Kor shawat itik
Kor shawat itik atau juga dipanggil gundu, atau kulut merujuk kepada ikatan gelang getah yang diikat bergumpalan membentuk ketulan padu getah. Ia digunakan dalam permainan kanak-kanak, samaada bagi melastik gelang getah dalam permainan getah atas para, ataupun melastik sesama-sendiri.
Biasanya ia diikat padu pada satu hujung sebagai pemegang, dan sebelah hujung lagi diikat bergelang sebagai pelastik. Ia boleh dibuat menurut kemahuan penghasilnya, tetapi yang besar senang tersangkut.