Konsert Ikhlas 1992

Konsert Ikhlas 1992, juga dikenali sebagai Konsert Ikhlas Tapi Jauh atau Konsert Ikhlas Sanyo '92 ialah konsert yang dianjurkan oleh Roslan Aziz Productions (RAP). Berlangsung pada 25 Disember 1992 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, konsert ini menghimpunkan 6 artis RAP — Zainal Abidin, Zubir Ali, Sheila Majid, Afdlin Shauki, Azman Warren dan Amir Yussof. Ia menjadi kejayaan komersial apabila menjadi konsert terbesar pernah dianjurkan di Malaysia dengan kehadiran lebih 45,000 penonton.[2][3]

Konsert Ikhlas 1992
Konsert oleh artis R.A.P.
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
TempatStadium Merdeka
Album berkaitanIkhlas
Tarikh25 Disember 1992
Tempoh masa2 jam
Jumlah persembahan1
PenerbitRoslan Aziz[1]
Kehadiran45,000
BelanjawanRM1.2 juta

Latar belakang

sunting

Berikutan sambutan terhadap album kompilasi Ikhlas, Roslan Aziz Productions pada November 1992 mengumumkan akan menganjurkan Konsert Ikhlas yang dijadual akan berlangsung pada 25 Disember 1992.[4][5] Menjelang konsert, artis RAP yang terdiri daripada Sheila Majid, Zainal Abidin, Amir Yussof, Azman Warren, Zubir Ali dan Afdlin Shauki,[6] mengadakan sesi beramah mesra bersama peminat di Bukit Bintang Plaza pada 14 Disember 1992.[7] Kos penganjuran konsert ini menelan belanjawan sebanyak RM1.2 juta, sekaligus mencipta sejarah apabila menjadi konsert berbayar paling termahal di Malaysia.[8] Konsert Ikhlas berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 25 Disember 1992,[9][10] bersempena sambutan Hari Krismas.[11][12] Ia mencatat sejarah dalam industri muzik tanahair apabila ia menjadi persembahan penghibur tempatan yang paling ramai ditonton, melebihi 40,000 orang yang membayar tiket RM15 seorang.[13][14][15]

Dalam media

sunting

Sebuah album konsert secara langsung, Ikhlas Live, dikeluarkan pada 1994, mengandungi lagu-lagu dari konsert Ikhlas.[16][17]

Artis yang terlibat

sunting

Senarai lagu

sunting
Senarai lagu
  1. "Interfugue"
  2. "Ikhlas Tapi Jauh"
  3. "Pagi"
  4. "Juliet"/"Mercy" (medley)
  5. "Sleep Before I Die"
  6. "Island"
  7. "Harga Diri"
  8. "Debu Liar"/"Bahagia" (medley)
  9. "Mana Dia"
  10. "Wanita"
  11. "Don't Say Goodbye"


Tenaga kerja

sunting

Diperoleh dari sidang media konsert dan catatan media album Ikhlas Live.[18][19]

  • Roslan Aziz - penerbit
  • Zainal Abidin - penerbit persembahan
  • Bodeng - penerbit eksekutif
  • Weng Sulaiman - penerbit eksekutif
  • Kamarudin Meranun - penerbit eksekutif
  • Mac Chew - pengarah muzik
  • Zahid Ahmad - pengarah muzik
  • Jenny Chin - pengarah muzik
  • Norman Abdul Rahman - pengarah muzik
  • Phaiz Mustapha - penyelaras penerbitan
  • Man Bai - krew teknikal
  • Ayob - krew teknikal
  • Flo Tsuchida - jurutera house
  • Akira Yamauchi - jurutera pemantauan
  • Takao Sudo - penasihat pencahayaan
  • Alvin Soo - operator dan rekaan pencahayaan
  • Osamu Oyama - backline
  • Shimada Fubito - backline

Tarikh konsert

sunting
Tarikh Negara Bandar Lokasi Masa Kehadiran Jualan tiket
25 Disember 1992 Malaysia Kuala Lumpur Stadium Negara 8:30 mlm (WPM) 45,000 Habis dijual

Rujukan

sunting
  1. ^ Rosidi Daud (17 Disember 1992). "Another legend in the making" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 6 Oktober 2020.
  2. ^ "Konsert Ikhlas 6 artis". Berita Harian. 11 Disember 1992. Dicapai pada 6 Oktober 2020.
  3. ^ Rosidi Daud (26 Disember 1992). "Concert extravaganza for local music fans" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 6 Oktober 2020.
  4. ^ "Colourful blend of talents for Ikhlas concert" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 19 Disember 1992. Dicapai pada 6 Oktober 2020.
  5. ^ "Konsert Ikhlas Tapi Jauh di Stadium Negara". Berita Minggu. 8 November 1992. Dicapai pada 6 Oktober 2020.
  6. ^ Nur Hajar Mohamed (11 Disember 1992). "RAP stars in Ikhlas show" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 6 Oktober 2020.
  7. ^ "6 artis adakan dialog Jumaat". Berita Harian. 14 Disember 1992. Dicapai pada 6 Oktober 2020.
  8. ^ "Konsert Ikhlas menelan belanja RM1.2 juta". Berita Harian. 16 Disember 1992. Dicapai pada 6 Oktober 2020.
  9. ^ Fatimah Abu Bakar (29 Disember 1992). "In the swing of the Ikhlas concert" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 6 Oktober 2020.
  10. ^ "Make a date with RAP artistes" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 12 November 1992. Dicapai pada 6 Oktober 2020.
  11. ^ Suraya Al-Attas (12 November 1992). "An Xmas with the RAP stars" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 6 Oktober 2020.
  12. ^ Suraya Al-Attas (18 Disember 1992). "RAP gang's giant Christmas party" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 6 Oktober 2020.
  13. ^ Zainuri Misfar (28 Disember 1992). "Konsert Ikhlas catat sejarah". Berita Harian. Dicapai pada 6 Oktober 2020.
  14. ^ Zainuri Misfar (24 Mac 1993). "40,00 saksi Konsert Ikhlas di Stadium Negara". Berita Harian. Dicapai pada 6 Oktober 2020.
  15. ^ Seri Intan Othman (30 Disember 1992). "Konsert Ikhlas balik modal". Berita Harian. Dicapai pada 6 Oktober 2020.
  16. ^ "Peminat boleh miliki album konsert Ikhlas". Berita Harian. 9 April 1994. Dicapai pada 6 Oktober 2020.
  17. ^ Nur Hajar Mohamed (5 April 1994). "Ikhlas 'live'" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 6 Oktober 2020.
  18. ^ Roslan Aziz Productions (1992). Konsert Ikhlas 1992. (Sidang media). Roslan Aziz Productions.
  19. ^ Ikhlas Live (Catatan media). Artis R.A.P. Roslan Aziz Productions, Warner Music Malaysia. 1994. 4509 95672-2.CS1 maint: others (link)