Khalil Khusairi bin Tarmizi
Khalil Khusairi bin Tarmizi yang lebih dikenali sebagai Khalil Mestica merupakan salah seorang anggota kumpulan Mestica yang muncul pada tahun 2004 di bawah pengurusan Hijjaz Records Sdn. Bhd. (HRSB). Khalil juga merupakan salah seorang penyanyi nasyid yang mempunyai suara yang agak tebal dan ini membolehkan beliau untuk menyanyikan lagu berentak arab dan R&B. Walau bagaimanapun, suaranya sering bergema di corong radio terutama IKIM.FM yang memangkin industri nasyid.
Khalil Khusairi bin Tarmizi | |
---|---|
Kelahiran | Khalil Khusairi bin Tarmizi 23 Januari 1982 |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Khalil Mestica |
Pendidikan | Diploma Pelancongan |
Pusat pendidikan | UiTM Shah Alam, Selangor Darul Ehsan |
Pekerjaan | Penyanyi |
Terkenal kerana | kumpulan Mestica |
Beliau merupakan anak jati Taiping, Perak Darul Ridzuan. Beliau dilahirkan pada 23 Januari 1982 . Keluarganya kini tinggal di sana. Disebabkan beliau sibuk dengan show, konsert serta penghasilan album bersama kumpulan Mestica, maka beliau kini menetap di Taman Melati, Kuala Lumpur.
Beliau telahpun menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Pelancongan di UiTM Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik.