Krayan merupakan sebuah kecamatan di Kabupaten Nunukan, provinsi Kalimantan Utara, Republik Indonesia.

Krayan
Negara Indonesia
ProvinsiKalimantan Utara
KabupatenNunukan
Pentadbiran
 • Camat-
Luas183.474 kilometer persegi
Kepadatan- orang/km²
Desa/kelurahan65

Kecamatan Krayan terletak di bahagian barat Kabupaten Nunukan dan bersempadan langsung dengan negeri Serawak, Malaysia. Terdiri didalamnya sebanyak 65 desa yang berpusat pemerintahan di Long Bawan, jumlah penduduknya pula dianggarkan seramai 800 orang yang sebahagian besarnya ialah penduduk asli pedalaman Kalimantan iaitu Suku Dayak Lundayeh.

Perjalanan untuk mencapai kecamatan ini dari Kecamatan Nunukan harus ditempuh melalui perkhidmatan pengangkutan udara dari Lapangan Terbang Nunukan ke Lapangan Terbang Mini Long Bawan.

Ekonomi

sunting

Kecamatan Krayan terkenal sebagai penghasil beras terbesar di Kabupaten Nunukan, iaitu jenis beras adan yang merupakan padi unggul organik, yang banyak dipasarkan ke Malaysia dan Brunei. Daerah ini juga memiliki komoditi unik iaitu garam gunung hasil dari pengolahan sumur air bergaram.

Sebahagian wilayah kecamatan ini berupa Taman Nasional Kayan Mentarang yang kaya dengan keanekaragaman sumber alam semulajadi. Keaslian alam semulajadi yang masih terpelihara ini adalah disebabkan terdapat faktor kearifan Suku Dayak dalam mengelola daerah Krayan untuk menjadi salah satu kawasan penyelidikan hutan hujan tropika di peringkat antarabangsa dan berpotensi besar menjadi daerah bagi tujuan eko-pelancongan.[2]

Batas wilayah

sunting

Batas-batas wilayah kecamatan Krayan adalah sebagai berikut :

Utara Sabah, Malaysia
Selatan Kabupaten Malinau dan kecamatan Krayan Selatan
Barat Sarawak, Malaysia
Timur Kabupaten Malinau


Rujukan

sunting