Kekhalifahan Cordoba
Kekhalifahan Qurtubiyah (Sepanyol: Califato de Córdoba , Arab: خلافة قُرطُبَة, rumi: Khilāfat Qurṭubah ) memerintah Semenanjung Iberia dan Afrika Utara dari bandar Qurtubah (Córdoba) bermula dari tahun 929 M hingga tahun 1031 M. Tempoh ini diwarnai dengan kejayaan ketara dalam bidang perdagangan dan kebudayaan; banyak karya agung Islam Sepanyol dibina dalam tempoh ini, antaranya Masjid Jami Cordoba. Abdul Rahman III mengisytiharkan dirinya sebagai Khalifah pada 16 Januari 929; sebelum ini beliau dikenali sebagai Amir Cordoba (penguasa bandar Cordoba). Kesemua khalifah Cordoba merupakan ahli keluarga Bani Umaiyah. Bani Umaiyah (juga dieja Umayyah, Ummaiyyah atau Umaiyyah) memegang gelaran Amir Cordoba dan memerintah wilayah tersebut sejak tahun 756 M. Khilafah Cordoba mengalami kemerosotan semasa pemerintahan Khalifah Hisham II dan pengganti kepada Perdana Menterinya, al-Mansur ibn Abi al-Aamir. Khilafah Cordoba berakhir pada tahun 1031 M dan telah menjadi beberapa buah kerajaan taifa yang berasingan.
Kekhilafahan Córdoba خلافة قرطبة Khilāfat Qurṭuba (Arab) | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
929–1031 | |||||||||
Ibu negara | Córdoba | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | bahasa Arab, Berber, Mozarabic | ||||||||
Kerajaan | Monarki | ||||||||
Khalifah Córdoba | |||||||||
• 929 – 961 | Abd-ar-Rahman III | ||||||||
Sejarah | |||||||||
• Abd-ar-Rahman III mengistiharkan Khalifah Córdoba[1] | 929 | ||||||||
• Berpecah kepada beberapa kerajaan beraja taifa merdeka | 1031 | ||||||||
Keluasan | |||||||||
anggr. 1000. | 600,000 km2 (230,000 bt2) | ||||||||
| |||||||||
Sekarang sebahagian dari | Andorra Gibraltar (UK) Maghribi Portugal Sepanyol |
Dinasti Umayyah
suntingKenaikan
suntingAbdul Rahman I menjadi Amir Cordoba pada tahun 756 M selepas enam tahun tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah di Damsyik pada tahun 750. Lahir di Damsyik, beliau menyeludup ke Sepanyol selepas khalifah terakhir Umayyah Marwan bin Muhammad ditewaskan tentera Abbasiyyah. Untuk mengekalkan kuasanya, beliau telah menewaskan pemerintah Islam Abbasiyah yang menentang pengaruh Umayyah dan menyatukan beberapa kawasan.
Pemimpin wilayah terus menggunakan gelaran amir atau sultan sehinggalah pada abad ke 10, apabila Abdul Rahman III menghadapi ancaman penaklukan daripada kerajaan Fatimiyah di Kaherah. Untuk membantunya di dalam usaha menentang kerajaan Fatimiyah yang menubuhkan Khilafah di utara Afrika, Abdul Rahman III telah memakai gelaran khalifah. Gelaran ini membolehkan beliau memperoleh kekuatan dan gelaran ini dikekalkan walaupun kerajaan Fatimiyah telah ditewaskan.
Kejayaan
suntingKekhalifahan Cordoba telah menikmati tempoh kejayaan sepanjang kurun ke-10 M. Abd-ar-Rahman III telah menyatukan al-Andalus dan mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Kristian di utara secara paksaan dan diplomasi. Abd-ar-Rahman berjaya menghalang pengaruh Fatimiyah daripada merebak ke tanah khilafah di Morocco dan al-Andalus. Tempoh kejayaan ini ditandakan dengan wujudnya hubungan diplomatik dengan puak Afrika Utara, kerajaan Kristian di utara, Perancis dan German serta kerajaan Byzantine. Kematian Abdul-ar-Rahman III menyebabkan puteranya Al-Hakam II yang berumur 46 tahun ketika itu menjadi khalifah. Al-Hakam II meneruskan polisi ayahandanya serta meneruskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Kristian di utara dan puak puak di Afrika. Al-Hakam II banyak bergantung kepada para penasihatnya kerana kejayaan sebelumnya di bawah Abd-ar-Rahman III membolehkan beliau membiarkan kekhalifahan berjalan dengan sendiri. Gaya kepimpinan ini sesuai dengan al-Hakam II kerana beliau lebih berminat dengan perkembangan ilmu pengetahuan berbanding memerintah kekhalifahan.
