Komsas

Komsas ialah kata akronim bagi 'Komponen sastera'. Komsas merupakan komponen dalam subjek bahasa Melayu

Komsas ialah kata akronim bagi 'Komponen Sastera'. Komsas merupakan komponen dalam subjek bahasa Melayu yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum di Mac 2000[1], Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di semua sekolah menengah.

Dalam subjek bahasa Melayu, setiap tingkatan diberi 2 buah buku iaitu sebuah novel dan sebuah antologi. Apabila sampai ke Tingkatan 3, mereka sudah membawa 6 buah buku.

Novel yang dipilih terdiri daripada pelbagai genre yang dihasilkan oleh novelis Malaysia dan tidak semestinya Sasterawan Negara. Karya-karya Sasterawan Negara dianggap berat, panjang dan hanya sesuai untuk bacaan umum, bukan untuk tahap pemikiran pelajar Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) (dahulunya Penilaian Menengan Rendah (PMR) sebelum 2014) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kupasan novel termasuk dalam Bahagian B Kertas Bahasa Melayu PMR dan membawa markah 10% sahaja.

'Antologi' pula merupakan kumpulan pelbagai genre seperti puisi moden, puisi klasik, cerpen, sedutan teks klasik dan drama.

Tujuan

sunting

Komsas dilihat sebagai alternatif kepada subjek Sastera di tingkatan 4 dan 5 sebelum ini. Tidak ramai pelajar yang mengambil subjek Kesusasteraan terutama sekali pelajar aliran sains. Sedangkan membaca bahan sastera dapat membina kecekapan berbahasa dan membina kualiti minda dan keinsanan.

Pengedaran

sunting

Buku Komsas diberi percuma melalui Skim Pinjaman Buku Teks kepada mereka yang layak sahaja. Dalam subjek bahasa Inggeris juga terdapat buku Komsas. Mulai tahun 2008, semua pelajar diberi buku teks percuma ini tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

Setiap novel dan antologi yang terpilih biasanya akan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), namun ia diterbit oleh penerbit-penerbit lain juga. DBP juga menerbitkan semua buku teks bahasa Melayu di sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia. Penerbit lain diberi peluang menerbitkan buku-buku teks bagi subjek yang lain.

Penulis akan diberi royalti sekiranya novel mereka terpilih. Jutaan naskah diterbitkan setiap tahun. Di sinilah bantahan dari pelbagai penulis bermula. Apalah hebatnya menjadi Sasterawan Negara jika novel mereka tidak terpilih sebagai buku teks Komsas, lebih baik sekadar penulis muda biasa-biasa sahaja.[2]

Zon-zon

sunting

Panel penilai dari Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan membahagikan buku-buku Komsas ini kepada beberapa zon. Setiap zon dibekalkan dengan beberapa buku komsas yang berlainan.

Buku komsas untuk peringkat PT3 dan dahulunya PMR ialah :

Novel Tahap PMR (lama):

Antologi Tahap PMR (lama):

Novel Tahap PMR (baru):

sunting

Antologi Tahap PMR (baru):

sunting

Tahap PT3 :

sunting

Novel -

Tingkatan 1[3]

Tingkatan 2[3]

Tingkatan 3[3]

Antologi

Tingkatan 1

Tingkatan 2

Tingkatan 3

Peringkat SPM (lama):

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Komsas Materials in Teaching and Learning the Malay Language among Secondary School Students". www.researchgate.net. December 2020.
  2. ^ Komsas versus Sasterawan Salbiah Ani Berita Harian 29 Januari 2008
  3. ^ a b c "Senarai Nota KOMSAS dan Novel Tingkatan 1 hingga 5 - Karangan Net" (dalam bahasa Inggeris). 2021-10-02. Dicapai pada 2024-06-13.

Pautan luar

sunting