Gravity (kumpulan muzik)
Kumpulan Gravity (dahulunya dikenali sebagai Figures) merupakan sebuah kumpulan muzik rock[1] yang aktif di Malaysia sejak tahun 1989. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.
Gravity | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | Figures (1989) |
Berasal dari | Kluang, Johor |
Genre | Rock |
Pekerjaan | Penyanyi/Pemuzik |
Instrumen | Vokal/Band |
Tahun aktif | 1991–1997 |
Syarikat rakaman | 1989-1993 : New Southern Records (NSR) 1997 : Ambang Klasik Sdn. Bhd. (AKSB) |
Pengkarya berkait | Figures |
Bekas ahli | Isa Hamsah - vokal Daud Yusof - gitar Ramadhani Mahdoin@Boy Iris - gitar Mohd Hassan - bes Ahmad Abdullah - dram (meninggal dunia) |
Selepas itu, kumpulan ini turut menghasilkan album kompilasi pada 1992 yang berjudul Metal Rock - Perjuangan '92 yang turut disertai oleh Dinamik, Olan, Aces, Victim, Gravity dan Justice.
Sejarah
sunting1979-1988: Dari "Venus Jr." Kepada "Figures"
suntingSejarah pengasasan kumpulan Figures boleh ditelusuri sejak tahun 1979 lagi di Kluang, Johor dengan Venus Jr. digunakan sebagai nama kumpulan. Sepertimana kumpulan-kumpulan rock terawal dari Johor, Venus Jr. amat aktif beraksi di majlis-majlis perkahwinan di sekitar Johor. Bercita-cita untuk menjadi kumpulan rakaman yang berjaya seperti kumpulan Search, BumiPutra Rockers dan Lefthanded yang masing-masing juga kumpulan rock dari Johor yang berjaya merakamkan album, Venus Jr. membuat rombakan untuk lebih aktif di persada muzik tanah air.
Menukar nama kepada Figures pada tahun 1985, mereka mula menyertai pertandingan-pertandingan rock yang besar untuk membina laluan mereka sebagai kumpulan rakaman. Kumpulan Figures pada tahun 1985 dibarisi oleh Isa Hamsah (vokal), Ahmad Daud Yusof (gitar utama), Hamid Kadir (gitar kedua), Mohd Hassan (bass), Ahmad Abdullah (dram) dan Rosli (keyboard). Figures kemudiannya telah dijemput untuk menyertai album kompilasi Batu-Batu Perjuangan pada tahun 1987 atas saranan B Sound Studio, sebuah studio jamming terkenal yang banyak melahirkan gergasi-gergasi rock dari negeri Johor. Album yang diterbitkan oleh New Southern Records (NSR) ini telah melonjakkan nama Figures di persada muzik tanah air. Namun begitu, Figures sedikit hampa kerana tiada kontrak susulan diberikan oleh NSR kepada mereka dan juga kumpulan-kumpulan lain yang menyertai album kompilasi tersebut. Tidak mahu berputus asa, mereka mengasah lagi bakat mereka dengan menyertai beberapa pertandingan rock dan salah satunya ialah Battle of Rock Malaysia di Ampang Park, Kuala Lumpur. Dalam pertandingan tersebut, Figures berjaya meraih tempah kedua dan seraya dengan itu, NSR terus sahaja menawarkan kontrak kepada mereka sebagai artis rakaman.
1988-1991: Lahirnya Album Sulung & "Figures" Menjadi "Gravity"
suntingPada tahun 1988, Figures telah memasuki studio untuk proses rakaman album pertama mereka. Walau bagaimanapun, keputusan syarikat rakaman yang meletakkan A. Ali sebagai penerbit & penyelia rakaman sedikit sebanyak menghampakan mereka. Ini kerana syarikat rakaman dan penerbit telah meletakkan genre tertentu kepada bawaan muzik mereka, membuatkan Figures tidak dapat mempersembahkan lagu-lagu ciptaan mereka sendiri. Dengan pelan lagu-lagu pop ala 60-an dicampur dengan rock hasil idea A. Ali, album pertama Figures hinggap di pasaran pada awal tahun 1989 dengan judul Kalau Terpaksa di bawah label NSR.
Album pertama Figures dikhabarkan mendapat sambutan yang menggalakkan dengan jualan sekitar 50,000 unit sekaligus NSR menawarkan rakaman album kedua. Kali ini, Figures meminta NSR untuk memberi kebebasan kepada mereka untuk berkarya sambil menerbitkan sendiri album mereka. NSR bersetuju dengan syarat yang diberikan dan Figures pun mula menyusun sendiri gerak kerja mereka dalam penghasilan album kedua. Namun pada saat ini, dua anggota Figures iaitu Hamid (gitar) dan Rosli (keyboard) mengundurkan diri atas faktor komitmen, membuatkan Figures bergerak hanya empat ahli sahaja. Pada masa yang sama, hasil maklum balas peminat-peminat yang menyatakan mereka sukar untuk menyebut nama Figures, mereka telah sepakat untuk menukar nama kumpulan kepada Gravity agar lebih mudah disebut.