Kejatuhan
suntingKematian al-Hakam II pada tahun 976 menandakan bermulanya zaman kejatuhan Khilafah Cordoba di al-Andalus. Sebelum kematiannya Al-Hakam II telah menamakan puteranya Hisham II yang berusia 10 tahun ketika itu sebagai penggantinya. Walaupun Hisham II masih muda, Al-Mansur ibn Abi al-Aamir (ketua pentadbir kerajaan Umaiyah) telah mengisytiharkan beliau sebagai khalifah. Ibn Al-Aamir menjadi pemangku Hisham II sehingga beliau boleh memerintah sendiri. Oleh itu beliau mengasingkan Hisham II di Cordoba sementara cuba menyingkirkan lawannya. Beliau membenarkan orang Barbar dari Afrika Utara berhijrah ke Andalus untuk mengukuhkan kedudukannya. Ibn al-Amir memerintah dengan kejam jika dibandingkan dengan Abd-ar-Rahman III. Beliau tidak malu menggunakan paksaan untuk memastikan orang-orang Kristian dalam pemeriksaan. Ibn al-Aamir dan penggantinya yang juga anaknya, Abd al-Malik (al-Muzaffar), meneruskan pemegangan kuasa daripada Hisham II sehingga tahun 1008 apabila al-Muzaffar meninggal dunia dan adiknya Abdul al-Rahman mendesak untuk menjadi pengganti kepada Khalifah Hisham II tetapi Hisham II enggan. Di utara Iberia, satu pemberontakan berlaku di seluruh Cordoba. Abd al-Rahman tidak dapat memadamkan pemberontakan tersebut.
Keputusan untuk menamakan Hisham II sebagai khalifah telah memindahkan kuasanya dari individu kepada para penasihat. Gelaran khalifah hanya menjadi simbol dan tidak mempunyai sebarang kuasa. Jawatan khalifah sentiasa menjadi rebutan. Khalifah kerajaan Umayyah yang terakhir di Andalus ialah Hisham III (1027-1031). Dengan beberapa pecahan, Khilafah Cordoba akhirnya tumbang pada tahun 1031 dan berpecah kepada beberapa buah kerajaan yang berasingan.
Ekonomi
suntingEkonomi telah berkembang maju di zaman Khilafah. Pada zaman permulaannya, kerajaan Kristian telah membayar ufti kepada Córdoba untuk menjamin keselamatan mereka. Pedagang-pedagang Muslim telah berdagang di Andalus dengan merentasi Mediterranean and lain-lain. Terdapat banyak kawasan perindustrian yang ditubuhkan semasa zaman pemerintahan Khalifah iaitu tekstil, seramik, gelas, kerja logam dan pertanian telah memberi faedah kepada negara. Tarif amat berpatutan. Cukai yang dikenakan kepada orang-orang Yahudi dan Kristian yang bernaung di bawah Khilafah juga adalah sumber lain pendapatan negara.
Kesenian
suntingCórdoba merupakan pusat perkembangan kesenian di Andalus. Masjid seperti The Great Mosque, adalah menjadi titik perhatian bagi semua Khalifah. Córdoba adalah pusat intelektual sains di Andalus dengan kegiatan penterjemahan buku-buku dari bahasa Yunani purba kepada bahasa Arab, Latin and Hebrew. Bidang kegiatan sains, sejarah, geografi, falsafah dan sastera juga berkembang semasa zaman pemerintahan Khilafah. Sarjana-sarjana serta kebudayaan dari timur telah dibawa masuk ke al-Andalus. Ziryab telah memperkenalkan gaya berpakaian dan gaya rambut kepada Semenanjung Iberia seperti ubat gigi dan deodorant.
Senarai pemerintah
suntingAmir Umayyah di Córdoba
sunting- Abdul Rahman I, 756–788
- Hisham I, 788–796
- al-Hakam I, 796–822
- Abd ar-Rahman II, 822–852
- Muhammad I, 852–886
- al-Mundhir, 886–888
- Abdallah ibni Muhammad, 888–912
- Abdul Rahman III, 912–929
Khalifah Umayyah Córdoba
sunting- Abdul Rahman III, sebagai khalifah, 929–961
- Al-Hakam II, 961–976
- Hisham II, 976–1008
- Muhammad II, 1008–1009
- Sulayman II, 1009–1010
- Hisham II, dipulihkan, 1010–1012
- Sulayman II, dipulihkan, 1012–1016
- Abd ar-Rahman IV, 1017
Dinasti Ummayah yang dimusnahkan oleh Dinasti Hammudid:
- Ali ibn Hammud al-Nasir, 1016–1018
- Al-Qasim ibn Hammud al-Ma'mu, 1018–1021
- Yahya ibn Ali ibn Hammud al-Mu'tali, 1021–1023
- Al-Qasim ibn Hammud al-Ma'mu, 1023 (dipulihkan)
Dinasti Ummayah yang kembali kepada kekuasaan:
- Abd-ar-Rahman V, 1023–1024
- Muhammad III, 1024–1025
- Yahya ibn Ali ibn Hammud al-Mu'tali, 1025-1026
- Hisham III, 1026–1031
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Azizur Rahman, Syed (2001). The Story of Islamic Spain (snippet view). New Delhi: Goodword Books. m/s. 129. ISBN 978-81-87570-57-8. Dicapai pada 5 September 2010.
[Emir Abdullah died on] 16 Oct., 912 after 26 years of inglorious rule leaving his fragmented and bankrupt kingdom to his grandson ‘Abd ar-Rahman. The following day, the new sultan received the oath of allegiance at a ceremony held in the "Perfect salon" (al-majils al-kamil) of the Alcazar.