Kromatografi
Kromatografi ialah satu teknik pengasingan bahan kimia secara fizikal yang penting. Teknik ini dapat memisahkan campuran dua atau lebih bahan kimia kepada komponen-komponen yang tulen (biasanya).
Sejarah
suntingKromatografi ditemui oleh Michael Tswett, seorang ahli botani di Universiti Warsaw (Poland), pada tahun 1906. Perkataan kromatografi berasal daripada perkataan Yunani "warna" dan "tulis". Tswett telah menerangkan resolusi klorofil dan pigmen-pigmen lain yang diekstrak daripada tumbuhan dan diterangkan dalam bentuk:
"Jika larutan klorofil dalam petroleum eter dituras melalui satu lajur penjerap (saya menggunakan kalsium karbonat, secara amnya, yang dipadatkan dalam satu tiub kaca yang sempit), maka pigmen-pigmen akan terpisah dari atas hingga ke bawah dalam beberapa zon yang berwarna mengikut jujukan jerapan, yang mana pigmen yang lebih terjerap akan tersesar dengan perlahan berbanding dengan pigmen yang kurang terjerap lalu memaksa pigmen-pigmen lain ke bawah. Pengasingan ini adalah lengkap secara praktikal sekiranya satu zon pelarut yang tulen mengekori sesuatu pigmen. Seperti spektrum cahaya, komponen yang berbeza dalam campuran pigmen itu akan terpisah secara sistematik pada lajur kalsium karbonat dan setiap pigmen boleh diidentifikasikan dan ditentukan kuantitinya. Saya menamakan penyediaan sedemikian sebagai kromatogram dan kaedah itu dinamakan kromatografi."
Teori
suntingKromatografi terbentuk apabila terdapat satu fasa pegun dan satu fasa bergerak. Fasa pegun biasanya ialah pepejal atau cecair manakala fasa bergerak biasanya ialah cecair atau gas. Setiap molekul yang berbeza akan terjerap kepada fasa pegun dengan kekuatan yang berbeza. Pada masa yang sama, dua molekul yang berlainan juga mempunyai keterlarutan yang berbeza dalam fasa bergerak.
Katakan kita mempunyai campuran dua bahan A dan B. A akan terjerap kepada fasa pegun dengan kuat manakala B tidak. A juga mempunyai keterlarutan dalam fasa bergerak yang lebih rendah berbanding dengan B. Jesteru, apabila campuran A dan B dibiarkan melalui satu lajur kromatografi, B dapat bergerak dengan lebih cepat berbanding dengan A kerana A mengalami rintangan yang kuat dalam perjalanannya.
Jenis kromatografi
suntingTerdapat beberapa jenis kromatografi. Antaranya ialah:
- Kromatografi kertas
- Kromatografi lajur
- Kromatografi gas
- Kromatografi lapisan nipis
Pautan Luar
sunting- Kromatografi Elektrokinetik Diarkibkan 2012-07-09 di Wayback Machine