Kuih cubit
Kuih cubit atau kue cubit (bahasa Jawa: Kuwé cubit) adalah kuih yang popular di Jakarta. Kuih kecil ini (bersaiz 4 cm sahaja)[1] biasanya dijual di hadapan sekolah oleh penjaja jalanan. Kuih cubit menggunakan campuran susu dan tepung gandum sebagai komponen utamanya. Doh dimasukkan ke dalam acuan keluli, dan dalam beberapa minit ia dimasak.
Rasanya lembut dan manis.[2] Terdapat pelbagai rasa, antaranya ialah perisa keju, coklat, teh hijau dan lain-lain lagi. Hiasan yang biasanya diletakkan bagi menyedapkan kuih ini adalah urai coklat atau meses.
Rujukan
sunting- Rencana ini diterjemahkan dari Wikipedia bahasa Indonesia, Wikipedia bahasa Sunda dan Wikipedia bahasa Jawa.
- ^ (Indonesia) "Kue Cubit, Si Imut yang Berasal dari Makanan Khas Belanda - PergiKuliner.com"[pautan mati kekal]
- ^ (Inggeris) "Kuih Cubit"
Pautan luar
suntingWikibuku mempunyai maklumat lanjut berkenaan topik: Kuih cubit |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kuih cubit. |