4U2C

(Dilencongkan daripada Kumpulan 4U2C)

4U2C merupakan sebuah kumpulan pop rap Malaysia ditubuhkan pada 1992.[1] Ahli asal kumpulan ini terdiri daripada Azam, AC, Lan, Yan, Joe, Rin dan Adik. Kumpulan ini mula meraih kemasyhuran pada era 1990-an menerusi lagu "Fiona" dan sepanjang empat tahun bergiat aktif, mereka telah menerbitkan sebanyak 3 album studio dan 1 EP.[2]

4U2C
Juga dikenali sebagai
4U2C
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, Rap, Hip hop
Tahun aktif
  • 1992–1996
  • 2014–kini
Syarikat rakaman
  • Zman Production
  • BMG Music Malaysia
AhliNor Azam Mohamed (Azam)
Mizal Zaini (AC)
Razlan Ramdan (Lan)
Mohd Suffian Muda (Yan)
Mohamad Johari Mohamad Nor (Joe)
Raja Azrin Syah Raja Zaini Ismail (Rin)
Fazril Harun (Adik)

Sejarah

sunting

Penubuhan

sunting

Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Mizal Zaini (lebih dikenali sebagai AC Mizal)[3] bersama dua kenalannya yang berkongsi minat yang sama dalam bidang muzik iaitu Nor Azam bin Mohamed (Azam) dan Mohamad Johari Mohamad Noor (Joe).

Pertemuan dengan penerbit Man Senoi dan isterinya Ramziah Mohamed Noor (lebih dikenali sebagai Mama Rap) untuk menubuhkan satu kumpulan berkonsepkan genre rap telah mendorong ketiga-tiga anggota terawal 4U2C tersebut untuk mengundang empat lagi anggota lain iaitu Mohd Fazril Harun (Adik), Razlan Ramdan (Lan), Mohd Suffian Muda (Yanz) dan Raja Azrin Shah Raja Zaini Ismail (Rin).

1992–1993: Era "Fiona"

sunting

Di bawah bimbingan Man Senoi dan Mama Rap yang bertindak selaku penerbit album dan pengurus, album pertama 4U2C yang menggunakan nama kumpulan ini sebagai tajuk album, telah diterbitkan di bawah Zman Production pada Ogos 1992. Pada masa era rock kapak telah sampai ke penghujungnya pada awal era 90an, pihak media telah memberikan publisiti yang begitu meluas kepada generasi kumpulan yang mempelopori genre rap yang baru bertapak dalam industri muzik di Malaysia kerika itu, terutama sekali 4U2C yang dianggap sebagai kumpulan rap yang pertama di Malaysia.[4]

Album pertama 4U2C mendapat sambutan yang sangat luar biasa dari peminat-peminat di Malaysia. Menjelang tahun 1993, album tersebut terjual sebanyak 70,000 unit.[5] Lagu “Fiona” yang dicipta dan ditulis lirik oleh Joe telah menjadi lagu yang mendapat sambutan yang paling hangat di kalangan pendengar dan dianggap lagu ‘trademark’ kumpulan 4U2C sehingga lah ke hari ini. Antara lagu lain di dalam album pertama yang menaikkan nama 4U2C adalah “Darling I Love U”, “Kami Rappers” dan “Video Game”. Lagu "Video Game" dicipta berikutan pada waktu itu permainan mesin arked permaina video di pusat hiburan keluarga menjadi permainan kegilaan remaja di seluruh Malaysia, Berikutan sambutan album pertama yang amat baik, 4U2C telah memenangi anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1993.

Pada Mac 1993, 4U2C telah muncul dengan album mini yang berjudul “Love 2CU” yang mengandungi 3 lagu lama yang diadun semula dan 3 lagu baru termasuk lagu “1 Syawal” bersempena dengan sambutan Aidilfitri 1993 yang tiba sejurus selepas album tersebut diterbitkan. 4U2C bersama-sama dengan Ziana Zain menjayakan persembahan konsert amal anjuran Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (Peteh) dan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang berlangsung pada 3 April.[6]

Pada 10 April, kumpulan ini mengadakan Konsert Aidilfitri 4U2C di Life Centre KL.[7][8][9]

1994–1995: Penguasaan genre Rap

sunting

Pada tahun 1994, 4U2C telah menerbitkan album kedua mereka yang berjudul 2BD#1 yang juga mendapat sambutan yang menggalakkan dengan menampilkan lagu-lagu seperti “2BD#1” dan “Simfoni”.

