The Kinabalu UNESCO Global Geopark ialah geopark antarabangsa yang berada di Malaysia, ataupun lebih tepatnya di Wilayah Sabah, yang merangkumi Kawasan Kota Belud, Kota Marudu dan Ranau, yang merupakan geopark Global UNESCO ke-195 di Dunia [1].

Perihal

sunting

Kinabalu Geopark yang berkeluasan 4,750 km persegi meliputi daerah Kota Belud, Kota Marudu dan sebahagian daerah Ranau serta mempunyai 46 geotapak, 12 biotapak, dan lapan tapak budaya. Ia telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan pada 18 Mac 2020 [2].

Geopark tersebut diuruskan oleh Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah dengan kerjasama pemegang taruh yang lain [2].

Kinabalu Geopark telah menjalani penilaian oleh panel penilai rangkaian UNESCO Global Geopark (UGGp) pada 18 hingga 21 Julai 2022 lepas [2].

Dengan pengisytiharan Geopark Negara Kinabalu sebagai Geopark Global UNESCO, kini terdapat 195 taman geopark di dunia yang terletak di 48 negara [2].

Usaha pewujudan dan pengiktirafan

sunting

Taman Negara Kinabalu [3][4], menjadi taman kedua di Malaysia dan pertama di Sabah [5], yang diiktiraf, sebagai The Kinabalu UNESCO Global Geopark [6].

selepas Langkawi UNESCO Global Geopark [7], yang pertama di Kedah dan Malaysia [8][9].

pengiktirafan dilakukan oleh pihak UNESCO [10], pada 25 Mei 2023 [11].

dengan lebih jelasnya lagi pengiktirafan berikut telah dilakukan oleh Lembaga Eksekutif UNESCO di Paris, Perancis [12], juga geopark itu mendapatkan tiga gelaran (Triple Crown) yang menandakan sebagai Geopark ketiga di Asia, selepas Pulau Jeju di Korea Selatan, dan Shennonhjia di Republik Rakyat China yang memiliki 3 gelaran sedemikian [6][13].

lalu Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad ada berkata

Geopark Kinabalu dengan keluasan 4,750 kilometer persegi meliputi daerah Kota Belud, Kota Marudu dan sebahagian daerah Ranau serta mempunyai 46 geosites, 12 biosite dan lapan tapak budaya telah diiktiraf sebagai Geopark Negara pada 18 Mac 2020.

[9], lalu juga dijelaskan dengan sebagai berikut

Geopark ini diuruskan oleh Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah dengan kerjasama pihak berkepentingan lain. Geopark Kinabalu telah dinilai oleh panel penilai rangkaian Geopark Global Unesco (UGGp) pada 18 hingga 21 Julai 2022," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu (27 Mei).

[9], Beliau juga berkata

dengan pengiktirafan Kinabalu Geopark sebagai UGGp, Sabah telah melengkapkan ketiga-tiga program Unesco iaitu Tapak Warisan Dunia (WHS), Man and the Biosphere (MAB) dan Unesco Global Geopark (UGGp).

[9], dan diakhiri dengan sebagai berikut

Tiga program Unesco yang diuruskan oleh Taman-Taman Sabah telah meletakkan Malaysia dengan beberapa negara yang telah mendapat gelaran “Triple Crown”.

[9], dan pihak Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor, berkata

Geopark adalah rumah kepada banyak tumbuhan dan haiwan endemik, termasuk 90 spesies orkid yang hanya terdapat di Gunung Kinabalu. Ini termasuk burung ayam hutan berkepala merah yang tidak ditemui di tempat lain di bumi yang akan membawa manfaat langsung dan tidak langsung kepada sosio-ekonomi Sabah, khususnya kepada lebih 290,000 masyarakat tempatan dalam daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Ranau

. [13]

