya ditemui dalam mineral lain. Oleh hal yang demikian, hanya mangan sahaja merupakan unsur yang banyak ditemui berbanding unsur-unsur lain dalam kumpulan ini. Hal ini juga dibuktikan melalui penghasilan tahunan unsur-unsur ini. Pada tahun 2007, sebanyak 11 juta tan metrik mangan telah dilombong manakala pada tahun yang sama, penghasilan renium hanya sekitar 40 hingga 50 tan metrik sahaja.
Biologi
suntingMangan mempunyai peranan untuk membantu enzim dalam organisma hidup.