Kooikerhondje Belanda
Kooikerhondje Belanda[a] atau hanya kooikerhondje[b][1] ialah satu baka anjing jenis spaniel kecil dengan keleluhuran Belanda yang pada asalnya digunakan sebagai anjing pekerja, khususnya di dalam samaran untuk mengumpan itik. Baka ini bertarikh kembali ke abad ke-16 dan membuat penampilan kerap dalam lukisan dari Zaman Keemasan Belanda.
Nama lain |
| |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Belanda | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Perihal
suntingPenampilan
suntingKooikerhondje ialah anjing sukan kecil mirip spaniel. Anjing ini, yang pada asalnya dibiakbakakan di Belanda sebagai anjing pemburu itik, mempunyai ekor berumbai putih untuk tujuan penarikan itik.[1]
Ketinggian keutamaan pada paras kelasa ialah 40 sentimeter (16 in) untuk jantan dan 38 sentimeter (15 in) untuk betina.[2] Piawaian FCI mengizinkan julat 38–41 sentimeter (15–16 in) untuk jantan dan 36–39 sentimeter (14–15 in) untuk betina.[3] Baka ini mempunyai lapis bulu ganda beralun sederhana panjang[4] dan pewarnaanya ialah putih dan jingga-merah.[2] Sesetengah kooikerhondje mempunyai hujung telinga hitam, yang dirujuk sebagai "anting-anting".[1]
Kesihatan
suntingSebilangan penyakit boleh waris telah dikenal pasti pada kooikerhondje, termasuk miopati keradangan,[5] penyakit von Willebrand Jenis III,[6] mielopati menekrosis,[7] displasia ginjal,[8] kehelan tempurung lutut,[9] dan ataksia.[10] Sebuah kajian Belanda tentang 842 ekor anjing mendapati bahawa kehelan tempurung lutut adalah prevalen pada 24% daripada jumlah anjing yang diimbas. Semasa tempoh kajian — yang bermula pada tahun 1994 dan tamat pada tahun 2011 — prevalens keadaan ini menurun daripada 28% kepada 19%, walaupun prevalens masih lebih tinggi daripada untuk anjing spaniel lain.[9]
Sejarah
suntingKooikerhondje dikembangkan di Belanda pada sekitar abad ke-16 untuk mengumpan itik ke dalam denak itik supaya pemburu dapat semudahnya menangkap unggas itu. Gaya perburuan kooikerhondje diilhami oleh rubah, apabila pemburu Belanda sedar bahawa itik tertarik dengan rubah yang bermain dekat dengan air, selagi tidak bertentang mata.[1]
Kooikerhondje kerap muncul dalam lukisan karya tuan-tuan Belanda seperti Jan Steen, Rembrandt, dan Johannes Vermeer.[1] Baka ini dipercayai sebagai leluhur kepada anjing pengutip pemburu itik Nova Scotia.[1]
Baka ini hampir menjadi pupus semasa Perang Dunia Kedua sehingga Baroness van Hardenbroek van Ammerstol menyelamatkannya. Baka ini tidak diiktiraf secara rasmi oleh Raad van Beheer op Kynologish Gebied in Nederland sehingga tahun 1971[11] dan sejak itu telah diimport ke negara lain dan diiktiraf secara rasmi. Pada Januari 2013, The Kennel Club mengumumkan bahawa pihaknya mengelaskan kooikerhondje semula daripada kumpulan gundog kepada kumpulan utiliti berkuat kuasa Januari 2014. Keputusan itu dicapai selepas perbincangan dengan kelab baka United Kingdom dan persetujuan sebulat suara dicapai.[12]
Kooikerhondje diiktiraf oleh American Kennel Club pada tahun 2018.[13] Baka ini memperoleh kemasyhuran di Amerika Syarikat pada tahun 2020-an, sebahagiannya oleh sebab Decoy Ohtani, iaitu seekor kooikerhondje yang dimiliki oleh pemain besbol Shohei Ohtani.[14]
Lihat juga
suntingCatatan
sunting- ^ Jawi: کوءيکرهونجى بلندا ; Belanda: Nederlandse kooikerhondje
- ^ Jawi: کوءيکرهونجى , Sebutan bahasa Melayu: [koi̯kərhɔnd͡ʒə]; Belanda: kooikerhondje, lit. 'anjing umpan' , Sebutan Belanda: [koːi̯kərhɔɲcə]
Rujukan
sunting- ^ a b c d e f Reisen, Jan (9 Februari 2024). "Nederlandse Kooikerhondje Facts You May Not Know" [Fakta Kooikerhondje Belanda yang Mungkin Tidak Anda Ketahui] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 4 Disember 2024.
- ^ a b "Standard of the Nederlandse Kooikerhondje" [Piawaian Kooikerhondje Belanda] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 10 Mac 2024.
