Kolej Matrikulasi Perak

Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) ialah Kolej Matrikulasi yang ke-6 yang telah ditubuhkan di Perak.[1] Kolej Matrikulasi Perak terletak di Gopeng, Perak. Jaraknya dengan Bandaraya Ipoh ialah sejauh 20 km dan 4 km dari pekan Gopeng. KMPk telah beroperasi pada 1 Mac 2002 dan kakitangan Kolej mula bertugas pada tarikh tersebut dengan ambilan 123 orang pensyarah, 4 ketua jabatan dan 3 orang penolong pengarah. Bilangan ambilan Mac 2002 ialah seramai 722 orang.

Kolej Matrikulasi Perak
كوليج ماتريكولسي ڤراق
JenisKolej Matrikulasi
Ditubuhkan pada1 Mac 2002
PengarahEncik Shashim Shah bin Harun
PelajarSehingga 2018, anggaran 2000 orang pelajar
Lokasi,
Laman sesawangwww.kmpk.matrik.edu.my

Menjadi Kolej Matrikulasi Terunggul


  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, persekitaran yang kondusif dan dilengkapi prasarana yang moden
  • Memperkembangkan potensi pelajar dalam aspek pembangunan modal intelek dan modal sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Meningkatkan kualiti sumber manusia ke tahap cemerlang

Rujukan

sunting
  1. ^ "Kolej Matrikulasi di Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-08. Dicapai pada 2018-08-12.

Pautan luar

sunting