Kodiang
Kodiang ( Jawi: كؤديڠ ) merupakan sebuah pekan kecil di dalam daerah Kubang Pasu di negeri Kedah. Ia bersempadan dengan negeri Perlis iaitu Kampung Kubang Beruang di Kodiang dan Kampung Sena di Arau, Perlis. Sebahagian besar penduduknya merupakan petani. Bandar terdekat ialah bandar diraja Arau, Perlis jaraknya kira-kira 5 km.
Sejarah
suntingSebutan mengikut dialek tempatan: [kok deng]. Perkataan Kok deng adalah asal dari loghat bahasa Siam yang bermaksud 'bukit merah'. Asal Kodiang ialah di Kampung Kodiang Lama terletak 1 km dari Simpang Empat Pekan Kodiang melalui jalan ke Jitra. Di Kodiang Lama inilah sebuah kampung yang berdekatan dengan Bukit Keplu dan Gua Kerbau, di sinilah yang dimaksudkan dengan bukit merah, di mana ketika musim kemarau, dapat dilihat bukit ini akan bertukar warna menjadi ke'merah'an kerana daun pokok yang terdapat di bukit bertukar menjadi merah dan kering.Bukit Keplu juga diambil dari Bahasa Siam, yang membawa maksud Bukit Sireh (Kok Plu).
Bukit Keplu ialah sejenis bukit batu kapur yang dikelilingi kawasan sawah padi. Di bukit ini terdapat beberapa buah gua yang mempunyai cerita menarik dan sejarahnya tersendiri. Antara gua-gua tersebut terdapat lukisan-lukisan (tulisan) purba yang masih kelihatan sehingga hari ini. Gua-gua yang biasa dikunjungi ialah Gua Kerbau, Gua Gong, Gua Ikan, Gua Gelap, Gua Pasir, Gua Pelamin dan Gua Kelawar.
Di tahun 50an hingga tahun 80an baja untuk kegunaan di sawah padi utara Kedah dan Perlis diambil dari Bukit Keplu sejenis baja semulajadi dari tahi kelawar. Penduduk Kodiang ketika itu ramai yang pernah bekerja untuk mengangkut baja dari bukit ke jalan besar untuk di jual di daerah lain. Awal 90an baja tahi kelawar kurang digunakan di sawah padi kerana wujudnya bantuan baja urea dari pihak kerajaan yang mengambil berat hasil padi di Malaysia. Disekitar Bukit Keplu juga subur tanaman pokok limau bali (pomelo) jenis merah dan putih. Limau bali Kubang Pasu lebih digemari ramai berbanding limau Tambun Ipoh.
Masyarakat di sini kebanyakannya tergolong dari bangsa Melayu Islam. Masyarakat Melayu Kodiang menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber ekonomi mereka. Kebanyakan daripada mereka adalah pesawah padi dan penoreh getah. Kedai perniagaan dan Lorong Belakang Masjid didiami bangsa Hokkien dan Etnik Cina yang lain. Tidak terdapat penduduk asal dan lama yang menetap disini dari bangsa lain iaitu Siam atau India. Bangsa India hanya sebagai pekerja JKR atau Klinik Kesihatan. Bangsa Siam kebanyakan menetap di Padang Sera kerana di sana terdapat Watt Siam yang besar selain dari di Jejawi Perlis dan Watt yang kecil di Jalan Changloon dan Padang Sera.
Pekan Kodiang di masa era 70-an dan 80-an terkenal dengan pasembor. Terdapat 3 penjual pasembor utama iaitu Kedai Mamak Hussain (berpindah ke perkarangan masjid jamek kodiang dan sekarang diwarisi oleh menantu arwah Hussain), Gerai Abd Majid di simpang ke Sanglang (berpindah ke bangunan sebelah RMTEAM) dan Kedai Ghani di Medan Mara Stesen bas (Sudah berpindah di kg kubang beruang).
