Kilab bin Murrah (Arab: كلاب بن مرة) (lahir 373 M) adalah ialah leluhur atau moyang nabi Islam, Muhammad.[1]

Kilab bin Murrah
(Arab: كلاب بن مرة)
Terkenal keranaMoyang Nabi Muhammad dan pelbagai cabang Bani Quraisy
PasanganFatimah binti Sa'ad bin Sayl
Anak-anakZuhrah bin Kilab, Qushay bin Kilab
Ibu bapaMurrah bin Ka'ab
Hindun binti Surayr
SaudaraTaim bin Murrah, Yaqazah bin Murrah

Kedua-dua orang tua Kilab adalah keturunan Nabi Ibrahim melalui anaknya Nabi Ismail, dan menelusuri garis keturunan mereka kembali ke Fihr bin Malik, nenek moyang Bani Quraisy. Beliau ialah anak dari Murrah bin Ka'ab bin Lu'ay bin Ghalib bin Fihr bin Malik, dari isteri pertamanya Hindun binti Surayr bin Harits bin Thalabah bin Fihr bin Malik.[2]

Kilab memiliki dua saudara sebapa, Taim bin Murrah dan Yaqazah bin Murrah, melalui isteri kedua ayahnya yang bernama Asma binti Adiy (Hindun binti Haritsah al-Bariqiyyah) dari Asad.[2][3]

Kilab menikah dengan Fatimah binti Sa'ad bin Sayal dengan dua orang anak.[4] Anak sulungnya bernama Zuhrah bin Kilab, nenek moyang dari Bani Zuhrah; dan anak bongsu bernama Qushay bin Kilab, penjaga Kaabah pertama dari kaum Bani Quraisy. Setelah kematiannya, isterinya menikah lagi dengan Rabi'ah bin Haram dari suku Bani 'Udzrah.[4]

Lihat pula

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ The Life of the Prophet Muhammad (saw) by Ibn Hisham: Volume 1, Page 181
  2. ^ a b The History of al-Tabari: Muhammad at Mecca. 6. Diterjemahkan oleh W. Montgomery Watt, M. V. McDonald (ed. berilustrasi). SUNY Press. 2015. m/s. 26. ISBN 1-4384-2340-3, 9781438423401.CS1 maint: others (link)
  3. ^ "Life of the Prophet, The Prophet's Family Line No 2 - from Qusayy to Adnan and beyond, Sr. Ruqaiyyah Waris Maqsood". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-25. Dicapai pada 2011-11-19. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ a b Ibrahim Muhammad Hasan Jamal (2015). Khadijah: Perempuan Teladan Sepanjang Masa. Mizan Mizania. m/s. 38-39. ISBN 602-13-3726-3, 9786021337264.