Kuhara Point

(Dilencongkan daripada Kompleks Eastern Plaza)

Kuhara Point ialah sebuah projek pembangunan besar di Tawau, Sabah yang telah dibangunkan oleh Sabah Urban Development Corporation. Projek ini terdiri daripada sebuah pangsapuri bernama Kuhara Court hotel yang dinamakan Hotel Promenade dan sebuah pusat membeli-belah dengan nama Eastern Plaza.

Kuhara Point dipandang dari jalan raya.

Hotel Promenade ialah sebuah hotel 4 bintang dengan 8 tingkat dengan 171 bilik biasa, tujuh bilik superior dan dua suite eksekutif. Hotel ini merupakan hotel 4 bintang yang pertama dan terbesar di Tawau serta mempunyai dewan bankuet terbesar di daerah tersebut dengan keluasan 23,138 kaki persegi.[1]

Eastern Plaza pula merupakan pusat membeli-belah yang pertama di Tawau. Pembinaannya dimulakan pada tahun 2005 dan lokasinya terletak di kawasan pembangunan Kuhara Point di Kuhara.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting