Kuih hasidah
Kuih hasidah atau juga digelar kuih Qasidah merupakan sejenis kuih tradisi[1] yang lemak dan manis. Ia dihasilkan dengan menggunakan campuran tepung dan minyak sapi dan gula.[2]
Kuih hasidah كؤيه هسيده | |
---|---|
Nama alternatif | Kuih qasidah |
Tempat asal | Malaysia |
Suhu penghidangan | Panas atau Sejuk |
sunting · sunting di Wikidata |
Pada kebiasaannya kuih hasidah akan dicanai bulat dan diletakkan di atas talam, sebelum bunganya dicekit, dengan menggunakan pengepit membentuk seperti sekuntum bunga mawar. Selepas itu, bawang goreng akan ditabur pada bahagian atasnya.[3]
Resepi
suntingBahan-bahan
sunting- 300gm tepung gandum
- 2 helai daun pandan
- 2½ - 3 cawan santan dari satu biji kelapa
- 1½ cawan gula, atau secukup manis yang diperlukan
- 5 biji telur ayam, dipukul
- 4 sudu besar minyak sapi
- secubit garam
- sedikit pewarna kuning
Untuk hiasan
- 10 biji bawang merah,dihiris nipis dan gaul sedikit garam, kemudian digoreng hingga kuning.
Cara penyediaan
suntingTepung disangai hingga ia berbau wangi dan kekuningan. Ketepikan dan biarkan ia sejuk sebentar. Kemudian tepung dicampurkan bersama santan, telur, daun pandan, secubit garam dan pewarna kuning, jika suka.
Kacau atas api kecil hingga pekat. Barulah dimasukkan gula. Kacau lagi hingga gula sebati dan kering, baru dimasukkan minyak sapi. Kacau lagi hingga keluar minyak.
Proses mengacau kira-kira 1½ - 2 jam. Bila telah menjadi seketul adunan yang lembut, bolehlah diangkat. Terapkan dengan acuan bentuk bunga teratai dan taburkan bawang goreng diatasnya. Boleh juga digentel bulat-bulat dan disepit menggunakan penyepit kuih bagi membentuk seperti bunga.
Rujukan
sunting- ^ Makanan tradisi Terengganu tembusi pasaran Perth, Australia bulan lepas.
- ^ "Hasidah-Mingguan Wanita-Karangkraft". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-22. Dicapai pada 2015-02-22.
- ^ Kuih Qasidah