Kongres Kebudayaan Melayu Kedua
Kongres Kebudayaan Melayu II (KKM II) adalah satu kongres kebudayaan Melayu kali kedua yang dihadiri oleh pelbagai pertubuhan kebudayaan Melayu yang diadakan pada 16-17 Mac 2009 di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur. Ia adalah kesinambungan dari KKM I yang bersidang di Melaka pada tahun 1957 dan juga Kongres Kebudayaan Kebangsaan (KKK) yang bersidang di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1970.
Kongres ini dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).[1]
Resolusi
suntingDi akhir kongres, mereka telah merumuskan resolusi-resolusi pada tajuk-tajuk berikut:
- KEBUDAYAAN NASIONAL:
- KENEGARAAN DAN PERLEMBAGAAN:
- SISTEM POLITIK:
- SISTEM EKONOMI:
- PENDIDIKAN:
- BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KESENIAN:
- MEDIA:
- ISLAM:
- PERPADUAN BANGSA:
- GLOBALISASI:
Rujukan
sunting- ^ Kongres Melayu mahu PPSMI dibatalkan Malaysiakini