Kuih tepung kapur
Kandungan rencana ini berkait dengan makanan. |
Kuih tepung kapur merujuk kepada jenis kuih yang dimasak dalam loyang sebelum dihiris nipis-nipis dan dihidangkan dengan digaul bersama kelapa parut muda (nyiur kulit hidup). Kuih tepung kapur merupakan sejenis hidangan yang popular di Malaysia, terutama di sebelah pantai timur.
Asal
suntingTiada maklumat mengenai asalnya.
Nama
suntingNama kuih tepung kapur datangnya dari satu bahan bagi menghasilkan kuih ini, iaitu kapur sirih.
Penyebaran
suntingKuih tepung kapur biasanya agak tahan lama kerana kuahnya yang manis bertindak sebagai bahan pengawet, tetapi kerana kelapa/nyiur yang digunakan mungkin cepat masam. Oleh itu bagi memastikan kuahnya tahan lama, kelapa hanya dicampurkan ketika ia hendak dihidangkan. Selain itu, Kuih tepung kapur tahan lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk. Ia sering dihasilkan bagi jualan harian, dan juga mudah untuk dihasilkan untuk makan sendiri.
Dalam budaya popular
suntingKuih tepung kapur biasanya dihasilkan sebagai hidangan makan petang. Kuih tepung kapur biasanya mudah untuk dihidangkan kerana ia tidak berkuah. Oleh itu Kuih tepung kapur ada dihidangkan sebagai hidangan pejabat, contohnya semasa mesyuarat.
Lihat juga
suntingAntara jenis-jenis kuih lain yang menyerupai kuih tepung kapur adalah Kuih kasui, tetapi kuih tepung kapur menggunakan lebih banyak kapur yang menjadikannya rasanya lebih kenyal sedikit berbanding kuih kasui.