Ku Teruskan (album)

Album ke-6 Liza Hanim
(Dilencongkan daripada Ku Teruskan (album Liza Hanim))

Ku Teruskan ialah album studio keenam oleh penyanyi Malaysia, Liza Hanim. Ia telah dikeluarkan oleh Suria Records pada 11 Ogos 2003. Liza bekerja dengan banyak penerbit di Ku Teruskan, termasuk kolabrasi kerap Zulkefli Majid, ditemani oleh penulis bersama Hani MJ, Baiduri dan Lukhman S. Album ini merupakan album studio terakhir yang dirakamkan oleh Liza bersama Suria Records.

Ku Teruskan
Album studio oleh
Dilancarkan pada11 Ogos 2003
Dirakamkan padaFebruari - September 2003
StudioPRO Recording Studio
Genre
BahasaBahasa Melayu Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatSuria Records
Penerbit
  • Tan Su Loke (eksekutif)
  • Zulkefli Majid (Aiman)
  • Zuriani
  • Azmeer
  • Ajai
  • LY
  • Alfa Kesuma Booty
Kronologi Liza Hanim
Isyarat Jiwa
(2001)
Ku Teruskan
(2003)
Rindu Selalu
(2006)
Single daripada Ku Teruskan
  1. "Ku Teruskan"
    Dikeluarkan: Ogos 2003
  2. "Tirai Malam"
    Dikeluarkan: November 2003
  3. "Biarkan"
    Dikeluarkan: Mac 2004
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penerbitan

sunting

Lagu Tirai Malam dipilih sebagai single pertama beliau yang dimainkan di stesen-stesen radio tetapi sambutan yang diberikan oleh pendengar agak hambar. Begitu juga single kedua beliau Hadir Dirimu yang diperkenalkan oleh beliau ketika menghadiri Carta Mingguan ERA sebagai artis jemputan, kurang mendapat perhatian pendengar. Selain klip video Ku Teruskan, Tirai Malam juga sering dimainkan di stesen-stesen TV. mtv Ku Teruskan berjaya memenangi anugerah Video Muzik Pilihan di Anugerah Era 2004. Dan akhirnya, lagu Biarkan, dirakam juga sebagai versi Bahasa Inggeris pada trek terakhir dengan tajuk You Don't Add Up.

Buat pertama kalinya beliau menyumbangkan lirik untuk beberapa lagu seperti lagu Biarkan, Hadir Dirimu dan Tiada Cinta. Dalam masa yang sama, beliau turut melakukan percubaan pertama Liza dengan mencipta lagu yang berjudul Tiada Cinta.

Tenaga kerja

sunting
  • Tan Su Loke - penerbit eksekutif
  • Edwin Tan - pembantu penerbit eksekutif
  • Jason Foo - penyelaras produksi
  • Ajai - penerbit
  • Alfa Kesuma Booty - penerbit
  • Azmeer - penerbit
  • LY - penerbit
  • Zuriani - penerbit
  • Zulkefli Majid - koordinator A&R & penerbit
  • Bard - pengurus promosi
  • Vincent - jurutera
  • Koh - jurutera
  • Wong - jurutera
  • Pro Recording Studio (Cheras Perdana) - studio rakaman
  • Khoon Hooi - pereka pakaian
  • Redza Fahmy - pengurus artist
  • Bustamam Mokhtar - fotografi
  • Jade - dandanan rambut
  • Urban Vibes - dandanan rambut
  • Sue Hamid - jurusolek

Senarai runut

sunting
No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Tirai Malam"Hani MJAiman4:47
2."Biarkan"Liza HanimZuriani3:13
3."Ku Teruskan"M. ZulkefliZuriani3:37
4."Cahaya Cintaku"BaiduriLY4:44
5."Hadir Dirimu"Liza HanimZuraini3:41
6."Hanya Satu Cinta"AyuAjai3:15
7."I Love You"TisyaAlfa Kesuma Booty4:38
8."Tiada Cinta"Liza HanimLiza Hanim4:57
9."Seikhlas Hati Ku"Lukhman SAzmeer4:48
10."Begitulah Aku"DarwishSham Kamikaze5:24
11."You Don't Add Up"HiteshZuriani3:09


Kedudukan carta

sunting

Single

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2003

Tirai Malam

- - - 8
Hadir Dirimu - - - -
2004 Biarkan - - - 19
Ku Teruskan - - - 3

Ulasan kritis

sunting

Persembahan vokal Liza menerusi album ini meraih kritikan positif daripada pemerhati seni. Liza meraih pencalonan untuk kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik di AIM.

Anugerah

sunting

Anugerah ERA

sunting
Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2004 "Ku Teruskan" Video Muzik Pilihan Menang

Anugerah Industri Muzik

sunting
Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2004 Ku Teruskan Persembahan Vokal Wanita Terbaik Tercalon