Janice and The Supertank

(Dilencongkan daripada Kumpulan Janice and The Supertank)

Kumpulan Janice and The Supertank ialah sebuah kumpulan indie yang ditubuhkan di Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada 3 orang ahli.[1]

Janice and The Supertank
Kumpulan Janice and The Supertank
Latar belakang
Nama lahirThe Supertank
Juga dikenali sebagai
JATS
Berasal dariMalaysia Malaysia
Genrerock, pop, R&B, Dance serta Jazz
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif2010 - 2012
Syarikat rakaman
indie
Pengkarya berkait
Berkumpulan
Laman sesawang
http://www.facebook.com/janiceandthesupertank
AhliJanice Yap (vokalis, gitar akustik),
Ramizu (dram),
Skaloot (bass)
Bekas ahliAmir (bass),
Grace (keyboard),
Eujin (gitar elektrik).

Nama asal kumpulan ini pada mulanya adalah Supertank yang bermula sekadar suka-suka dan hanya berkumpul untuk jamming jika ada kelapangan. Ia kemudian beralih untuk membentuk kumpulan indie yang bergerak secara komersial. Dengan penyertaan Janice Yap sebagai vokalis baru, nama kumpulan ini bertukar menjadi Janice and The Supertank sejak Jun 2010.

Kumpulan Janice and The Supertank ini kemudiannya menyertai pertandingan Battle of The Band @ Youth Festival 2010, dan berjaya menggondol penghargaan sebagai 10 band terbaik daripada 100 band yang bertanding.

Kumpulan Janice and The Supertank menampilkan lagu dalam pelbagai rentak dan komposisi seperti rock, pop, R&B, Dance serta Jazz. Single pertama mereka berjudul Kau Di Mindaku mendapat tempat di stesen radio turut menjadi salah satu lagu tema untuk filem Istanbul Aku Datang yang dibintangi oleh Lisa Surihani dan Beto Khusairi dan juga tercalon dalam program carta muzik popular, Muzik Muzik. Kumpulan ini telah berpecah pada tahun 2012 selepas Janice (vokalis) telah membuat keputusan untuk meneruskan kariernya secara solo.

Janice adalah pemenang persembahan solo terbaik tempatan bagi Malaysia's BOH Cameronian Arts Awards 2007 dan pemenang pertandingan lagu terbaik dalam Battle Of The Band 2005.[2]

  • Kau Di Mindaku (single pertama)
  • And You Know It (2010)
  • Sleep Talking (2012)
  • Kau Di Mindaku (2011)
  • Janice Yap (vokalis, gitar akustik),
  • Ramizu (dram),
  • Skaloot (bass) atau nama sebenarnya Tuan Mohd Shahril Tuan Ismail

Rujukan

sunting
  1. ^ "HIP Vokal Janice unik". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-24. Dicapai pada 2013-08-16.
  2. ^ Janice And The Supertank intai peluang © Utusan Melayu (M) Bhd

Pautan luar

sunting