Indigo (kumpulan)

(Dilencongkan daripada Kumpulan Indigo)

Kumpulan Indigo merupakan sebuah kumpulan penyanyi padu suara yang pernah aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu R&B dan pop Melayu.

Indigo
Latar belakang
Berasal dariKuala Lumpur Kuala Lumpur, Malaysia Malaysia
GenrePop R&B, Pop dance, Balada, Acapella
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1995 - 2002
Syarikat rakaman
KRU Records (1997 - 2000)
Pengkarya berkait
KRU
Laman sesawang
http://www.liriklagu.com/liriklagu_ei/Indigo.html
Ahli(Shah) Mohamed Shahrin Mohamed Samsudin
(Zam) Shahrul Nizam Abdul Aziz
Bekas ahli(Shaz) Nor Shazman Nor Shahid (1997 - 2000)
(Bad) Badrul Izhan Yeop Abdullah (1997 - 2023)

Sejarah penubuhan

sunting

Kumpulan Indigo ditubuhkan sekitar tahun 1996. Mempertaruhkan irama pop R&B, mereka merupakan artis rakaman KRU Records yang kedua selepas Elite.

Album pertama

sunting

Indigo telah diperkenalkan kepada pendengar muzik tempatan menerusi album pertama, Intro pada pertengahan tahun 1997. Mereka mula dikenali dengan lagu Suraya dan Gadis Misteri. Lagu Suraya pernah dipopularkan oleh kumpulan Headwind pada tahun 1980an dan dirakamkan semula oleh Indigo dengan susunan muzik baru.

Album pertama Indigo tidak begitu meletup di pasaran berikutan kegawatan ekonomi yang melanda negara pada ketika itu turut memberi kesan kepada industri muzik tempatan. Bagaimanapun mereka tetap berjaya mengumpulkan kelompok peminat tersendiri.

Pada tahun berikutnya, Indigo menerima pencalonan bagi kategori Artis Baru Terbaik (Berkumpulan) dan Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik untuk Anugerah Industri Muzik 1998.

Album kedua dan meniti kejayaan

sunting

Pada pertengahan tahun 1998, Indigo merakamkan sebuah lagu baru yang berjudul Istimewa (ciptaan KRU) dan dimuatkan dalam album runut bunyi filem animasi pertama negara, Silat Lagenda. Lagu ini kemudiannya dimasukkan ke dalam album kedua mereka yang muncul pada hujung tahun 1998 dengan judul Istimewa. [1]

Muzik video Istimewa yang diarahkan oleh Yusry menerima pencalonan dalam kategori Video Muzik Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1999.

Single kedua dari album ini ialah Andai Kau Pergi (juga ciptaan KRU). Lagu ini merupakan antara lagu Melayu artis tempatan yang paling popular sepanjang tahun 1999 dan bertahan lama malah menjuarai beberapa carta lagu di stesen-stesen radio dan televisyen tempatan.

Album kedua ini boleh dianggap berjaya kerana lagu Istimewa berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1999 dalam kategori Pop Rock. Walau bagaimanapun, lagu Andai Kau Pergi terpaksa berpuas hati di peringkat separuh akhir kategori Balada berikutan persaingan yang cukup sengit terutama dari kalangan penyanyi wanita solo.

Pada tahun 1999 juga, Indigo merakamkan sebuah lagu secara berduet bersama penyanyi baru naungan KRU, Juliana Banos. Lagu yang berjudul Sehidup Semati ini dicipta oleh Edry bersempena perkahwinannya pada tahun yang sama. Lagu ini menyusul kejayaan Andai Kau Pergi dan mendapat 'airplay' yang cukup hangat di corong-corong radio.

Album terakhir

sunting

Tahun 2000 menyaksikan Indigo meninggalkan KRU Records selepas menghasilkan album terakhir, Episod 3 iaitu album kompilasi yang turut diselitkan dengan empat buah lagu rakaman baru. Kemerosotan penghasilan industri muzik tanahair dipercayai antara faktor terbesar pengunduran ini.