1991-1997: Album "Inspirasi", "Anak Langit" & "Rambak"
suntingSetelah berhempas pulas dalam studio rakaman, akhirnya album kedua mereka dan juga yang pertama atas nama baharu mereka, Gravity ini hinggap di pasaran pada Oktober 1991 di bawah label NSR. Album yang diberi judul Inspirasi ini telah menaikkan lagi nama Gravity dengan jualan sekitar 100,000 unit sekaligus sekali lagi mereka ditawarkan kontrak album susulan oleh NSR. Biarpun mereka turut menerima sumbangan lagu ciptaan komposer terkenal seperti Saari Amri, tetapi dominasi lagu ciptaan Gravity sendiri terutamanya 2 lagu hit mereka iaitu Kau Salju Cintaku & Sinambungan Cinta tennyata mengukuhkan lagi nama Gravity di persada muzik tanah air. Malah, populariti lagu Sinambungan Cinta juga berterusan apabila lagu tersebut mara ke peringkat akhir Juara Lagu 1992 dalam kategori Rock.
Namun puncak kegemilangan mereka ini sekali lagi diuji apabila gitarisnya, Daud tidak dapat memberikan sepenuh komitmen kepada Gravity. Beberapa gitaris telah dijemput untuk menggantikan Daud dan antara yang pernah menyertai Gravity ialah Edrie Hashim, bekas gitaris kumpulan Chapters. Namun akhirnya Gravity sepakat untuk memilih bekas gitaris utama kumpulan Iris iaitu Ramadhani Mahdoin atau Boy untuk menggalas posisi yang ditinggalkan Daud. Kemasukan Boy yang terpengaruh dengan heavy metal dan power metal telah membawa muzik Gravity jauh lebih berat dari dua album sebelumnya. Akhirnya, album kedua Gravity berjudul Anak Langit hinggap di pasaran pada tahun 1993 dengan mempertaruhkan lagu killer mereka iaitu Kasih Dirundung Mega.
Album Anak Langit dikhabarkan mendapat respon yang baik dengan anggaran jualan sekitar 50,000 unit, namun akur dengan kejatuhan industri rock, NSR tidak lagi menawarkan kontrak susulan kepada Gravity. Tambahan pula, ahli-ahli Gravity mula sibuk dengan komitmen masing-masing sehinggalah pada tahun 1997, mereka dilamar oleh Ambang Klasik untuk merakamkan album ketiga Gravity yang berjudul Rambak di saat industri rock mula hilang taringnya. Selepas album tersebut, Gravity akhirnya berpecah dan membawa haluan masing-masing.
Ahli-ahli
sunting- Isa Hamsah - vokal
- Daud Yusof - gitar (kemudian digantikan oleh Boy dari kumpulan Iris)
- Mohd Hassan - bes
- Ahmad Abdullah - dram (meninggal dunia pada tahun 2006)
Diskografi
sunting- Gravity
- Sinambungan Cinta
- Kenangan Silam Di Jalan Silang
- Satukan
- Sesat Dalam Impian
- Kejutkanlah
- Rindu Dan Cinta
- Kau Bermata Satu
- Perjalanan Cinta
- Kau Salju Cinta Ku
Anak Langit (1993)
sunting- Kasih Dirundung Mega
- Melodi Asmara
- Kota Kehancuran
- Nurasmara
- Belantara
- Anak Langit
- Cinta Tak Bersalah
- Wira Syaitan
- Aduhai Malang Aduhai Sesalan
- Angelina
- Pertemuan Dua hati
- Kau Satu Dalam Berjuta
- Pilihan Sejati
- Hadirmu Sementara
- Semalam
- Mainan Api Cinta
- Belit
- Namamu Yang Tersurat
- Meniti Hidup di Kota
- Nurbisa Penawar Luka
Kuunggulan Gravity (1999)
sunting- Kecundang
- Sinambungan Cinta
- Perjalanan Cinta
- Sengketa
- Seandai Hatinya Kecewa
- Kalau Terpaksa
- Semalam
- Sesat Dalam Impian
- Akhirnya Aku Kau Lukakan
- Dosa Semalam
- Kenangan Silam Di Jalan Sila
- Kau Salju Cintaku
Memori Hit Gravity (2008)
suntingCD 1:
- Gravity
- Sinambungan Cinta
- Kau Salju Cinta Ku
- Satukan
- Kejutkan Lah
- Perjalanan Cinta
- Rindu Dan Cinta
- Kau Bermata Satu
- Perjuangan Cinta
- Sengketa
- Kecundang
- Kenangan Silam Di Jalan Silang
CD 2:
- Nurasmara
- Aduhai Malang Aduhai Sesalan
- Kasih Di Rundung Mega
- Seandainya Hati Kecewa
- Kalau Terpaksa
- Belantara
- Sesat Dalam Impian
- Akhirnya Aku Kau Lukakan
- Cinta Tak Bersalah
- Melodi Asmara
- Semalam
- Wira Syaitan
Album
sunting- Inspirasi (1991)
- Metal Rock - Perjuangan (1992) (Album Kompilasi)
- Anak Langit (1993)
- Rambak (1997)
- Keunggulan Gravity (1999) - (Album Kompilasi)
- Memori Hit Gravity (2008) - (Album Kompilasi)
Rujukan
sunting- ^ "Usaha jejaki rockers 80-an, ARKIB : 15/03/2013". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-15. Dicapai pada 2014-07-02.
- ^ Gravity - Inspirasi (1991)
- ^ Gravity - Rambak (1997)