Manakala kedai buku utama di Pekan Kodiang ini ialah Toko Buku Othman, dahulu di kaki lima inilah terdapat penjaja roda tiga menjual apom balik, air minuman sejuk dan air tebu yang diusahakan oleh Wan Mahmud dan anaknya Wan Md Zamri. Terdapat juga gerai Bihun Sup Halim Beca yang terkenal dengan bihun yang bewarna kuning. Pengusaha air tebu yang dikenali di Pekan Kodiang ialah Hassan Air Tebu atau lebih dikenali dengan panggilan Che Chan
Zaman moden
suntingPada ketika ini kerja-kerja pelebaran jalan sedang dijalankan daripada 2 lorong kepada 4 lorong.Lebuhraya Alor Setar ke Kangar melalui Anak Bukit, Kepala Batas {Lapangan Terbang(AOR/WMKA)} , Jitra , Tunjang , Padang Sera, Kodiang , Arau , Jejawi dan Kangar. Kerja-kerja fasa terakhir ialah dari Tunjang,Kedah ke Arau,Perlis sudah hampir siap sepenuhnya hanya sedikit pengubahsuaian akan dilakukan pada pusingan U.Terdapat kedai-kedai dan warung di pekan Kodiang telah dirobohkan untuk memberi ruang pada kerja-kerja pelebaran jalan.
Antara kedai yang telah berubah ialah deretan kedai Toko buku Othman (berpindah di sebelah kedai baiki basikal jalan arau) dan kedai makan Adnan, kedai makan Mydin(sekarang berniaga di perkarangan masjid jamek kodiang dengan menggunakan kenderaan tut-tut) termasuk juga telah dirobohkan dan lain-lain kedai berubah tempat ke stesyen bas iaitu jalan ke Changloon. Bank Maybank dan Tabung Haji sekarang ini berhampiran dengan bahu jalanraya, ruang letak kereta telah digunakan untuk kerja-kerja pelebaran jalan ini.
Kerja-Kerja pelebaran jalan bagi Pekan Kodiang dan sekitarnya telah siap sepenuhnya. Perhentian Bas Kodiang telah ditingkatkan pasarananya dengan pembinaan kedai dua tingkat di kawasan perhentian bas amat bersesuaian dengan perubahan pekan-pekan atau bandar sekitarnya seperti Bandar Jitra,Changloon dan Arau. Dahulunya bandar Changloon hanya setaraf seperti Kodiang tetapi bandar Changloon telah pesat membangun pasarananya menyamai Bandar Jitra. Pekan Kodiang lebih baik pasarana berbanding dengan pekan Padang Sera , Tunjang dan Sanglang di Daerah Kubang Pasu ini.
Kedai makan yang terdapat kebanyakkan menjual roti canai dan nasi kandar sebagai sarapan adapun waktu tengahari serta petang terdapat makanan santai yang dikenali disini iaitu passembor Kodiang . Passembor yang paling sedap ialah digerai yang terdapat didalam perkarangan pakir Masjid Jamek pekan Kodiang iaitu Gerai BB D'Kua. Persekitaran gerainya bersih, selain dari Pasembor, laksa dan mee rebus juga ada di sini. Harganya yang murah dan sedap. Menurut Kak BB, beliau telah mula berniaga lebih dari 16 tahun yang lalu bermula di gerai depan Maybank dan Tabung Haji.
Jika anda melalui pekan Kodiang cubalah Passembor ini.
Terdapat Kolej Komuniti baru diwujudkan di Kodiang di Dataran Bukit Keplu. Sebuah Kolej Universiti (Teknologi dan Pertanian) akan dibina di dataran Bukit Keplu dan Gua Kerbau dan masih diperingkat cadangan. Juga diperingkat cadangan sebuah Kilang pengeluaran tayar kenderaan dari hasil pertanian getah sekitar daerah Kubang Pasu.
Kemudahan
sunting- Stesen bas/teksi tempatan
- Pejabat Tabung Haji
- Bank Pertanian(Agrobank)
- Maybank
- Pasar raya RMT
- Pasar
- Pekan Sehari (Sabtu) dan Pasar Malam (Selasa).
- Balai Polis Pekan Kodiang
- Balai Bomba Sukarela Pekan Kodiang
- Kedai dobi RBS UTARA ENT.di pekan padang sera
- stokis jenama RORINE,OLI COLLECTION,SYARIKAT MENANG DLL
- Kedai Runcit Hj. Darus - Santan Segar Kodiang(Depan Masjid Jamek Pekan Kodiang)
- Kedai Runcit Asri - jalan Changloon (baru Ditubuhkan)
- Kedai sukan nombor (Magnum)
- Nasi Ayam Kak Ida - Belakang kedai pak abu
- Pasar Raya Terbesar di Utara bakal di bina di Kokdiang
Pengangkutan
sunting- Bas HBR ke Bandar Kangar Perlis dan Jitra/Alor Setar
- Bas Transnasional(MARA) ke Sanglang/Alor Setar
- Kereta Sewa ke mana sahaja terutama Changloon dan Bukit Kayu Hitam.
- Bas Ekpress ke Kuala Lumpur dan laluannya dari Kangar.
