Kompleks Nasyrul Quran
Kompleks Nasyrul Quran (Jawi: کومڤليکس نشر القرآن) ialah sebuah pusat percetakan al-Quran yang beroperasi di Malaysia. Ia merupakan pusat percetakan al-Quran yang kedua terbesar[1] di dunia selepas Pusat Percetakan al-Quran al-Malik Fahd.[2] Kompleks ini terletak di Presint 14, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kompleks ini menyasarkan percetakan sejuta naskhah al-Quran setahun dan 30 peratus daripadanya akan diwakafkan di negara-negara Islam yang kurang berkemampuan dan negara yang mempunyai penduduk minoriti Islam.
Maklumat am | |
---|---|
Ditubuhkan | 2017 |
Jenis | Pusat Percetakan Al-Quran |
Maklumat pentadbiran | |
Pemilik | Yayasan Restu |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Lokasi | Presint 14, Putrajaya |
Maklumat pelawat | |
Laman sesawang | |
sunting |
Jumlah kos pembinaan kompleks ini adalah sebanyak RM60 juta[3] untuk tujuan bangunan dan pembelian mesin cetak. Bangunan ini dibantu oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia[4] dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Kompleks ini mula beroperasi pada 13 Jun 2017 dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.[1]
Lihat juga
suntingPautan luar
suntingRujukan
sunting- ^ a b Muhammad, Anne (13 Jun 2017). "Pusat cetakan al-Quran Malaysia mula beroperasi". Malaysiakini. Dicapai pada 2020-02-22.
- ^ Hafiz Ithnin (19 Jun 2019). "Mushaf sentuhan Malaysia". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-08. Dicapai pada 9 Mac 2020.
- ^ "Keputusan, tindakan kerajaan berlandaskan al-Quran - Najib". Berita Harian. 10 Julai 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-22. Dicapai pada 2020-02-22.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
- ^ Suhaila Shahrul Annuar; Noor Atiqah Sulaiman (28 Februari 2019). "Kompleks Nasyrul Quran terima peruntukan RM5 juta". BH Online. Foto oleh Bernama. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-08. Dicapai pada 9 Mac 2020.