Bahasa halus
(Dilencongkan daripada Kiasan)
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bahasa halus merupakan bahasa yang terdiri daripada perkataan-perkataan lain yang lebih lembut dan digunakan untuk menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain.
Bahasa halus merupakan suatu sistem bahasa yang beradat, bersopan santun dan berbudaya tinggi. Perkataan-perkataan yang dituturkan melambangkan kesopanan dan bernilai tinggi serta lengkap dengan sistem nahu.[1]
Za'ba, seorang sasterawan bahasa Melayu, mengaitkan bahasa halus dengan bahasa kiasan. Menurut Za'ba, bahasa kiasan ialah bahasa yang memperkatakan sesuatu perkara dengan mengiaskannya kepada orang lain sama ada dengan menyebut bandingan atau tanpa menyebutkan bandingan.[2]