Rujukan

sunting
  1. ^ BERNAMA (26 Mei 2023). "Kinabalu National Geopark declared Unesco Global Geopark". www.malaysianow.com (dalam bahasa Inggeris). Malaysia Now (Malaysia). Dicapai pada 1 Jun 2023. This recognition makes Sabah one of three locations worldwide to house three Unesco-accredited sites, With the declaration of Kinabalu National Geopark as a Unesco Global Geopark, there are now 195 geoparks in the world located in 48 countries.
  2. ^ a b c d Ridauddin Daud (23 Mei 2023). "Pengiktirafan The Kinabalu UNESCO Global Geopark pencapaian bermakna, seiring agenda SDG". www.astroawani.com (dalam bahasa Inggeris). Astro Awani (Malaysia). Dicapai pada 3 Jun 2023. Kinabalu Geopark yang berkeluasan 4,750 km persegi meliputi daerah Kota Belud, Kota Marudu dan sebahagian daerah Ranau serta mempunyai 46 geotapak, 12 biotapak, dan lapan tapak budaya, Ia telah diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan pada 18 Mac 2020, Geopark tersebut diuruskan oleh Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah dengan kerjasama pemegang taruh yang lain, Kinabalu Geopark telah menjalani penilaian oleh panel penilai rangkaian UNESCO Global Geopark (UGGp) pada 18 hingga 21 Julai 2022 lepas.
  3. ^ KINABALU PARK
  4. ^ Kinabalu Park
  5. ^ "UNESCO RECOGNISES KINABALU GEOPARK AS 2ND GLOBAL GEOPARK IN MALAYSIA". www.bernama.com (dalam bahasa Inggeris). BERNAMA (Malaysia). 27 Mei 2023. Dicapai pada 28 Mei 2023. UNESCO Global Geopark has recognised Kinabalu Geopark in Sabah as Malaysia's 2nd Global Geopark on Thursday.
  6. ^ a b BERNAMA (26 Mei 2023). "Geopark Negara Kinabalu diisytihar sebagai The Kinabalu Unesco Global Geopark". www.astroawani.com. Astro Awani (Malaysia). Dicapai pada 28 Mei 2023. Sabah kini merupakan yang ketiga di dunia memiliki "Triple Crown" Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), berikutan pengisytiharan Geopark Negara Kinabalu sebagai The Kinabalu UNESCO Global Geopark, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata keputusan itu dibuat oleh Lembaga Eksekutif UNESCO di Paris dua hari lepas, yang meletakkan Sabah sebaris dengan Pulau Jeju di Korea Selatan dan Shennongjia di China, yang memiliki tiga tapak warisan UNESCO, Dua lagi "crown" UNESCO di Taman Kinabalu Sabah ialah Tapak Warisan Dunia, dan Rizab Biosfera Banjaran Crocker UNESCO, yang masing-masing diisytiharkan pada 2 Dis 2000 dan 12 Jun 2014.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  7. ^ [https://langkawigeopark.com.my/ Langkawi UNESCO Global Geopark]
  8. ^ LANGKAWI UNESCO GLOBAL GEOPARK (Malaysia)
  9. ^ a b c d e "Unesco recognises Kinabalu Geopark as second global geopark in Malaysia". www.thestar.com.my (dalam bahasa Inggeris). The Star (Malaysia). 27 Mei 2023. Dicapai pada 28 Mei 2023. Kinabalu Geopark with an area of 4,750 square kilometres covering the districts of Kota Belud, Kota Marudu and part of Ranau district and having 46 geosites, 12 biosites and eight cultural sites was recognised as a National Geopark on March 18, 2020, This geopark is managed by the Sabah Parks Board of Trustees in collaboration with other stakeholders. Kinabalu Geopark was assessed by a panel of evaluators of the Unesco Global Geopark (UGGp) network on July 18 to 21 2022," he said in a statement on Saturday (May 27), He said with the recognition of Kinabalu Geopark as a UGGp, Sabah has completed all three Unesco programmes, namely World Heritage Site (WHS), Man and the Biosphere (MAB) and Unesco Global Geopark (UGGp), The three Unesco programmes managed by Sabah Parks have put Malaysia with several countries that have earned the title "Triple Crown", In 2007, Langkawi, Kedah was the first location to be recognised as a Unesco Global Geopark due to its natural beauty and international geological heritage value.
  10. ^ Aina Musa (26 Mei 2023). "Miliki Tiga Tapak Warisan Sebaris Korea Selatan, Geopark Negara Kinabalu Diiktiraf UNESCO". www.iloveborneo.my. I Love Borneo (Malaysia). Dicapai pada 28 Mei 2023. Miliki Tiga Tapak Warisan Sebaris Korea Selatan, Geopark Negara Kinabalu Diiktiraf UNESCO. Sabah kini merupakan yang ketiga di dunia memiliki “Triple Crown” Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), berikutan pengisytiharan Geopark Negara Kinabalu sebagai The Kinabalu UNESCO Global Geopark.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  11. ^ "Kinabalu Geopark diiktiraf Global Geopark Malaysia ke-2". www.sinarharian.com.my. Sinar Harian (Malaysia). 27 Mei 2023. Dicapai pada 28 Mei 2023. Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Global Geopark telah mengiktiraf Kinabalu Geopark, Sabah sebagai kawasan Global Geopark Malaysia yang ke-2 pada Khamis lepas.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  12. ^ Wartawan Nabalu News (26 Mei 2023). "Geopark Negara Kinabalu: Satu Lagi Anugerah UNESCO untuk Sabah". www.nabalunews.com. Nabalu News (Malaysia). Dicapai pada 28 Mei 2023. Sabah telah mencapai satu pencapaian yang gemilang apabila Geopark Negara Kinabalu diiktiraf sebagai The Kinabalu UNESCO Global Geopark, menjadikan negeri itu antara tiga di dunia yang memiliki tiga tapak warisan UNESCO, Pengiktirafan ini diberikan oleh Lembaga Eksekutif UNESCO di Paris pada dua hari lepas.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  13. ^ a b "Unesco declares Kinabalu National Geopark as Global Geopark". www.theborneopost.com (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post (Malaysia). 26 Mei 2023. Dicapai pada 28 Mei 2023. Announcing this on Friday, Chief Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor said Sabah has joined Jeju Island in Korea and Shennongjia in China for the distinction of having three Unesco sites, “The Geopark is home to many endemic plants and animals, including 90 orchid species found only on Mount Kinabalu. This include the crimson-headed partridge bird not found anywhere else on earth which will bring direct and indirect benefits to Sabah’s socio-economy, particularly to more than 290,000 local communities within the district of Kota Belud, Kota Marudu and Ranau,” he said.

Lihat Juga

sunting

Pautan Luar

sunting