Kompleks Sungai Buloh

Kompleks Sungai Buloh ialah pusat beli-belah yang terdapat di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, Malaysia. Dibuka pada tahun 1997. Pada ketika itu pusat beli-belah ini terkenal dengan Pasaraya Hiong Kong yang menjual barangan murah sehinggakan pengunjungnya datang dari Kuala Lumpur. Tetapi sekarang ini pungunjungnya tetap ramai dengan penyewa pasar raya baru iaitu The Store yang dibuka pada tahun 2006. The Store menduduki 43 peratus daripada jumlah keluasan yang boleh disewa, yang mempunyai kadar pendudukan kira-kira 95 peratus.

Anak syarikat milik penuh The Store Corp Bhd, The Store (Malaysia) Sdn Bhd The Store, merancang mengambil alih hartanah di Shah Alam membabitkan sejumlah RM68.5 juta. Pada 14 September 2012, The Store (Malaysia) Sdn Bhd berjaya mengambil alih Kompleks Sungai Buloh.

Pautan luar

sunting