Antara tahun 1992 sehingga 1996, genre pop rap di Malaysia menjadi trend utama industri muzik di Malaysia dengan munculnya kumpulan-kumpulan yang mengetengahkan muzik rap termasuk KRU, Nico, Krash Kozz, City Kids dan Les Enfant serta kumpulan rap wanita Feminin, Res 2, M’steen dan Elite. Lagu “2BD#1” dianggap sebagai lagu yang melaungkan penguasaan 4U2C dalam genre rap yang menguasai popularity mengatasi kumpulan-kumpulan lain. Ini jelas dalam sebahagaian lirik lagu tersebut yang menyatakan “Pada rappers lain, jangan cuba bersaing, nanti kamu jatuh, runtuh dan terus lumpuh”.

Dominasi kumpulan 4U2C tidak dapat disangkal apabila sebuah syarikat pengeluar minuman tin, SBM Trading Sdn Bhd telah mengikat kontrak dengan 4U2C untuk mewakili jenama baru minuman dalam tin yang bernama “RAP”.[10]

Selain daripada itu, populariti 4U2C juga telah membawa mereka ke bidang lakonan di mana kesemua anggota kumpulan 4U2C ditawarkan untuk membintangi sitkom bersiri yang berjudul "Cuit-cuit 4U2C" pada tahun 1994. Sitkom ini turut dibintangi oleh Kartina Aziz yang melakonkan watak "Mummy" iaitu ibu angkat/penjaga kepada anggota-anggota kumpulan 4U2C dalam sitkom tersebut.[11]

Pada Mei 1994, 4U2C menjelajah di lima bandar utama di seluruh negara menerusi siri konsert yang membabitkan kos perbelanjaan kira-kira RM120,000.[12]

1996: Pasca-kejayaan dan perpecahan

sunting

Pada Mei 1996, 4U2C memeriahkan acara Hari Keluarga dan Jogathon 96 anjuran Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. Antara artis yang terlibat ialah Nico dan Awie.[13]

Pada Julai 1996, 4U2C diberi penghargaan merakamkan semula lagu "Someday" dalam bahasa Malaysia berjudul "Bila", untuk album runut bunyi edisi kedua filem animasi Disney 1996, The Hunchback of Notre Dame.[14]

Selepas beberapa tahun bersama, kumpulan ini mengalami pergolakan di dalam kumpulan dengan pihak pengurusan.[15] Akibat daripada pertikaian itu, 4 anggota telah membuat keputusan untuk menarik diri dari 4U2C iaitu Adik, Yanz, Azam dan Joe. Pada 1996 juga, Joe dengan penampilan baru yang turut dikenali sebagai RANKIN' JOE mengeluarkan album solo pertama bertajuk KEMBALI di bawah naungan syarikat rakaman Pony Canyon dan menonjolkan lagu berentak jamaican rap menerusi lagi KEMBALI dan BANG !. Lagu KEMBALI turut mendapat tempat untuk pencalonan Muzik - Muzik 1996.[16] Pada 2017 Joe telah berkahwin dengan gadis warga Indonesia pilihannya dan menetap di sana.

Pada penghujung 1996, kumpulan ini telah berpecah sepenuhnya dan membawa haluan masing-masing selepas melancarkan album terakhir mereka, Kembalilah Fiona.[17][18][19]

2014–kini: Keahlian baru

sunting

Dengan penarikan diri Adik, Yanz, Azam dan Joe, AC telah mengambil inisiatif untuk mengekalkan kewujudan 4U2C di persada seni tanah air dengan mengambil 4 anggota baru yang dikenali sebagai Adiex, Aren, Charlie dan One II. Dengan mewujudkan 4U2C yang baru ini mereka sempat merakamkan album yang bertajuk Kembalilah Fiona.

Bekas anggota 4U2C, AC Mizal menganggap penubuhan kumpulan ForUToC bukan sebagai pengganti kumpulan lamanya iaitu 4U2C, sebaliknya sebuah projek istimewa sempena Hari Raya 2014. Kumpulan yang dianggotai oleh pelawak seperti Shuib (Sepahtu), Rahim (Sepahtu), Ajak (Shiro), Achey, Abam (Bocey) dan Fad (Bocey) memberi nafas baru kepada lagu Bergema Takbir Di Pagi Raya 2014.

4U2C mengumumkan pada November 2019 bahawa mereka akan kembali bergabung bagi menjayakan persembahan di konsert StereoFest 2020 yang berlangsung di Palawan Green, Sentosa, Singapura pada 22 dan 23 Februari 2020.[20]

Anggota kumpulan

sunting

Senarai anggota kumpulan 4U2C yang asal ialah :-

  1. (Azam) Noor Azam Mohamed
  2. (A.C) Mizal Zaini
  3. (Lan) Razlan Ramdan
  4. (Yan) Haji Mohd. Suffian Muda
  5. (Joe) Mohd Johari Mohd Noor
  6. (Rin) Raja Azrin Shah Raja Zaini
  7. (Adik) Fazril Harun

Senarai anggota kumpulan 4U2C pada tahun 1996

  1. AC
  2. Lan
  3. Rin
  4. Adiex
  5. Charlie
  6. Aren
  7. One II (meninggal dunia pada 22 Oktober 2019)

Diskografi

sunting
 
Kulit album Kembalilah Fiona.

Album studio

sunting
4U2C (1992)
  • 01. "Fiona" (Komposer dan Lirik: Joe)
  • 02. "Kami Rappers" (Komposer dan Lirik: Azam)
  • 03. "Hip Hop Tip Top Si Jantung Ku" (Komposer dan Lirik: Chong Mei Sian)
  • 04. "Pilihan Istimewa" (Komposer: Man Senoi/Lirik: Juwie & Rodwie)
  • 05. "Bibit Bibit Cinta" (Komposer: Pradeep/Lirik: Joe,AC & Azam)
  • 06. "F.F.M (Funny Fantasi Mimpi)" (Komposer: Joe,AC & Azam/ Lirik: Joe,AC & Mama Rap)
  • 07. "Suara Asia" (Komposer: Man Senoi/Lirik: Azam)
  • 08. "M.O.D.E Fanatik" (Man Senoi dan Lirik Mama Rap : Zman Production)
  • 09. "Video Game" (Komposer dan Lirik: AC)
  • 10. "Darling I Love You" (Komposer dan Lirik: Mama Rap)
Nota: Azlin Ramdan (kakak kepada Lan) ditampilkan sebagai Fiona dalam lagu Fiona
2BD#1 (1994)
  • 01. "Simfoni" (Komposer & Lirik: Joe)
  • 02. "2BD No 1" (Komposer & Lirik: Azam)
  • 03. "60:94" (Komposer & Lirik: Azam)
  • 04. "Sexsa" (Komposer: Pradeep / Lirik: Mama Rap)
  • 05. "I Miss U" (Komposer: Man Senoi/ Lirik: Mama Rap)
  • 06. "1st Love" (Komposer: Man Senoi/ Lirik: Mama Rap)
  • 07. "Book1" (Komposer: AC / Lirik: Eddy)
  • 08. "Baby Embryo" (komposer Mansenoi - Lirik Mama Rap)
  • 09. "DNA" (Komposer: Kevin / Lirik: Azam & Rin)
  • 10. "Persahabatan (featuring Maria Angela)" (Komposer: Man Senoi/ Lirik: Juwie)
Nota: Album terakhir yang dirakam oleh keanggotaan asal 4U2C
Sahabat (2001)
  • 01.Keabadian Seksa" (Komposer & Lirik: Joe)
Kembalilah Fiona (1996)
  • "Kembalilah Fiona"
  • "Shake It" (4U2C)
  • "Kenangan Cinta" (Radio Mix)
  • "Di Hatiku"
  • "Bosan"
  • "Teman Setia"
  • "Memori"
  • "Gadis Penggoda"
  • "Ibu" (Acapella)
  • "Dynamite"
  • "Dusta"
  • "Kenangan Cinta" (Unplugged)
Love2CU (1993)
  • 01. "Love 2 C U" (Lagu: Mansenoi - lirik Mama Rap)
  • 02. "Part Time" (Lagu Mansenoi - Lirik Mama Rap)
  • 03. "Kami Rappers" (Komposer dan Lirik: Azam)
  • 04. "Fiona" (Remix) (Komposer dan Lirik -Joe)
  • 05. "Video Game" ((Komposer dan Lirik: AC) 06. "Syawal" ( Komposer Mansenoi- Lirik Mama rap)
Nota: Diterbitkan sebagai mini - album sempena Aidilfitri sementara menunggu pembikinan album penuh seterusnya. Lagu "Fiona" versi bahasa Inggeris telah dirakam dan diolah semula oleh kumpulan KRASH KOZZ yang menonjolkan muzik rap aliran New Jack Swing yang dinaungi oleh syarikat rakaman VSP ( VALENTINE SOUND PRODUCTION ) yang juga dimiliki oleh salah seorang anggota kumpulan KRASH KOZZ.