Anggota kumpulan

sunting

Senarai anggota asal Kumpulan Indigo adalah :-

  1. (Bad) Badrul Izhan Yeop Abdullah Lahir: (1975-10-13)13 Oktober 1975, Meninggal dunia: 26 Oktober 2023(2023-10-26) (umur 48) berasal dari Kuala Lumpur
  2. (Shah) Mohamed Shahrin Mohamed Samsudin Lahir: (1974-10-30) 30 Oktober 1974 (umur 50) berasal dari Kuala Lumpur[2]
  3. (Zam) Shahrul Nizam Abdul Aziz Lahir: (1975-08-04) 4 Ogos 1975 (umur 49) berasal dari Melaka
  4. (Shaz) Nor Shazman Nor Shahid, Lahir: (1975-11-06) 6 November 1975 (umur 49) berasal dari Hulu Langat, Selangor

Diskografi

sunting

Album studio

sunting

Intro (1997)

sunting

Lagu-lagu:

  1. Hidup Baru
  2. Suraya
  3. Rindu
  4. Masih
  5. Dapatkah Bersama Lagi
  6. Teman Sejati
  7. Setiap Kali
  8. Tenderly
  9. Gadis Misteri
  10. Nafas Terakhir

Istimewa (1999)

sunting

Lagu-lagu:

  1. Indigo
  2. Istimewa
  3. Andai Kau Pergi
  4. Untuk Keberapa Kali
  5. Wahai Dunia
  6. Percaya Asmara
  7. Tak Mungkin
  8. Masih Ada Lagi
  9. Kehilangan
  10. Bosan
  11. Terima Kasih Kembali
  12. Kenali Dirimu

Episod 3 (2000)

sunting

Lagu-lagu:

  1. Seperti Yang Kujangka (duet bersama KRU)
  2. Sudah Terlalu Lama (lagu baru)
  3. Andai Kau Pergi
  4. Suraya
  5. Sehidup Semati (duet bersama Juliana Banos)
  6. Gadis Misteri
  7. Indigo
  8. Janji Tinggal Janji (rakaman semula lagu KRU)
  9. Istimewa
  10. Rindu
  11. Percaya Asmara
  12. Nafas Terakhir
  13. Masih Seperti Dulu (duet bersama Faradhiya)

Penampilan Lain

sunting
  1. Lagu "Sehidup Semati" - berduet dengan Juliana Banos dalam album Juliana (1999)
  2. Lagu "Jangan Lafazkan" dalam album 10/10 Wa Caya KRU (2002)

Trivia

sunting
  • Pada awal kemunculan Indigo, pendengar seringkali terkeliru dengan sebuah lagi kumpulan vokal tempatan yang juga muncul pada masa yang sama iaitu Innuendo. Secara kebetulan pula kedua-dua kumpulan ini mempunyai beberapa persamaan iaitu sebutan nama yang hampir sama, masing-masing terdiri dari empat orang anggota, menyanyi secara vokal berharmoni (padu suara) dan single pertama mereka juga merupakan lagu lama yang dirakam semula iaitu Indigo dengan Suraya manakala Innuendo dengan Belaian Jiwa.
  • Setiap anggota Indigo mendapat pembahagian vokal yang sama rata dalam lagu-lagu mereka dan ini membuktikan kesemua anggotanya mampu menyanyi dengan baik.
  • Pelakon Diana Rafar membintangi muzik video lagu Suraya.
  • Shazman meninggalkan Indigo pada hujung tahun 1999 untuk menumpukan perhatian kepada pekerjaan tetapnya. Tiga lagi anggota yang tinggal tidak berhasrat mencari pengganti dan meneruskan perjuangan sebagai sebuah trio vokal.
  • Shah berkahwin dengan penyanyi Liza Hanim pada tahun 2003, menambahpanjangkan senarai penyanyi tempatan yang bertemu jodoh dengan rakan seperjuangan.
  • Pada tahun 2009 Indigo membuat 'reunion' dengan tampil berempat dalam program hari raya TV3 iaitu Memori Idola. Turut muncul dalam rancangan tersebut ialah kumpulan A to Z dan Elite.
  • Bad berkahwin dengan penyanyi Ashira Aziz pada awal tahun 2021, mereka berdua saling mengenali semasa menyertai Gegar Vaganza 2020. Namun perkahwinan ini hanya bertahan selama setahun apabila mereka mengumumkan perceraian pada bulan Jun 2022.
  • Bad meninggal dunia pada 26 Oktober 2023 kira-kira jam 7 malam dipercayai akibat hipo gula ketika berada di bengkel tempatnya berkerja di ampang.

Rujukan

sunting
  1. ^ 'Istimewa' persembahan terbaru Indigo
  2. ^ "Berkorban untuk Marsya". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-02. Dicapai pada 2018-09-02.

Pautan luar

sunting