Kuala Trenggan
Kuala Trenggan yang mendapat namanya dari Sungai Trenggan, anak sungai kepada Sungai Tembeling, merupakan salah satu tempat yang menarik di Taman Negara Malaysia.. Ia memiliki tarikan pelancong sebagai tempat melihat burung, memancing, dan melihat haiwan. Ia terletak kira-kira 9 km dari Pejabat Taman Negara dan boleh dicapai melalui 45 minit perjalanan bot atau 6 berjalan kaki. Bumbun Kumbang terletak kira-kira 2 km dari sini dan merupakan tempat melihat haiwan yang paling popular di Taman Negara.