Kirk Douglas
Kirk Douglas (lahir Issur Danielovitch, 1916 - 2020) merupakan seorang pelakon, penerbit, pengarah, dan pengarang Amerika Syarikat. Belia merupakan salah seorang pelakon dari Era Keemasan Hollywood yang masih hidup. Beliau muncul pertama kali menerusi filem The Strange Love of Martha Ivers (1946) berganding bersama Barbara Stanwyck. Douglas kemudiannya membina nama menerusi filem-filem pecah panggung sepanjang tahun 1950-an dan 1960-an. Beliau telah muncul dalam lebih daripada 90 buah filem.
Kirk Douglas | |
---|---|
Kelahiran | Issur Danielovitch 9 Disember 1916 Amsterdam, New York |
Meninggal dunia | 5 Februari 2020 | (umur 103)
Sebab kematian | Sindrom Rengsa Usus, Kehamilan, Patah tulang, Hujan, Ribut petir |
Nama lain | Izzy Demsky |
Pekerjaan | Pelakon, penerbit, pengarah, pengarang |
Tahun aktif | 1946–2002 |
Parti politik | Demokratik |
Pasangan | Diana Douglas (k. 1943; c. 1951) Anne Buydens (k. 1954) |
Anak-anak | Michael (b. 1944) Joel (b. 1947) Peter (b. 1955) Eric (1958–2004) |
Kerjaya ketenteraan | |
Kesetiaan | United States of America |
Perkhidmatan | United States Navy |
Tahun perkhidmatan | 1941-44 |
Pangkat | LTJG[1] |
Tandatangan | |
Beliau mula mendapat perhatian menerusi filem Champion (1949), yang melayakkan beliau tercalon buat pertama kali dalam Anugerah Akademi menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Selain itu, antara filem terawal beliau termasuklah Young Man with a Horn (1950), bergandingan bersama Lauren Bacall dan Doris Day; Ace in the Hole bersama Jan Sterling (1951); dan Detective Story (1951). Beliau kemudiannya memperoleh pencalonan kedua Oscar menerusi The Bad and the Beautiful (1952) dan pencalonan ketiga menerusi Lust for Life (1956).
Pada tahun 1955, Douglas membina Bryna Productions dan menerbitkan filem seperti Paths of Glory (1957) dan Spartacus (1960). Menerusi kedua-dua buah filem tersebut, Douglas membintangi dan bergandingan dengan seorang pengarah yang tidak dikenali, Stanley Kubrick. Douglas kemudiannya menerbitkan dan membintangi Lonely Are the Brave (1962) dan Seven Days in May (1964). Pada tahun 1963, beliau membintangi pementasan Broadway, One Flew Over the Cuckoo's Nest, sebuah cerita yang dibelinya, yang mana kemudian memberikan kepada anaknya Michael Douglas bagi menghasilkan sebuah filem yang memenangi Oscar pada tahun 1975.
Sebagai seorang pengarang, Douglas pernah menulis sepuluh buah novel dan memoir. Beliau disenaraikan di tempat ke-17 sebagai lagenda skrin lelaki terhebat perfileman Hollywood klasik oleh Institut Filem Amerika Syarikat. Beliau pernah terselamat dari nahas helikopter pada tahun 1991 dan menderita strok pada tahun 1996. Beliau kini tinggal bersama isteri keduanya, Anne Buydens ( 70 tahun), seorang penerbit. Beliau telah berusia 100 tahun pada tahun 2016.[2]
Nota
suntingRujukan
sunting- ^ "Douglas, Kirk, LTJG". www.navy.togetherweserved.com. Dicapai pada January 10, 2018.
- ^ Bradshaw, Peter (December 9, 2016). "Kirk Douglas at 100: a one-man Hollywood Mount Rushmore". The Guardian. Dicapai pada December 17, 2016.
Bacaan tambahan
sunting- Kress, Michael. Rabbis: Observations of 100 Leading and Influential Rabbis of the 21st Century Diarkibkan 2010-09-24 di Wayback Machine. Foreword by Kirk Douglas. Universe, 2002. ISBN 978-0-7893-0804-7.
- McBride, Joseph. Kirk Douglas. Pyramid Publications, 1976. ISBN 0-515-04084-3.
- Munn, Michael. Kirk Douglas. St. Martin's Press, 1985. ISBN 0-312-45681-6.
- Press, Skip. Michael and Kirk Douglas. Silver Burdett Press, 1995. ISBN 0-382-24941-0.
- Wise, James. Stars in Blue: Movie Actors in America's Sea Services. Annapolis, MD: Naval Institute Press, 1997. ISBN 1-55750-937-9. OCLC 36824724. Entry on Kirk Douglas.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kirk Douglas |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Kirk Douglas |
- Kirk Douglas di Encyclopædia Britannica
- Kirk Douglas di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Kirk Douglas di TCM Movie Database
- Kirk Douglas di Pangkalan Data Broadway Internet
- Kirk Douglas Papers Diarkibkan 2013-12-09 di archive.today at the Wisconsin Center for Film and Theater Research.
- Kirk Douglas' entries on Huffington Post
- "Tribute to Kirk Douglas", Turner Classic Movies
- Profile at Turner Classic Movies
- Kirk Douglas interviewed by Dick Cavett, 1971
- An Interview with Kirk Douglas
- Kirk Douglas Diarkibkan 2018-09-20 di Wayback Machine interviewed by Mike Wallace on The Mike Wallace Interview from November 2, 1957