Jajahan Kuala Krai
Kuala Krai merupakan salah satu daripada 11 jajahan pentadbiran negeri Kelantan, Malaysia. Ibu daerahnya ialah bandar Kuala Krai. Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Kelantan selepas Gua Musang dengan keluasan 2,329 kilometer persegi. Terdapat tiga daerah utama dalam jajahan dengan pecahan kepada 15 mukim.
Kuala Krai | |
---|---|
Jajahan Kuala Krai | |
Transkripsi lain | |
• Tulisan Jawi | كوالا كراي |
• Tulisan Cina | 瓜拉吉赖县 |
Lokasi Daerah Kuala Krai di Malaysia | |
Koordinat: 5°30′N 102°10′E / 5.500°N 102.167°EKoordinat: 5°30′N 102°10′E / 5.500°N 102.167°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kelantan |
Pusat | P031 Kuala Krai |
Kerajaan kawasan tempatan | Majlis Daerah Kuala Krai (bahagian utara) Majlis Daerah Dabong (bahagian selatan) |
Pentadbiran | |
• Ketua Jajahan | Zulkifle Abdul Rahman[1] |
Keluasan | |
• Jumlah | 2,329 km2 (899 batu persegi) |
Penduduk (2020)[3] | |
• Jumlah | 105,007 |
• Kepadatan | 45/km2 (120/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (Tidak dinilai) |
Poskod | 18xxx |
Kod panggilan | +6-09-9 |
Plat pendaftaran kenderaan | D |
Laman sesawang | ptjkk mdkkrai mddabong |
Sejarah
suntingPada tahun 1909, pihak British telah menubuhkan jajahan Ulu Kelantan yang merangkumi Gua Musang, Kuala Krai dan daerah Kuala Balah di Jeli. Kuala Krai telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran jajahan Ulu Kelantan. Pada 1 September 1977, Kuala Krai diisytiharkan secara rasmi sebagai sebuah jajahan penuh.[4]
Geografi
suntingJajahan Kuala Krai terletak di bahagian tengah negeri Kelantan dan berkeluasan lebih 2,329 kilometer persegi. Jajahan Kuala Krai bersempadan dengan Gua Musang di selatan, Jeli di barat, Tanah Merah di barat laut, negeri Terengganu di timur dan Machang di utara.
Bentuk muka bumi jajahan Kuala Krai ialah berbukit bukau di sebelah timur, barat dan selatan manakala pamah di sebelah utara. Ketinggian tanah tinggi daripada aras laut kebanyakannya antara 153 meter - 305 meter. Titik tertinggi jajahan ini menjangkau lebih 915 meter iaitu di sempadan Jajahan Jeli. Dua sungai utama di jajahan Kuala Krai iaitu Sungai Galas dan Sungai Lebir bertemu di Sungai Kelantan di bandar Kuala Krai.[4]
Pecahan pentadbiran
suntingJajahan Kuala Krai ditadbir dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Kuala Krai di kawasan utara (dahulu dikenali sebagai Majlis Daerah Kuala Krai Utara) dan Majlis Daerah Dabong di kawasan selatan (dahulu dikenali sebagai Majlis Daerah Kuala Krai Selatan). Jajahan Kuala Krai juga dibahagikan kepada tiga daerah, 15 mukim dan 216 kampung.
Demografi
suntingTahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
1991 | 90,830 | — |
2000 | 91,771 | +1.0% |
2010 | 104,234 | +13.6% |
2020 | 105,007 | +0.7% |
Sumber: [5] |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Jajahan Kuala Krai ialah seramai 105,007 orang dengan kepadatan penduduk 45 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di jajahan Kuala Krai berbangsa Melayu, seramai 96,523 orang.[6][7]
Status | Bangsa | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara | Melayu | 96,523 |
Bumiputera lain | 114 | |
Cina | 3,538 | |
India | 846 | |
Lain-lain | 234 | |
Bukan warganegara | - | 3,752 |
Jumlah | 105,007 |
Agama
suntingDi jajahan Kuala Krai, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 95 peratus diikuti agama Buddha sebanyak tiga peratus. Penganut Hindu pula mencatatkan hampir satu peratus dari jumlah penduduk. Agama Kristian dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[7]
Kuala Krai berkembang pesat setelah dibuka lebuh raya Kuala Krai-Gua Musang pada Ogos 1983 yang merupakan laluan jalan raya ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. Terdapat stesen keretapi yang menghubungkan Tumpat ke Gua Musang.
Kemudahan
suntingTerdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh jajahan Kuala Krai. Terdapat sebanyak 54 buah sekolah di jajahan ini;[8]
Jenis sekolah | Bilangan |
---|---|
Sekolah Kebangsaan | 39 |
Sekolah Jenis Kebangsaan | 2 |
Sekolah Menengah Kebangsaan | 10 |
Sekolah Menengah Agama | 2 |
Kolej Vokasional | 1 |
Pengangkutan
suntingAntara jaringan jalan raya utama di jajahan Kuala Krai ialah Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang yang siap dibina pada tahun 2007. Antara stesen kereta api utama yang menghubungkan jajahan Kuala Krai dengan jajahan lain ialah Stesen Kuala Krai dan Stesen Dabong.
Galeri
sunting-
Orang ramai di stesen
-
Gerabak lama
-
Simpang jalan raya dan kereta api
Rujukan
sunting- ^ "Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai – Perutusan Ketua Jajahan". Ptjkk.kelantan.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2018. Dicapai pada 27 November 2017.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaptjkk
- ^ "TABURAN PENDUDUK MENGIKUT PBT & MUKIM 2010". Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 15 December 2017.
- ^ a b User, Super. "SEJARAH PENUBUHAN". ptjkk.kelantan.gov.my. Dicapai pada 2024-03-07.
- ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
- ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ a b "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
- ^ "Sekolah di PPD Kuala Krai-Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.