Kring! (animasi)
Kring! atau KR1NG! merupakan sebuah filem animasi pendek senyap Malaysia berdurasi 7 minit 25 saat. Animasi ini dihasilkan oleh Brainy Bones Studios, anak syarikat kumpulan Brainy Bunch[1]. Pengarahnya ialah Hilmi Ismail. Muzik disusun oleh Feisal Kassim dan Karya Enigma. Animasi ini ditayangkan melalui saluran Youtube[2] dan di Astro TVIQ[3] sempena hari guru 2019. Ia juga boleh ditonton di platform Astro GO dan On Demand. Filem ini turut memenangi anugerah dalam beberapa festival filem antarabangsa.
Kring! | |
---|---|
Pengarah | Hilmi Ismail |
Cerita oleh | Sharafina Teh |
Dihasilkan oleh | Fadzil Hashim |
Disunting oleh | Hilmi Ismail |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 18 Julai 2019Youtube | di
Masa tayangan | 7 minit 25 saat |
Negara | Malaysia |
Sinopsis
suntingAnimasi ini mengisahkan seorang guru bernama Suraya memainkan peranan membantu seorang murid bernama Mael bin Sulaiman yang mempunyai masalah disleksia. Suraya menghadapi cabaran membantu seorang pelajar yang mempunyai masalah pelajaran di sekolah dan mempunyai imaginasi luar kotak. Suraya bimbang pelajar lelaki itu gagal dalam pelajaran tetapi selepas menghabiskan masa melihat lukisannya, guru berkenaan mendapati pelajarnya sedang belajar tetapi dengan cara berbeza. Suraya memutuskan untuk mengambil masa tambahan mengajar pelajarnya menggunakan kaedah yang dia selesa dengan lukisan[4].
Kru penerbitan
sunting- Pengarah : Hilmi Ismail
- Penerbit eksekutif : Fadzil Hashim
- Pengarah seni : Fariz 'Zedd' Zulkipli
- Jalan cerita : Sharafina Teh
- Juruanimasi : Sharafina Teh (Ketua), Haziqah Ibrahim, Nurul Hafizah Rizal
- Rigger karakter 3D : Muzammil Jamaludin
- Pelukis grafik 3D : Afiqah Sha'azza
- Render wrangler : Nazim Zaki
- Penata audio dan bunyi : Feisal Kassim & Karya Enigma
- Penyunting dan kompositor : Hilmi Ismail
Anugerah & Pengiktirafan
suntingTahun | Acara | Tempat | Catatan |
---|---|---|---|
2020 | Festival Animasi Antarabangsa Bergen: ReAnima
(bahasa Inggeris: ReAnima: Bergen International Animation Festival ) |
Bergen, Norway | Filem Animasi Terbaik untuk Kanak-kanak[5][6][7] |
Festival Filem Antarabangsa mengenai Kekurangupayaan Ke-4
(Perancis: Festival International du Film sur le Handicap ) |
Lyon, Perancis | Filem Animasi Pendek Terbaik[8][4][1][9][10][11] | |
Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur di Udara 2020
(bahasa Inggeris: Kuala Lumpur International Film Festival in the Sky 2020 ) |
Kuala Lumpur, Malaysia | Anugerah Juri | |
Festival Kanak-kanak Antarabangsa, City Montessori School (ICFF) | India | Dicalonkan | |
Festival Filem Animasi Antarabangsa (IAFF) ke-11, Golden Kuker - Sofia | Sofia, Bulgaria | Dicalonkan, Kategori FIlem Kanak-kanak | |
Festival Media Kanak-kanak Antarabangsa DYTIATKO ke-12 | Ukraine | Finalis, Kategori Filem Animasi Terbaik | |
Mi Primer Festival | Lima, Peru | Dicalonkan[12] | |
Festival Filem Antarabangsa Lebu
(Sepanyol: Festival Internacional de Cine de Lebu ) |
Lebu, Chile | Dicalonkan[13] | |
Canterbury Anifest 2020 | Kent, United Kingdom | Dicalonkan[14][9][10] | |
Festival Mesra Animasi ZEBRA 2020
(Slovene: Festival animiranega filma ZEBRA ) |
Slovenia | Dicalonkan | |
Festival Komik & Animasi Antarabangsa Chaniartoon ke-4, 2020 | Greece | Dicalonkan | |
Festival Filem Animasi Dublin 2020 | Dublin, Ireland | Dicalonkan | |
Anugerah Animasi Kanak-kanak Hsin-Yi 2020 | Taiwan | Dicalonkan | |
Festival Filem Pendek Antarabangsa Bengaluru | India | Tersenarai filem yang tidak dipertandingkan | |
Festival Filem Penggiat Animasi
(Turki: Canlandıranlar Film Festivali ) |
Turki | Tersenarai filem yang tidak dipertandingkan | |
2019 | Anugerah Animasi Antarabangsa MAAC-24 FPS 2019 | India | Dicalonkan |
Animation Marathon Ke-5 2019 | Athens, Greece | Dicalonkan[15] |
Pautan Luar
suntingRujukan
sunting- ^ a b Shamshul Azree Samshir Kring! diumum filem animasi terbaik di Perancis BHarian
- ^ Aiman Sadiq Abdullah [VIDEO] Filem animasi pendek Kring setaraf Pixar Sinar Harian
- ^ Fiza Kamarudin ‘My Teacher My Hero’ – Syamel, Ernie Tulis Lagu ‘Terima Kasih Guruku’ Astro Gempak
- ^ a b Wartawan Sinar Harian Kring! menang anugerah di Perancis Sinar Harian
- ^ "Filem Animasi Anak Melayu Raih Anugerah Di Norway". AMALmedia. November 2020. Dicapai pada 19 November 2020.
- ^ Sharaimei Shaik Ahmedullah (17 November 2020). "Filman animasi tempatan, Kring! harumkan nama negara di Norway". Malakat Tribune. Dicapai pada 19 November 2020.
- ^ Anne Dorall (18 November 2020). "M'sian Animated Film Wins ANOTHER International Award For Its Heartwarming Story About Learning Disabilities In School". The Rakyat Post. Dicapai pada 19 November 2020.
- ^ Fiction Awards, Selections and Jury Festival International du Film sur le Handicap
- ^ a b Mohd. Fairuz Yusof KRING! menang FIFH 2020 Diarkibkan 2020-02-19 di Wayback Machine Malakat Tribun News
- ^ a b Nina Farzuin Md Sharom Selepas ke Perancis, Kring! Bakal ke UK! Diarkibkan 2020-02-19 di Wayback Machine Melayu Bangkit News
- ^ Tahniah buat Filem Animasi Pendek Tempatan, ‘KRING!’ FINAS
- ^ Selección Oficial “Competencia de Cortometrajes de Animación” Mi Primer Festival
- ^ Selección Oficial Categoría Cortometraje Animación Internacional. Facebook Cine Lebu
- ^ Shortlisted films Diarkibkan 2020-02-19 di Wayback Machine Canterbury Anifest
- ^ Animation Marathon 2019