Knesset

badan perundangan Israel

Knesset ([k.nés.sét]; Ibrani: הַכְּנֶסֶת, rumi: HaK'néset [haˈkneset] "Himpunan", Arab: الكنيست, rumi: al-Kanīsat) merupakan parlimen Israel dan terletak di Baitulmaqdis. Sebagai badan negara tertinggi, Knesset dengan demikian memiliki kawalan penuh terhadap keseluruhan Pemerintahan Israel.

Knesset meluluskan semua undang-undang, memilih presiden dan perdana menteri (walaupun yang terakhir dilantik oleh Presiden secara istiadat), menyetujui kabinet dan mengawasi pekerjaan pemerintah, antara lain. Di samping itu, Knesset memilih pengawal negara. Ianya juga memiliki kekuatan untuk mengetepikan kekebalan anggotanya, menyingkirkan presiden dan pengawas negara dari jawatannya, membubarkan pemerintah dengan suara konstruktif tanpa keyakinan, dan untuk membubarkan dirinya dan mengadakan pemilihan baru. Perdana menteri juga boleh membubarkan Knesset. Namun, sehingga pilihan raya selesai, Knesset mengekalkan kewibawaan dalam komposisi semasa. Knesset bertemu di Givat Ram, Baitulmaqdis.

Sejarah

sunting

Parlimen ini mula-mula bersidang pada 14 Februari 1949 berikutan pilihan raya tempatan yang berlangsung pada bulan sebelumnya. Ia menggantikan kedua-dua badan duluan: Majlis Negara Sementara Israel yang berfungsi sebagai badan pentadbir Israel dari pembentukan entiti negara itu pada 14 Mei 1949, dan Dewan Perwakilan Palestin Bermandat ketika kawasan Palestin diduduki pihak British.

Tempat bersidang

sunting

Bangunan yang menempatkan Knesset di mana anggota-anggotanya bersidang terletak di Givat Ram, di atas bukit barat Baitulmaqdis; sebelum tercetusnya Perang Arab-Israel pada tahun 1948,kawasan ini merupakan sebuah kawasan pendudukan Arab yang dikenali sebagai Sheikh Badr. Bangunan ini ditaja oleh James A. de Rothschild sebagai hadiah kepada Pemerintah Israel. Sebelum pembinaan tempat tetap, mesyuarat Knesset dijalankan di beberapa tempat:

  1. 14 Februari 1949: Bangunan Agensi Yahudi, Baitulmaqdis.
  2. 8 Mac 1949-14 Disember 1949: Panggung wayang Kessem di Tel Aviv. (Kini Migdal HaOpera terletak di sana).
  3. 26 Disember 1949-8 Mac 1950: Bangunan Agensi Yahudi.
  4. 13 Mac 1950: "Froumine Building", King George Street, Baitulmaqdis.
  5. 1957: James A. de Rothschild memaklumkan Perdana Menteri David Ben-Gurion bahawa beliau ingin menaja pembinaan bangunan kekal Knesset.
  6. 14 Oktober 1958: Permulaan pembinaan.
  7. 31 Ogos 1966: Pembukaan rasmi bangunan baru semasa mesyaurat ke-6.
  8. 1981: Pembinaan sayap baru, dibuka rasmi pada tahun 1992.
  9. 2005: Sayap tambahan dibina.

Komposisi terkini

sunting

Lihat juga

sunting


Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting
  • Laman web rasmi Knesset dalam bahasa-bahasa Ibranidan Inggeris
  • Kumpulan parlimen dalam Knesset
  • Pengaruh Arab Digalakkan dalam Perundangan Israel oleh Ynetnews