- ^ "FCI-Standard N° 314 NEDERLANDSE KOOIKERHONDJE" [Piawaian FCI No. 314 Kooikerhondje Belanda] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Erhart, Lydia K. M. Disemak oleh Renée Sporre-Willes. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 19 Januari 2011. Dicapai pada 10 Mac 2024.CS1 maint: others (link)
- ^ "Nederlandse Kooikerhondje" [Kooikerhondje Belanda] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 4 Disember 2024.
- ^ Opmeer, Yvet; Grinwis, Guy C. M.; Shelton, Gloria Diane; Rosati, Marco; Alf, Vanessa; Fieten, Hille; Leegwater, Peter A. J.; Matiasek, Kaspar; Mandigers, Paul J. J. (29 April 2023). Castagnaro, Massimo (penyunting). "An Inflammatory Myopathy in the Dutch Kooiker Dog" [Miopati Keradangan pada Kooikerhondje Belanda]. Animals (dalam bahasa Inggeris). MDPI. 13 (9): 1508. doi:10.3390/ani13091508. hdl:1874/428453. ISSN 2076-2615. PMC 10177195 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 37174546 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 258451664 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Slappendel, Robbert J.; Beijer, Eef G. M.; van Leeuwen, Martin Willem (1998). "Type III von Willebrand's disease in Dutch kooiker dogs" [Penyakit von Willebrand Jenis III pada kooikerhondje Belanda]. Veterinary Quarterly (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. 20 (3): 93–97. doi:10.1080/01652176.1998.9694847. ISSN 1875-5941. PMID 9684296. S2CID 42401882.
- ^ Mandigers, Paul J. J.; van Nes, Jan J.; Knol, Bart W.; Ubbink, Geert J.; Gruys, Erik (Januari 1993). "Hereditary necrotising myelopathy in Kooiker dogs" [Mielopati menekrosis keturunan pada kooikerhondje]. Research in Veterinary Science (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 54 (1): 118–123. doi:10.1016/0034-5288(93)90020-G. ISSN 1532-2661. PMID 8434139. S2CID 28906960.
- ^ Schulze, Christoph; Meyer, Hein P.; Blok, A. L.; Schipper, K.; van den Ingh, Ted S. G. A. M. (1998). "Renal dysplasia in three young adult dutch kooiker dogs" [Displasia ginjal pada tiga ekor kooikerhondje Belanda dewasa muda]. Veterinary Quarterly (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. 20 (4): 146–148. doi:10.1080/01652176.1998.9694861. ISSN 1875-5941. PMID 9810631. S2CID 23470836.
- ^ a b Wangdee, Chalika; Leegwater, Peter A. J.; Heuven, Henri C. M.; van Steenbeek, Frank G.; Meutstege, Frederik Jan; Meij, Björn P.; Hazewinkel, Herman A. W. (28 Mei 2014). "Prevalence and genetics of patellar luxation in Kooiker dogs" [Prevalens dan genetik bagi kehelan tempurung lutut pada kooikerhondje]. The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 201 (3): 333–337. doi:10.1016/j.tvjl.2014.05.036. hdl:1874/309173. ISSN 1532-2971. PMID 24986317. S2CID 1513104.
- ^ Mandigers, Paul J. J.; van Nes, Jan J.; Knol, Bart W.; Ubbink, Geert J.; Gruys, Erik (Mac 1993). "Hereditary Kooiker dog ataxia" [Ataksia keturunan kooikerhondje]. Tijdschrift voor Diergeneeskunde (dalam bahasa Inggeris). Beijers. 118 (Suppl 1): 65S. ISSN 0040-7453. PMID 8480326. S2CID 7051888.
- ^ "Vereniging Het Nederlandse Kooikerhondje" [Persatuan Kooikerhondje Belanda] (dalam bahasa Belanda). Persatuan Kooikerhondje Belanda. Dicapai pada 4 Disember 2024.
- ^ "Kooikerhondje moves to utility" [Kooikerhondje berpindah ke dalam kumpulan utiliti] (dalam bahasa Inggeris). Dog World. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2013. Dicapai pada 10 Mac 2024.
- ^ Peltz, Jennifer (10 Januari 2018). "Dog meet dog: American Kennel Club adds 2 breeds to roster" [Anjing bertemu anjing: American Kennel Club tambah 2 baka ke dalam daftar] (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. Dicapai pada 4 Disember 2024.
- ^ Peltz, Jennifer (1 November 2024). "Meet Decoy Ohtani, perhaps the most valuable pet of the World Series" [Kenali Decoy Ohtani, mungkin haiwan paling paling berharga dalam World Series] (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. Dicapai pada 4 Disember 2024.
Pautan luar
sunting- Media berkenaan Kooikerhondje di Wikimedia Commons