Kumpulan data COVID-19
Kumpulan data COVID-19 ialah kumpulan data atau pangkalan data awam atau boleh dicapai secara terbuka atau umum, untuk berkongsi semua maklumat kes dan maklumat perubatan yang berkaitan dengan pandemik COVID-19 di seluruh dunia. Di Malaysia, kumpulan data berkaitan pandemik COVID-19 dkeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, yang mana maklumatnya dikemaskini di laman web rasminya.
Hab data
sunting- Health Data Research UK menyediakan pendaftaran sumber data kesihatan dari United Kingdom, termasuk juga kumpulan data berkaitan COVID-19.
- NIH Open Access Datasets: National Institutes of Health di England, menyediakan data akses yang terbuka dan sumber komputasi berkaitan dengan pandemik COVID-19.[1]
- COVID-19 Open Research Dataset (CORD-19): Projek Semantic Scholar dari Allen Institute for AI menampung data kes COVID-19, kumpulan data awam dengan pelbagai rencana akademik dan penyelidikan berkaitan COVID-19.[2] Kumpulan data akan diperbaharui setiap hari dan mencakupi pelbagai rencana dan pracetak yang telah disemak oleh ulasan sejawat.[3] Maklumat COVID-19 pertama kali dikeluarkan pada 16 Mac 2020 oleh para penyelidik dan pemimpin dari Allen Institute for AI, Chan Zuckerberg Initiative, Georgetown University's Center for Security and Emerging Technhology, Microsoft, dan juga National Library of Medicine Amerika Syarikat.[4] Kumpulan data dibuat melalui penggunaan penambahan teks dari sastera penyelidikan kini.[5]
Rujukan
sunting- ^ "Open-Access Data and Computational Resources to Address COVID-19 | Data Science at NIH". datascience.nih.gov. Dicapai pada 21 Mac 2021.
- ^ "CORD-19 | Semantic Scholar". www.semanticscholar.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mac 2021.
- ^ "Analysis of COVID-19 publications identifies research gaps". EurekAlert! (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mac 2021.
- ^ "Call to Action to the Tech Community on New Machine Readable COVID-19 Dataset". whitehouse.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mac 2021 – melalui National Archives.
- ^ "NLM Leverages Data, Text Mining to Sharpen COVID-19 Research Databases". governmentciomedia.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mac 2021.