- Stesen Keretapi di Arau. Keretapi Tanah Melayu untuk laluan ke arah Kuala Lumpur dan ThaiRailway untuk laluan ke Padang Besar/Hatyai/Bangkok.
- Lapangan Terbang Sultan Abd. Halim Kepala Batas. Penerbangan ke KLIA dengan pesawat Boeing 737-800 MAS atau pesawat Airbus A320 AirAsia serta untuk ke Subang dengan pesawat FireFly ATR72-500/600(turboprop).
- Keretapi KTM Komuter laluan sektor utara PADANG BESAR-BUTTERWORTH (jika menaiki ETS perlu transit di ARAU, 6km dari Kodiang)
Masjid
sunting- Masjid Jamek Pekan Kodiang Jln Changloon
- Masjid Kg Kodiang Lama,
- Masjid Kg paya Stesen
- Masjid Kg Kandis
- Masjid Bt. 4, Jln Changloon
- Masjid Kg Paya stesen, Jln sanglang
Talian telefon
sunting- Talian tetap TM 04-925xxxx
- Maxis 012/017 (strong coverage)
- Celcom 019/013 (strong coverage)
- Digi 016 (strong coverage)
- U-Mobile 018
- Altel 01132
Pejabat pos
sunting- Pos Malaysia Bhd, Jalan Kodiang
Bank
sunting- AGRO Bank,.81E, Jalan Kodiang
- ATM Maybank, Jalan Kodiang
- Tabung Haji
Bekalan elektrik
sunting- Tenaga Nasional Bhd, Jalan Station, Kampung Changkat Logan, Kodiang
- Tenaga Nasional Bhd,Pencawang Guar Sanji, Jalan Arau Kodiang, Arau
Perkhidmatan kesihatan
sunting- Klinik Kementerian Kesihatan Klinik rawatan pesakit luar /Ibu Mengandung/Klinik gigi Jalan Guar, Pekan Kodiang
- Poliklinik Perubatan Azani, Jalan Kodiang, Pekan Bharu, Changlun.
- Klinik Dr. Hj. Othman,
- klinik Dr. Azhar & Rakan-rakan
- Farmasi ZNZ
- Farmasi KODIANG (Berpindah ke Kubang Beruang jalan arau)
Pendidikan
sunting- SMK Tunku Bendahara
- Sekolah Kebangsaan Kodiang, Pekan Kodiang
- Sekolah Kebangsaan Manggol Bongor, Kodiang
- Sekolah Kebangaan Tok Kepak, Kodiang
- Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara, Jalan Changloon
- Maktab Pengajian Islam Kedah (MPIK), Jalan Changloon
- Sekolah Menengah Agama Nadhatul Hasanah,Melele
- Sekolah Kebangsaan Siputeh, Kodiang.
- Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu.
- Sekolah Kebangsaan Dato' Syed Nahar.
Ulama atau rujukan agama
sunting- Dato' Paduka Sheikh Hj Fadzil Awang, Mufti Kerajaan Negeri Kedah sekarang
- Dato' Sheikh Badaruddin Hj Ahmad, Maktab Pengajian Islam Kedah (MPIK)(mantan MUFTI negeri kedah)
- Dato' Seri Dr Haji Wan Salim Wan Mohd Noor, Mantan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang (sekarang dilantik Penasihat MAIPP)
- Ustaz Farid Wajdi b Dato Tajuddin Al-jarumi, Sekolah Menengah Agama Nadhatul Hasanah
- Imam Haji Hassan, Imam Besar Masjid Jamek Kodiang
Kilang padi
sunting- Kilang Beras Pering (K) Sdn Bhd.
- Kilang Beras Soon Seng.
- Syarikat Padiberas Nasional Bhd
Stesen minyak
sunting- Stesen Minyak Fuadurrahman, Jalan Kodiang
- Warisan Kodiang Enterprise, Stesen Minyak Petronas, Pekan Kodiang
- Stesen Minyak Caltex Jln Arau, Pekan Kodiang
Persatuan Pertubuhan Peladang Kawasan A2, Jalan Sanglang , 06100 Kodiang
sunting- Syarikat Kerjasama Serbaguna Tunjang Bhd, Pejabat Pasar Minggu, Jalan Kodiang, Pekan Tunjang, 06000 Jitra
- Persatuan Jaringan Anak - Anak Kodiang (JARAK Official)
Pautan luar
suntingRencana TV RTM "Kenali Sempadan" Kodiang , Gua Kerbau , Kubang Pasu dan Arau , Perlis