Bluehole, Inc.[a] (dikenai sebagai Bluehole Studio, Inc.[b] sehingga 22 April 2015) ialah sebuah pembangun permainan video Korea Selatan yang beribu pejabat di daerah Bundang-gu, Seongnam. Diasaskan oleh Chang Byung-gyu di Seoul pada bulan Mac 2007, syarikat ini terkenal kerana membangunkan TERA (2011) dan PlayerUnknown's Battlegrounds (2017, menerusi anak syarikatnya PUBG Corporation, dinamakan semula sebagai PUBG Studios). Pada bulan November 2018, Bluehole disusun semula dan meletakkan dirinya sebagai anak syarikat kepada syarikat yang baru ditubuhkan iaitu Krafton Game Union.

Krafton
Nama asli크라프톤
Nama rumi(Ju) Beulluhol
Jenis/bentuk sahAnak syarikat
IndustriIndustri permainan video
PendahuluBluehole
DitubuhkanMac 2007; 17 tahun yang lalu (2007-03) in Seoul, South Korea
PengasasChang Byung-gyu
Ibu pejabatBundang-gu, Seongnam, Korea Selatan
Tokoh penting
Keluaran
PemilikTencent Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan+2000
Anak syarikatBluehole, Unknown Worlds Entertainment, PUBG Studios, Striking Distance Studios, Neon Giant, Tango Gameworks Sunting ini di Wikidata
Tapak webkrafton.com
IMDB: co0655806 Facebook: Krafton.official Instagram: krafton.today LinkedIn: krafton-inc Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

sunting

Chang Byung-gyu mengasaskan Bluehole Studio di Seoul pada bulan Mac 2007.[1] Terdahulunya, Chang telah menubuhkan Neowiz pada tahun 1997, bersama tujuh pengasas lain, kemudian beralih kepada pembangun enjin carian First Snow pada tahun 2005, yang kemudiannya dijual pada tahun 2006.[2] Bluehole Studio telah mengumumkan pada 22 April 2015 bahawa nama mereka telah ditukar kepada Bluehole sahaja.[3]

Pada 5 November 2018, Bluehole melancarkan syarikat baharu Karfton Game Union yang bertindak sebagai syarikat induk bagi Bluehole dan anak-anak syarikatnya.[4]

Permainan yang dibangunkan

sunting
Tahun Judul Pelantar Studio
2011 TERA Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One Bluehole Studio
2015 Devilian Microsoft Windows Bluehole Ginno Games
2017 PlayerUnknown's Battlegrounds Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One PUBG Studios
2021 PUBG: NEW STATE Microsoft Windows, Android, IOS PUBG Studios
Akan diumumkan Ascent: Infinite Realm Akan diumumkan Bluehole

Catatan

sunting
  1. ^ Korea: ㈜블루홀, rumi: (Ju) Beulluhol
  2. ^ Korea: ㈜블루홀스튜디오, rumi: (Ju) Beulluhol Seutyudio

Rujukan

sunting
  1. ^ "'Past failures and endurance can make success'". 10 September 2017. Dicapai pada 30 May 2018.
  2. ^ "'Serial entrepreneurs' pioneer IT industry". 21 May 2017. Dicapai pada 30 May 2018.
  3. ^ "News article". www.zdnet.co.kr.
  4. ^ Young-won, Kim (November 5, 2018). "Bluehole launches new brand for its subunits". The Investor.

Pautan luar

sunting