Batang Rajang

sungai terpanjang di Malaysia
(Dilencongkan daripada Kuala Rajang)

Koordinat: 2°07′47″N 111°13′09″E / 2.12972°N 111.21917°E / 2.12972; 111.21917

Sungai Rajang (Jawi: سوڠاي راجڠ) merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia. Ia terletak di negeri Sarawak. Panjangnya 770 km dari Banjaran Iran di tengah pulau Borneo ke Laut China Selatan di Barat. Sungai ini boleh dimudiki hingga pekan Kapit, Sarawak dan hulunya di Empangan Baleh, iaitu Putai terletak di Daerah Bukit Mabong, Bahagian Kapit. Di bahagian hulu sungai, balak diangkut mengunakan jalan sungai ini.

سوڠاي راجڠ
Batang Rajang
Rajang River
Batang Rajang (juga dikenali sebagai 'Rejang').
Lokasi
NegaraMalaysia
Ciri-ciri fizikal
SumberPergunungan Iran
Panjang770 km
Gambar Sungai Rajang dari udara
Terminal Bot Ekspres di Sibu.
Lembaga Pelabuhan Rajang di Sibu.

Sejarah alam sekitar: anak sungai Sungai Sunda prasejarah

sunting

Semasa zaman Paleolitik atau Mesolitik lebih kurang 10,000 tahun lalu, terdapat kejatuhan 5 darjah Celsius dalam suhu global. Di puncak gunung, hujan turun sebagai salji dan terkumpul sebagai lembaran berais (termasuk Gunung Kinabalu), lantas memecah rekod dam kitaran hidrologi global. Disebabkan kekurangan air dilepaskan ke dalam laut, terdapat kejatuhan aras laut sebanyak 120 meter dari masa kini. Laut China Selatan kering, mendedahkan Pentas Sunda dan peparit dalam terdahulu menjadi sungai kuno besar yang dipanggil Sungai Sunda Utara.

Tanah Besar Asia, Semenanjung Tanah Melayu, Sumatra dan Jawa menjadi bersambung kepada Borneo melalui jambatan tanah Pentas Sunda yang terdedah. Sungai Sunda Utara menyediakan sambungan penting kepada Sungai Mekong di Vietnam dan Sungai Chao Phraya di Thailand di utara, Sungai Baram dan Sungai Rajang di Sarawak di timur dan Sungai Pahang dan Sungai Rompin di barat tanah yang besar. Ikan keli air tawar dari sungai tersebut berhijrah dan mengawan untuk menukar bahan genetik mereka lebih kurang 10,000 tahun lalu. Lalu, selepas Holocene, bila suhu meningkat, jambatan tanah tersebut dan Sungai Sunda telah ditenggelami dan jumlah ikan keli telah terasing. Walau bagaimanapun, motif genetik mereka masih dalam DNA-nya sebagai bukti sambungan terdahulu Sungai Rajang kepada sungai terasing lain di Indochina dan Borneo.

Bencana sekatan balak

sunting

Pada 6 Oktober 2010, hujan lebat di Putai dan Nungun di hulu Baleh dikatakan telah menyebabkan tanah runtuh besar yang membawa balak dan serpihan ke dalam Sungai Baleh, anak sungai di hulu Kapit, dan kemudian ke dalam Sungai Rajang. Ia dianggarkan bahawa isipadu balak dan serpihan telah melebihi 300, 000 m3. Sekatan balak ini juga telah menjejaskan Sungai Igan. Serpihan balak, berukuran 50 km panjang, telah tiba di Sibu pada 8 Oktober. Sekatan balak ini telah menyebabkan kesusahan pengangkutan untuk penduduk yang tinggal di tebing sungai dan bangkai ikan juga dilihat di sungai tersebut.[1]

Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh mendakwa bahawa bencana sekatan balak tidak pernah terjadi sebelum itu dalam skala yang besar. Walau bagaimanapun, Menteri Pembangunan Tanah, Datuk Seri James Masing mendakwa bahawa bencana serupa telah terjadi sebelumnya dan dia menyalahkan bencana tersebut atas pembalakan tidak terancang oleh syarikat pembalakan yang tidak bertanggungjawab.[1] Ketua Menteri Negeri Sarawak pada ketika itu, Abdul Taib Mahmud telah menasihatkan rakyat Sarawak supaya tidak menyalahkan mana-mana pihak terhadap penyebab sekatan balak ini dan dia menjaminkan bahawa kerajaan negeri akan menyiasat kejadian ini.[2] Gerakan bagi Perubahan, Sarawak (MoCS) telah mencadangkan bahawa suatu jawatankuasa dengan perwakilan dari kerajaan dan pembantahan sepatutnya ditubuhkan untuk mengenalpasti penyebab tepat sekatan balak di Sungai Rajang.[3]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Hii, Philip (9 October 2010). "50km logjam on the Rajang river". The Star (Malaysia). Star Publications. Dicapai pada 17 October 2010.
  2. ^ Sibon, Peter (11 October 2010). "CM: We will probe cause of logjam". The Borneo Post. Dicapai pada 17 October 2010.
  3. ^ "Rajang disaster: Movement wants independent probe". The Borneo Post. 14 October 2010. Dicapai pada 17 October 2010.