Konstabel Mamat
Konstabel Mamat merupakan sebuah filem Melayu genre aksi dan komedi yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1992. Filem Konstabel Mamat diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Konstabel Mamat | |
---|---|
Pengarah | Z. Lokman |
Penulis | Z. Lokman |
Dibintangi | Salih Yaacob Ziela Jalil Kuza Muzani Latif Ibrahim |
Tarikh tayangan | 1992 |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Filem Konstabel Mamat mula ditayangkan pada 1992 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Salih Yaacob, Ziela Jalil dan ramai lagi.
Pengarah
suntingFilem Konstabel Mamat diarah oleh pengarah Z. Lokman pada 1992.
Ringkasan
suntingMamat (Salih Yaacob) digantung tugas tiga bulan daripada jawatan konstabel polis kerana lalai dalam tugasan menangkap ketua gengster Mail Musang a.k.a Ismail Musa a.k.a. Sangam (disebabkan beliau menyukai filem Bollywood) yang menjadi bapa ayam sindiket pelacuran di Kuala Lumpur. Walaupun begitu Mamat seorang yang terkenal kerana kehebatannya membanteras jenayah, dan masih rajin menangkap pencuri walaupun digantung tugas. Dia seorang yang lucu dan hebat dalam seni mempertahankan diri.
Mamat jatuh cinta dengan kekasih gelap Mail Musang, dan ini dihidu olehnya. Mail memaksa kekasihnya untuk membunuh Konstabel Mamat, tetapi disebabkan perasaan cinta dia tidak sanggup untuk membunuh Mamat. Akhirnya Mamat berjaya menangkap Mail Musang dan kembali bertugas sebagai polis.
Pelakon
sunting- Salih Yaacob sebagai Mamat
- Ziela Jalil sebagai Mimi
- Kuza Muzani sebagai Hasnah
- Latif Ibrahim sebagai Mail Musang
- Hamid Gurkha
- Rosnah Mat Aris
- Sidi Oraza sebagai Karim Janggut
- Zain Yahya
- Ghazali Sumantri sebagai Mat Mentol
- Z. Lokman sebagai Mamak
- Norseha
- Tarzan Malaysia sebagai Tarzan
- Laila Nasir
Lihat juga
suntingPautan luar
sunting- Konstabel Mamat[pautan mati kekal] di Sinema Malaysia
- Konstabel Mamat di Filem Kita
- Konstabel Mamat[pautan mati kekal] di letsupload