Kompos ialah bahan organik yang telah terurai dan dikitar semula sebagai baja dan pinda tanah. Kompos adalah bahan utama dalam pertanian organik. Asasnya, pengkomposan memerlukan hanya timbunan buangan di kawasan luar dan menunggu bahan-bahan tersebut terurai dari enam minggu atau lebih. Kaedah pengomposan moden menggunakan beberapa langkah proses, dipantau dengan teliti dengan kemasukan air, udara, dan bahan yang kaya dengan karbon dan nitrogen.

Kompos yang telah siap.

Proses pengkomposan dibantu dengan bahan tumbuhan disiat, menambah air dan memastikan pengudaraan yang sempurna dengan menggembur campuran secara berkala. Cacing dan kulat menguraikan bahan dengan lebih lanjut. Bakteria aerobik menjalankan proses kimia dengan menukar input kepada haba, karbon dioksida, dan amonium. Amonium kemudian diubah lebih lanjut oleh bakteria sebagai zat tumbuhan, nitrite dan nitrate melalui proses nitrifikasi.

Kompos kaya dengan nutrien. Ia digunakan di kebun, taman, hortikultur, dan pertanian. Kompos itu sendiri baik bagi tanah dalam pelbagai cara, termasuk sebagai pindah tanah, baja, tambahan humus atau asid humik, dan sebagai racun serangga semula jadi bagi tanah.

Dalam ekosistem semulajadi, kompos berguna dalam pengawalan hakisan, tebus guna tanah dan anak sungai, pembinaan tanah paya, dan sebagai penutup tebus tanah. Kandungan organik bertujuan bagi pengkomposan juga boleh digunakan bagi menghasilkan gasbio melalui pengcernaan anaerobik. Pencernaan anaerobik kini pantas menggantikan pengkomposan di sesetengah tempat di dunia termasuk Eropah Tengah sebagai cara kurang kitar bahan buangan organik.

Sejarah

sunting
 
Tong kompos moden yang diperbuat daripada plastik

Pengkomposan diakui bermula sejak awal Empayar Rom iaitu bermula daripada Pliny yang Tua (AD 23-79). Secara tradisional, pengkomposan adalah dengan menimbun bahan organik sehingga musim penanaman berikutnya. Ketika itu bahan-bahan kompos cukup terurai untuk sedia digunakan pada tanah. Kelebihan kaedah ini adalah kurang masa atau tiada masa atau usaha diperlukan bagi pengkomposan. Ia sesuai dengan amalan pertanian di kawasan iklim sederhana. Kekurangannya pula (dari pandangan moden) adalah ruang tersebut terpaksa digunakan selama setahun menyebabkan sesetengah zat mungkin larut lesap akibat terdedah kepada hujan. Kehadiran organisma dan serangga penyebab penyakit mungkin tidak dapat dikawal dengan mencukupi.

Rujukan

sunting

Bacaan lanjut

sunting
  • Roger Tim Haug. 1993. Practical Handbook of Compost Engineering [Hardcover]. Lewis Publishers.
  • Insam, H; Riddech, N; Klammer, S (Eds.): Microbiology of Composting,Springer Verlag, Berlin New York 2002, ISBN 978-3-540-67568-6
  • Hogg, D., J. Barth, E. Favoino, M. Centemero, V. Caimi, F. Amlinger, W. Devliegher, W. Brinton., S. Antler. 2002. Comparison of compost standards within the EU, North America, and Australasia. Waste and Resources Action Programme Committee (UK)

Pautan luar

sunting
Organisasi