Kucing Amur
Kucing Amur atau Kucing Tsushima (Prionailurus bengalensis euptilura[1][2]) adalah subspesis daripada Kucing Batu yang dijumpai di kawasan Asia Timur
Kucing Amur | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | |
Subspesies: | P. b. euptilurus
|
Nama trinomial | |
Prionailurus bengalensis euptilurus (Elliott, 1871)
|
Ciri-ciri
suntingTidak seperti Kucing Batu lain, Kucing Amur adalah antara Kucing Batu yang terbesar dalam kalangan subspesisnya. Ia mempunyai bulu badan yang lebih tebal. Warna pada bulunya kelihatan kemerahan dan kelabu berbanding Kucing Batu yang lain. Selain itu, ia juga memiliki kaki yang lebih panjang, kepala yang lebih kecil, bulu ekor yang lebih tebal serta tulang dan binaaan otot yang lebih besar.
Taburan & Habitat
suntingKucing Amur mendapat namanya berdasarkan habitatnya di lembah Sungai Amur, Rusia. Walau bagaimanapun, sebenarnya subspesis ini juga boleh ditemui di sepanjang sempadan Rusia dan China, Manchuria serta Semenanjung Korea.)[3] Malah, ia juga boleh didapati di Pulau Tsushima, sebahagian daripada wilayah Jepun.[4] Oleh itu, di Jepun, ia digelar sebagai Kucing Tsushima.
Ekologi & Kelakuan
suntingKucing Amur menjadikan kawasan gunung dan hutan sebagai habitat semulajadinya. Ia boleh ditemui di dalam kawasan semak.
Diet
suntingHaiwan ini menjadikan tikus, tupai, burung, arnab liar dan anak haiwan lain sebagai makanan.
Rujukan
sunting- ^ Tkachenko, K. N. (12 January 2024). "Increase in the Abundance of the Amur Leopard Cat (Prionailurus bengalensis euptilura, Felidae, Carnivora) in the Southern Amur Region". Biol Bull Russ Acad Sci. 50: 2425–2438. doi:10.1134/S106235902309039X.
- ^ Mitani, Naho; Mihara, Shozo (29 January 2009). "Clues to the cause of the Tsushima leopard cat (Prionailurus bengalensis euptilura) decline from isotopic measurements in three species of Carnivora". Ecological Research. 24 (4): 897–908. doi:10.1007/s11284-008-0567-0.
- ^ Ellerman, J. R., Morrison-Scott, T. C. S. (1966). Checklist of Palaearctic and Indian mammals 1758 to 1946. Second edition. British Museum of Natural History, London. Pp. 312–313
- ^ Tamada, T., Siriaroonrat, B., Subramaniam, V., Hamachi, M., Lin, L.-K., Oshida, T., Rerkamnuaychoke, W., Masuda, R. (2006). "Molecular Diversity and Phylogeography of the Asian Leopard Cat, Felis bengalensis, Inferred from Mitochondrial and Y-Chromosomal DNA Sequences" (PDF). Zoological science. 25: 154–163. doi:10.2108/zsj.25.154. PMID 18533746.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
Pautan Luar
sunting- Amur Leopard Cat
- Tsushima Leopard Cat
- Tsushima Leopard Cat Tsushima Wildlife Conservation Center