Kitab Tib (Jawi: كتاب طب) merupakan suatu manuskrip perubatan bahasa Melayu yang wujud pada abad ke-19. Ia dinamakan sedemikian sempena manuskrip perubatan Arab terkenal karangan Ibnu Sina iaitu Qānūn fīṭ-Ṭibb.[1]

Isi kandungan kitab ini membicarakan cara mengubati berbagai jenis penyakit yang difahamkan sezaman menggunakan bahan dari pokok dan tanaman yang dicampur dengan ramuan rempah antaranya ubat sembelit, sengugut dan meroyan. Namun, ia turut menampilkan penulisan menyentuh permasalahan bukan perubatan berkaitan "penguat syahwat" serta pemanis atau penyeri di mana ia banyak mencatatkan azimat-azimat berisi jampi serapah untuk pelbagai jenis tujuan termasuk melembutkan hati dan pengasih perempuan, memberi kekuatan dalam menghadap raja dan orang-orang kaya, menyembuh kesan dirasuk hantu seperti polong dan sebagainya.[2]

Suatu salinan manuskrip ini disimpan di Pusat Manuskrip Perpustakaan Negara Malaysia dengan nombor MSS489.[3]

Rujukan

sunting
  1. ^ Saiful Bahri Kamaruddin (27 Jun 2012). "Perubatan Tradisional Melayu Perlu Diselidik". Arkib Berita. Universiti Kebangsaan Malaysia. Dicapai pada 23 April 2021.
  2. ^ Aswandi Syahri (29 April 2018). "Kitab Tib, Manuskrip Obat dan Ilmu Tradisional Melayu". Jantung Melayu. Dicapai pada 23 April 2021.
  3. ^ Abdul Razak Abdul Karim (2002). "Kitab Tib (MSS489): Kepelbagaian Jenis Penyakit dan Bahan-Bahan Perubatan". Filologi Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia. 10.

Bacaan lanjut

sunting
  • Harun Mat Piah (2019). Kitab Tib: Ilmu Perubatan Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia. ISBN 978-9-679312826 Check |isbn= value: checksum (bantuan).

Pautan luar

sunting