Scoin
Kumpulan Scoin merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang ditubuhkan pada 16 Januari 1995 di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.
Scoin | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
Pekerjaan | Vokal / Pemuzik |
Tahun aktif | 1995-Kini |
Syarikat rakaman | Fantasia Music City (FMC) Musica Studio's (Indonesia) |
Pengkarya berkait | Berkumpulan |
Ahli | (Amar) Amar Faizal bin Harun (Wan) Redzuan Abdul bin Manan (Boy)Mohd Fazrik bin Ismail (Sham) Zairulhisham bin Rohaizat (Hanif) Mohd Hanif bin Khalid |
Nama kumpulan ini, Scoin berasal daripada perkataan coin (wang syiling), nama itu diharapkan akan terus berkembang seperti mana wang yang boleh berkembang dari sekecil nilai satu sen sehingga sebesar-besarnya.[1] Ketika mula ditubuhkan, kesemua anggota kumpulan berusia 18 tahun, berasal dari Kuala Lumpur dan sama-sama bersekolah di salah sebuah sekolah menengah di ibu negara. Mereka juga tinggal berdekatan antara satu sama lain.
Nama mereka mula melonjak naik apabila mereka berjaya melepasi uji bakat yang dianjurkan oleh FMC dan seterusnya dilamar sebagai artis. Mereka kemudian berkesempatan untuk merakamkan album di bawah bimbingan Eddie Hamid, seorang komposer yang berpengaruh.
Untuk album sulung Scoin, Eddie Hamid telah berganding bahu dengan Man Toba dan sekali lagi menggunakan perkataan rindu sebagai resipinya untuk melariskan album kumpulan itu. Kumpulan Scoin kemudiannya tampil dengan tiga album studio dan sebuah album kompilasi iaitu Rindu-Rinduan (1998), Buah Hatiku (1999), Yang.. Sayang Yang (2000) Terbaik... Scoin (2002) Dan Scoin 2 Ginap Asmara (2003).[2]
Ahli-ahli
suntingKumpulan Scoin merupakan kumpulan penyanyi Malaysia. Senarai anggotanya untuk album Rindu-Rinduan (1998) & Buah Hatiku (1999) adalah :-
- (Amar) Amar Faizal bin Harun. Pemain gitar.
- (Wan) Redzuan bin Abdul Manan. Penyanyi.
- (Boy) Mohd Fazrik bin Ismail. Pemain gitar bass.
- (Sham) Zairulhisham bin Rohaizat. Pemain gitar utama.
- (Hanif) Mohd Hanif bin Khalid. Pemain drum.
Malah, album ke-3 Kumpulan Scoin iaitu Yang.. Sayang Yang (2000) mempunyai 4 anggota baru & 1 penyanyi asal adalah :-
1. (Wan) Redzuan bin Abdul Manan. Penyanyi
2. (Amar) Amar bin Abd. Malik. Pemain gitar utama.
3. (Boy's) Sharul. Pemain gitar.
4. (Man). Pemain gitar bass.
5. (Bachok). Pemain drum.
Mohd Hanif bin Khalid telah pun keluar dari Kumpulan Scoin pada tahun 2000 untuk menumpukan kepada pelajarannya.
Diskografi
suntingAlbum studio
- Rindu-Rinduan (1998)
- Buah Hatiku (1999)
- Yang.. Sayang Yang (2000)
- Scoin 2 Ginap Asmara (2003)
Album kompilasi
- Terbaik... Scoin (2002)
Rujukan
sunting- ^ "Scoin bangga dapat bimbingan Eddie Hamid". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-05. Dicapai pada 2017-08-05.
- ^ Hospital tempat baru Wan Scoin