Kontena penebat (Insulated shipping container) ialah sejenis kontena yang digunakan untuk mengangkut produk-produk yang sensitif kepada perubahan suhu seperti makanan, farmaseutikal dan bahan kimia. Seperti kontena pendingin, kontena ini juga digunakan untuk mengekalkan kesegaran barangan.

Kontena penebat digunakan dalam jaringan hantaran barangan beku yang mengawal dan merekod suhu produk sepanjang kitaran pengedaran. Kontena ini digunakan bersama bahan penyejuk seperti[1]:

  • Kiub ais
  • Ais kering
  • Pek gel (diformulasikan untuk julat suhu khusus)

Log data suhu akan dilampirkan pada badan kontena untuk mengawal suhu di dalam kontena sepanjang penghantaran.

Lihat juga

sunting
  1. ^ Matsunaga, K (2007). "Two methods for calculating the amount of refrigerant required for cyclic temperature testing of insulated packages". Packaging Technology and Science. 20 (2): 113–123. DOI: 10.1002/pts.747. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Pautan luar

sunting
  • "Cold Chain Management", 2003, 2006, [1] Diarkibkan 2007-11-09 di Wayback Machine
  • Brody, A. L., and Marsh, K, S., "Encyclopedia of Packaging Technology", John Wiley & Sons, 1997, ISBN 0-471-06397-5
  • Lockhart, H., and Paine, F.A., "Packaging of Pharmaceuticals and Healthcare Products", 2006, Blackie, ISBN 0751401676