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
1993 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1993 Penyanyi Berkumpulan Popular Menang

Rujukan

sunting
  1. ^ "4U2C: Angka tujuh diharap membawa tuah". Berita Harian Singapura. 22 April 1995. m/s. 6. Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  2. ^ "4U2C bernafas baru dengan 'Kembalinya Fiona'". Berita Harian Singapura. 13 Jun 1996. m/s. 6. Dicapai pada 22 Ogos 2018.
  3. ^ Haryati Karim (11 Februari 2010). "Hilangnya band pop Malaysia". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Januari 2017. Dicapai pada 12 Januari 2011. Bercerita sedikit pengalamannya bersama band 4U2C yang ditubuhkan pada tahun 1992 itu, AC mengatakan...
  4. ^ "Album rap Melayu". Berita Harian Singapura. 3 September 1992. m/s. 5. Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  5. ^ Rosmin Darus (14 November 1992). "Album sulung 4U2C berjaya". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  6. ^ "Ziana Zain, 4U2C di konsert amal". Berita Harian. 19 Mac 1993. Dicapai pada 24 Februari 2020.
  7. ^ "4U2C janjikan kelainan". Berita Harian. 3 April 1993. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  8. ^ Azman Samsudin (12 April 1993). "Persembahan 4U2C hebat". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  9. ^ "Jualan kaset 4U2C untuk amal". Berita Harian. 8 April 1993. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  10. ^ Zulkefli Ali (6 Februari 1994). "Artis pelaris barangan". Berita Minggu. Dicapai pada 24 Februari 2020.
  11. ^ Zainuri Misfar (11 Mei 1993). "Kumpulan 4U2C dalam Mami Rap". Berita Harian. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  12. ^ Azman Samsudin. "RM120,000 untuk konsert 4U2C". 18 April 1994. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  13. ^ "Artis serbu Padang Tembak". Harian Metro. 4 Mei 1996. Dicapai pada 4 Mac 2019.
  14. ^ Zamani Yusof (19 Julai 1996). "4U2C rakam lagu Someday". Harian Metro. Dicapai pada 19 Februari 2020.
  15. ^ Azizah Salleh (7 Jun 2014). Penyanyi lelaki berkumpulan popular 90an Yahoo! News. Dicapai pada 19 Februari 2015.
  16. ^ Minuman RAP 4U2C (1994) Arkib Negara X. Januari 2011. Dicapai pada Februari 2017.
  17. ^ Memori Artis Malaysia. 4U2C - Kembalilah Fiona Artis Malaysia Dulu Kini. Mei 2009. Diambil 12 Januari 2011.
  18. ^ "4U2C mahu jual sejuta unit album terbarunya". Berita Harian Singapura. 11 April 1996. m/s. 6. Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  19. ^ "Anggota 4U2C setuju bubarkan kumpulan". Berita Harian Singapura. 21 Februari 1997. m/s. 6. Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  20. ^ Juliana Johar (18 November 2019). 4U2C bergabung semula di StereoFest, kembalikan nostalgia rantai CD Kopiplanet. Dicapai pada 4 Mac 2020.

Pautan luar

sunting