Kuala Kubu Bharu
Kuala Kubu Bharu ialah bandar di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Bandar ini terletak di atas puncak bukit. Ia ialah ibu daerah Hulu Selangor. Di kalangan penduduknya, Kuala Kubu Bharu juga dikenali dengan singkatan KKB.
Bandar Kuala Kubu Baharu | |
---|---|
Geografi | |
Status | Bandar |
Asal nama | Kuala Kubu |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Daerah | Daerah Hulu Selangor |
Mukim | Ampang Pechah |
Keluasan | 177 hektar |
Sejarah
suntingKuala Kubu Bharu yang pada mulanya dikenali sebagai Kuala Kubu diletakkan di dalam Pentadbiran Residen-Residen British yang pertama iaitu Presiden Frank Athelstane Swettenham, diikuti oleh J.P Rodger dan Edward Maxwell. Pada masa itu, Kuala Kubu menjadi pintu masuk ke Negeri Pahang. Oleh kerana banjir besar yang melanda, pihak British telah memindahkan pusat pentadbiran mereka ke Kuala Kubu Bharu pada 6 Mei 1931.
Pada tahun 1975, tertubuhnya Majlis Daerah Hulu Selangor yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan membuat perubahan di dalam kawasan jagaannya terutama Kuala Kubu Bharu. Banyak perubahan dan pengubahsuaian telah dilakukan dari semasa ke semasa untuk keselesaan dan kemudahan penduduk. Pekan Kuala Kubu Bharu yang dahulunya sunyi kini bertukar corak menjadi pekan yang ceria, bersih dan indah dengan landskap yang menyejukkan mata memandang. Pada tanggal 15 Januari 1994, Pejabat Pentadbiran Majlis Daerah Hulu Selangor (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Hulu Selangor) yang dahulunya terletak di bekas Pasar Lama di dalam pekan Kuala Kubu Bharu juga telah bertukar ke kawasan yang lebih luas dan selesa. Pejabat tersebut yang bertempat di Jalan Bukit Kerajaan telah dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Haji Muhammad Haji Muhd Taib, Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
Lokasi
suntingKuala Kubu Bharu terletak di bahagian timur laut negeri Selangor iaitu kira-kira (21km) dari Tanjung Malim dan (60km) dari Kuala Lumpur melalui Jalan Kuala Lumpur-Rawang-Tanjung Malim LP 1. Bandar ini juga berhubungkan ke Bukit Fraser dan Kuala Lipis melalui Jalan Pahang LP 55. Dari Lebuhraya Utara-Selatan Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 melalui susur keluar Tanjung Malim EXIT 121, dan Juga boleh melalui susur keluar Lembah Beringin EXIT 120.
Ekonomi dan pelancongan
suntingPusat pelancongan Bukit Fraser mempunyai impak yang baik kepada kegiatan ekonomi Kuala Kubu Bharu menjadikan sebagai lokasi untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan kerana aktiviti perniagaan di Bukit Fraser adalah terhad dan tidak mempunyai kepelbagaian pilihan. Antara aktiviti perniagaan yang menjadi pemintaan yang tinggi adalah perniagaan runcit dan perkhidmatan.
Senarai tempat perlancongan di sekitar Kuala Kubu Bharu:
- Bandar Kubu Bharu (merupakan bandar hijau pertama di Malaysia)
- Perkampungan orang asli sekitar Jalan Pahang
- Santuari Ikan Kelah Sungai Chiling
- Bukit Besi
- Kolam Air Panas Kuala Kubu Bharu
- Dataran Kuala Kubu Bharu/Stadium Mini Kuala Kubu Bharu
- Taman Tasik Milenium
- Fraser Valley Kuala Kubu Bharu
- Alor Lempah/Ampang Pechah
- Empangan Sungai Selangor
Pengangkutan awam
suntingPerhentian Bas Dan Teksi Kuala Kubu Bharu merupakan terminal utama bas dan teksi bersebelahan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pejabat Telekom Malaysia (TM). Laluan bas di Kuala Kubu Bharu menghubungkan ke bandar-bandar tertentu iaitu Rasa, Bukit Sentosa dan Tanjung Malim. Stesen keretapi Kuala Kubu Bharu menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dan KTM ETS
Kemudahan
sunting- Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor
- Hospital Kuala Kubu Bharu
- Balai Bomba Kuala Kubu Bharu
- Stesen Keretapi Kuala Kubu Bharu
- Pejabat Pos Kuala Kubu Bharu
Pendidikan
sunting- SK Kuala Kubu Bharu 1
- SK Kuala Kubu Bharu 2
- SRA Kuala Kubu Bharu
- SMK Kuala Kubu Bharu
- SMK Dato' Haji Kamaruddin
- Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu
- Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Bharu
- SMK Ampang Pecah
- SJK (T) Kuala Kubu Bharu
Rujukan
suntingPautan Luar
sunting[1]Keunikan sejarah dan alam