Metalian

(Dilencongkan dari Kumpulan Metalian)

Metalian merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang berasal dari Kajang, Selangor. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Metalian
Kulit album Identiti
Latar belakang
Berasal dariKajang, Selangor Selangor, Malaysia Malaysia
GenreHeavy metal, hard rock
PekerjaanKugiran
Tahun aktif1980-an
Syarikat rakaman
Warnada
Pengkarya berkait
Berkumpulan
Laman sesawang
http://www.liriklagu.com/liriklagu_jm/Metallian.html
Bekas ahliRamadhan
Thana
Lan
Man
Megat
Khairul
Hamid

Latar belakang

sunting

Metalian, seangkatan dengan Bloodshed, adalah antara gergasi-gergasi rock dari bandar yang terkenal dengan julukan "Bandar Sate" ini. Mereka membawakan muzik yang berkonsepkan heavy metal dan hard rock.

Metalian pernah muncul sebagai kugiran pembukaan untuk konsert Alleycats di Stadium Kajang pada tahun 1984, yang ditaja oleh Salem.[1] Pada waktu itu, mereka diterajui oleh Ramadhan yang berasal dari Batu 9, Cheras. Mereka juga sempat merakamkan lagu bergenre slow rock dalam album album Juara-Juara Rock, nyanyian Thana, penyanyi berketurunan India yang juga seorang guru. Selepas siri album Juara-Juara Rock, Metalian sempat merakamkan dua buah album berjudul Era dan Identiti sebelum berpecah.

Dari Metalian ke Wow

sunting

Setelah berpecah, sebahagian dari mereka telah menubuhkan Kumpulan Wow yang popular dengan lagu Kau Yang Satu. Sepertimana bekas kumpulan mereka, Wow juga bernaung di bawah Warnada. Pemain gitar Metalian dan Wow iaitu Lan juga pernah muncul dengan album solo.

Barisan keanggotaan

sunting
  • Ramadhan
  • Thana
  • Lan
  • Megat
  • Azman@Man
  • Khairul
  • Hamid

Diskografi

sunting

Album Studio

sunting
  • Identiti (1987)
 
  • Era (1989)

Album Kompilasi

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting