Khan Yunis
Khan Yunis (Bahasa Arab: خان يونس; secara literal bermaksud rumah Nabi Yunus). Khan Yunis adalah sebuah bandar dan kem pelarian di selatan Semenanjung Gaza. Menurut Jabatan Perangkaan Palestin, jumlah penduduk 200,704 dalam 1997.
Situasi semasa
suntingTentera Israel menceroboh masuk ke Semenanjung Gaza pada 28 Jun 2006 untuk mencari Koperal Gilad Shalit (19 tahun) yang telah diculik oleh pejuang Hamas. Pejuang Hamas menuntut Israel membebaskan 1000 pejuang Palestin dalam penjara Israel.
Sejarah
suntingKem pelarian Khan Yunis diwujudkan pada 1948 dengan pelarian seramai 35,000 orang dari kawasan Beersheva. Bilangan berdaftar dengan UNWRWA 2002 adalah 60,662.
Khan Yunis semasa Intifada
suntingKebangkitan Intifada pada 2001 menyebabkan helikopter tentera Israel mengebom Khan Yunis secara besar-besaran Ogos 2001 dan Oktober 2002. Khas Yunis merupakan kubu kuat golongan radikal Hamas.
Di utara Khan Yunis akan kelihatan perseimpangan Kissufim yang dahulunya menjadi lalu lintas tentera Israel menuju ke Gush Katif. Bangunan-bangunan di situ menjadi kubu serangan hendap terhadap tentera dan sesiapa yang berani lalu lalang.
Pada 2 Mei 2004 Tali Hatuel ditembak dari bangunan-bangunan di Khan Yunis.