Keju krim
Krim keju ialah keju segar yang lembut dan mempunyai rasa yang ringan serta memiliki kandungan lemak yang tinggi.[1][2] Penstabil seperti gam kacang karob dan karagenan ditambah.[3]
Keju Krim | |
---|---|
Jenis | Keju susu lembu, Lepa |
Asalan | |
Negara | England, juga Perancis |
Ciri-ciri | |
Sumber susu | Susu |
Dipasteurkan | Ya |
Tekstur | Lembut |
Kandungan protein | 29.36 |
Berat | 47.6 |
Tempoh penuaan | tiada |
sunting · sunting di Wikidata |
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 1,431 kJ (342 kcal) |
Karbohidrat | 4 g |
Lemak | 34 g |
- tepu | 19 g |
- monotaktepu | 9 g |
- politaktepu | 1 g |
Protein | 6 g |
Kalsium | 98 mg (10%) |
Kolesterol | 110 mg |
Kandungan lemak boleh pelbagai. Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient Database |
Pentadbiran Makanan dan Dadah AS telah menakrifkan produk tenusu ini mengandungi sekurang-kurangnya 33% lemak susu (seperti yang dipasarkan) dengan kandungan kelembapan tidak melebihi 55%, dan julat pH 4.4 hingga 4.9.[4] Di negara lain, ia ditakrifkan secara berbeza dan mungkin mengandungi kandungan lemak yang lebih tinggi.[5]
Keju krim tidak matang secara semula jadi dan memang bertujuan untuk digunakan dalam keadaan segar, jadi keju ini berbeza dengan keju lembut yang lain seperti Brie dan Neufchâtel. Keju ini lebih mudah diperbandingkan antara rasa, tekstur dan kaedah pembuatan dengan Boursin dan Mascarpone.
Rujukan
sunting- ^ Oxford English Dictionary
- ^ "Merriam-Webster Online Dictionary". Dicapai pada 14 August 2011.
- ^ http://www.bonappetit.com/tipstools/ingredients/2008/04/cream_cheese
- ^ "US Code of Federal Regulations". Dicapai pada 5 November 2014.
- ^ http://www.bbc.co.uk/food/cream_cheese
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Keju krim |