Kucing Bali
Kucing Bali (bahasa Inggeris: Balinese cat ) ialah satu baka kucing bela jinak dengan pewarnaan titik gaya kucing Siam dan mata biru nilam. Kucing Bali juga dikenali sebagai kucing Siam berbulu panjang baka tulen, oleh sebab ia berasal sebagai mutasi semula jadi bagi baka itu, lalu ia pada dasarnya merupakan baka kucing sama dengan bulu kesuteraan panjang sederhana dan ekor berambu yang tersendiri.
Kucing Bali | |
---|---|
Kucing Bali titik materi gaya lama | |
Nama alternatif | Kucing Siam berbulu panjang |
Asal usul | Amerika Syarikat |
Piawaian baka | |
TICA | (Piawaian) |
FIFe | (Piawaian) |
CFA | (Piawaian) |
ACF | (Piawaian) |
GCCF | (Piawaian) |
CCA | (Piawaian) |
ACFA/CAA | (Piawaian) |
Kucing bela jinak (Felis catus) |
Seperti kes dengan kaunterpart berbulu pendeknya, pembezaan genetik dilakukan antara jenis badan tradisional atau "gaya lama" dengan jenis badan moden. Dalam piawaian Amerika, varian warna yang diterbitkan daripada colourpoint shorthair selanjutnya dianggap sebagai baka terpisah, dikenali sebagai kucing Jawa. Tiada hubungan tertentu antara kucing ini dengan Pulau Bali dan Pulau Jawa di Indonesia, yang daripada kedua-duanya nama baka diterbitkan.
Seperti leluhur Siamnya, kucing Bali merupakan peramah, vokal, suka bermain dan inkuisitif, dan dianggap sebagai yang paling cerdas antara semua baka berbulu panjang.
Rujukan
suntingPautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kucing Bali |
- Balinese cat information (Inggeris)
- Old-Style Balinese Cat History & Information (Inggeris)
- Kucing Balinese: Cerdas dan Aktif Diarkibkan 2017-10-16 di Wayback Machine